Beautiful Friends

Tuesday, August 22, 2017

Satey ayam Si Iman..

Kebiasaannya Iman akan datang ke warong tapau mihun kosong dengan ayam goreng. Dari malu-malu alang.. at last kami jadi kawan. Kawan yang boleh diajak bersembang.. diajak bergurau. Walaupun Iman masih belum bersekolah tapi Iman petah bercakap.. and setiap butir perkataan yang keluar dari mulut Iman.. make sence.

Then satu pagi tu.. tiba-tiba si Ida (ibu Iman) datang menghantar buah tangan ke warong. Satey ayam.. cuma kebetulan time tu ramai la pulak kawan-kawan yang menyinggah ke warong so ME cuma sempat merasa 2 cucuk satey ayam.. and the result was.. secukup rasa babe. Kuah kacang.. satey ayam.. I have nothing to contest.

Then malam ni.. ME and Cik Asben usahakan jugak mencari kedai satey 'atok' nyer si Iman. Alhamdulillah.. Cik Waze tidak mengecewakan. Albeit segala lorong tikus terpaksa kami rayau.. less than 15 minutes kami dah terpacak depan kedai Atok nyer si Iman.

Kepalang suka Iman bila nampak muka kami..

Dipendekkan cerita selepas selesai tapau satey.. kami pun mintak diri dengan alasan hero yang bertiga semua tak ikut (musim exam ni). Tapi sebenarnya.. ME rasa macam nak nangis tadi tu.

Manakan tidak.. sementara anak-anak lain selesa di rumah.. mungkin sedang melayan gadget (anak-anak sekarang kan).. mungkin sedang melayan whatever it is yang ada kat Astro tu.. or whatever la.. si Iman hanya dok melayan diri.. sorang-sorang.. sementara menunggu si Atok selesai berniaga dan kebiasaan nyer sehingga jam 12 malam.

Tapi itulah yang terpaksa Iman lalui hampir setiap malam. Dengan ibu dan ayah yang bekerja sehingga jam 10 malam.. begitulah rutin si Iman. Melayan diri..

Entah la.. tak dapat nak diluahkan maksud sebenar segala yang terbuku dalam hati.. dalam otak ni..

Satey tapau dari kedai si Atok.. sedap..

P/s; Korang faham kut dengan 'cerita tergantung' ni kan..

2 comments:

  1. semasa mengajar dulu,ada murid yg bermasaalah dtg sekolah kerana berjaga mlm berniaga. Kesian anak tu. Tapi masa kecil saya pun kena tolong bapa hingga lewat mlm berjaja. Satu pengalaman yg buat saya kental dlm hadapi masaalah . Menghargai duit dan tak mudah meminta minta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya memang macam tu. Kita akan lebih 'menghargai' bila kita sendiri dah 'melalui'.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...