Assalamualaikum all,
Jom sambung cerita..
Hari ke-2 di Bursa.
Pak Yusran dan keluarga khabarnya dah keluar pi sarapan. While kami.. masak nasik.. panaskan left-overs from last night dinner and.. sambal tumis ikan bilis. Memang cukup sangat la untuk alas perut sebelum kami nak pi berjuang..
Rezeki kami.. Lebih dari cukup..
Bagi yang takmo makan nasik.. ada saja pilihan.. noodle cup atau meggi goreng. Setel. Keluar tenaga sikit pun okey jer as long as perut kenyang. Lepas tu.. senang nak sambung buat kerja..
Then..
Ding-dong-ding-dong..
Kami 2 keluarga pakat ambik teksi untuk ke station cable-car untuk naik ke Uludag. Tak jauh mana pun but since hari Jumaat, driver teksi ambik jalan jauh sikit untuk mengelak dari traffic. Ramai yang keluar awal untuk bersedia pi sembahyang Jumaat. Ke.. kita orang yang dah kena tipu??
Biasa la.. kecoh kejap sebab nak 'kira anak'.. nak beli tiket nyer pasal..
Pak Yusran.. last minute shopping.. kut la ada yang rasa glove ke.. cap ke tak cukup tebal..
Unlike pompuan kat sini.. Cik Kak Syria ni siap kasi pose ala-ala model lagi bila Ibu mintak dia 'senyum' sambil tunjuk barang-barang kat kedai tu..
Tak ada apa-apa pun.. saja suka..
Anyway..
Sampai kat station..
Semuanya Cik Asben yang menguruskan.
Perjalanan yang +- 9km mengambik masa +- 25minit. Satu cable-car pulak cuma boleh memuatkan max 8 orang. So.. for our ride dapatlah kami selonggok anak beranak + lagi 2 orang passengers yang lain.
Since 25 minit tu (lama jugak) me and Cik Asben pakat keluar reta masing-masing. Bereksperimen ikut cara masing-masing.
End result..
Okey la.. tapi.. still tak sempat nak proses semua lagi..
Sampai kat atas nun..
Masya'Allah.. semua yang putih. What do you expect.. salji la kan. Budak-budak dah mula excited. Mak bapak pulak mula cari kedai yang boleh 'menyampaikan hajat' anak-anak. At last.. semua terjebak dengan 'sorang' coach for one hour.
Training lebih kurang.. and lepas sejam masing-masing mula tunjuk skill. Ada yang tergolek.. ada yang tegak kejung. Ada jugak yang rasa dah power sangat.. sambung naik ke puncak yang lebih tinggi. Ambik feel la konon.
Amsyar.. memang dia melepas geram. And nampak gaya tho' cuma sejam training.. tapi memang berbaloi. Alih-alih.. kita orang pulak yang risau bila dia pi nun ke puncak and tak turun-turun sampailah almost lunch hour.
Ibu.. Manja and ada la 2-3 orang yang lain.. angkat bendera putih dah. Not my kind of sport la.. nak ngangkat kaki pun tak larat. Pi balik ke kedai.. tukar uniform.. arhhhhh.. lega babe.
Muka-muka d'happiness..
My Cik Asben.. no comment..
My hot-coco..
Sup jagung.. perah lemon sikit..
Rezeki Allah yang mana kau nafikan lagi..
Roti kejung cicah sup.. licin babe..
Then its lunch time pulak.
Bab makan.. mungkin sebab perut masih 'panas'.. makan setakat lapik perut je la dulu. Tapi.. pilihan Ibu.. tho' cuma setakat sup jagung.. roti kejung and hot-coco.. aduhaiiii.. sampai ke hari ni dok teringat. Sedap secukup rasa..
Anyway..
Lepas tu kami pakat sambung dengan acara bebas. Cari pot yang 'kurang' dicemari and terus dengan aktiviti yang anak-anak dah plan sejak dari Kuwait lagi. Apa lagi kalau bukan aktiviti main 'salji' la. Ada yang nak buat snowman la.. snow girl ala-ala frozen la..
Jom tengok gambar..
Posing nyer pasal.. nasib baik seluar tak basah..
Tuan Tanah bereksperimen..
And golek sana.. guling sini.. tembak sana.. tembak sini.. sampailah jam 4.15 petang. Last cable-car jam 5.00 petang. Terlepas.. kena cari hotel kat atas Uludag la kami.
Gigih Cik Puan Zie dengan snow women nyer..
Ada rupa 'frozen' tak?
Version snowman anak bujang..
Anak-anak.. well.. what can I say.. Ibu yang merangkap penjaga masa.. nak tak nak kena be firmed. Max 4.15 petang..kami semua angkat kaki.
Mujur kami ambik tiket return. By the time sampai ke station.. mak aiiii.. manusia dah beratur punyalah panjang. Semua dengan satu maksud.. nak turun ke bandar la kan. Alhamdulillah.. tak lama mana kami beratur.. beresssss.. cuma unlike masa naik.. masa nak turun dah tak boleh nak pilih-pilih cable-car dah. Mana-mana yang disuruh naik tu.. ikut je la. As long as.. sampai ke bawah.
And begitulah akhiran cerita kami di puncak Uludag. Ada rezeki Ibu sambung pulak kisah our last day in Bursa.
Akhir qalam.. jaga hati.. jaga diri..
Subhanallah...cantiknya Kak Sham....
ReplyDeleteSaya kat sini tengah kepanasan....tapi tengok gambar salji, dapat aura sejuk sikit. Jadi la...hahahhaa
Masya'Allah.. memang cantik Aziela.
ReplyDeleteTapi bab sejuk tu memang jenuh la menahan. Lagi siksa sebab rasa nak terkucil jer.
Bestnya ksham, main salji. Ksham pun bukan main lagi cantik lagi ngan boot tinggi dan jeans!
ReplyDeleteKsham sihat?
Alhamdulillah Su, sihat jer ni cuma batuk sikit sebab perubahan cuaca.
ReplyDeleteBoots tu.. cara paling selamat nak make sure jeans bersih.. sng nak solat. Lagi pun.. sejukkkkk..