Beautiful Friends

Saturday, January 28, 2017

Dia datang...

Assalamualaikum all..

Sabtu yang lesu.. albeit banyak benda nak kena buat buat ni..

Sambil-sambil tu kita update cerita mingu lepas. Bangga ni weiii..

Jumpa di alam maya.. lama jugak laa sudah.. and at last.. last weekend.. sabahat alam maya ni akhirnya jadi sahabat realiti. Si Polan datang ke warong hamba dek weiiii..

Kita ni segan jugak sebenarnya.. sebab Si Polan ni 'lelaki'.. lower your gaze ya..

Tapi niat kita ikhlas and Cik Asben pun setiap masa ada meneman..

Akhirnya..


Mungkin dah ada yang kenal dengan Si Polan. Dulu nye macam Ibu jugak.. merantau ke negara orang.. demi  sesuap nasi.. demi pengalaman yang tak ternilaikan dengan wang ringgit..

KA atau Khairul Abdullah memang sudah ada 'followers' yang setia. Tambah pulak bila 2 buah buku beliau ini jadi sebutan di pasaran Malaysia.



Sedikit terkilan customers yang bertali arus tidak memungkinkan kami bersembang lebih lama plus.. lauk-pauk di warong yang dah hampir 'kering'.. tak syok la sembang kalau mulut tak sama mengunyah.

P/s;
Doa KSham.. semoga Khairul semakin bertambah maju dah sukses dalam setiap bidang yang diceburi.

Plus : Februari and April ni ada buku baru nak launch lagi.. jeng jeng jenggg..

Tuan Tanah..

Friday, January 27, 2017

Tetamu bawa rezeki..

Assalamualaikum all.. & Jumma mubarak..

Pagi-pagi lagi Ibu dah dapat wassup dari adik yang sorang ni. Nak datang ke warong kata nyer. Dah alang-alang hari Jumaat.. Ibu pelawa lajak solat Jumaat dulu.. lunch then terpulanglah program terjah selepas tu.

Alhamdulillah.. dari bersarapan di warong.. selepas tu solat Jumaat and lunch. Just as I planned. Cuma bila dah tetamu main terjah ni.. benda pertama yang kita terfikir.. sure bab makan. Walaupun dia orang ni tak minta dijamu itu ini.. kita sebagai tuan rumah sebaiknya buatlah apa yang perlu.



'tetamu itu rezeki.. tetamu itu bawa barakah'


And dah sedia maklum Ibu memang berjual daging and perut salai.. kita jamu saja adik-adik dengan lauk yang paling sinonim dengan orang N9.


Sementara suami.. anak-anak and adik-adik solat Jumaat di Masjid Al-Faizin.. Ibu berperang di dapur dengan apa-apa yang sempat dipetik dari gerobok fridge yang dah hampir kering.

Hasilnya..
- gulai daging and perut salai
- ayam goreng kunyit
- sayur campur
- telur dadar
- ulam
- buah epal
:: alhamdulillah.. sempat Ibu masak semua ni sementara menunggu dia orang semua balik dari solat.. (suspen sebenar nye..)

And since Ibu masak extra dari biasa (kuantiti).. rasa nyer sempatlah kami lajak untuk dinner sekali. Untuk esok kita fikir laa apa yang patut pulak.

P/s;
Terharu bila masih ada adik-adik dari Kuwait Universiti yang ingat lagi kami di sini.

Khalass..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...