Beautiful Friends

Thursday, August 24, 2017

Sembang warong..

Cust 1 :
ME : Uncle mau nasik ke?
Uncle : Ya.. kasi saya nasik besar campur itu kerang (sila baca : siham - kerang).
ME : I just can't help it but to asyik tengok jam tangan Uncle tu. Its a ROLEX.

- Uncle tu biasanya akan pakai tee cop Carlsberg or any tee yang macam 'dapat free' and naik motor kapcai. Dia kata senang nak datang ke warong sebab pagi-pagi kereta parking berterabur. Tapi.. Rolex tu babe.

Cust 2 :
ME : Macam biasa ke bang?
Abang : Ha'a
ME : Minggu ni tak ada job ke bang?
Abang : Duit aku abis nanti.. aku korek la mana-mana yang patut.

- Abang ni kerja dia pi tanam kabel bawah laut untuk internet.. lebih kurang macam tu la. Rumah dia ada la 3-4 bijik bersepah sana sini. Datang warong selalunya naik motor kapcai.. kereta memang setakat untuk bini jer pakai. Alasan dia.. malas.. jalan jem. He's very firm. Customer yang kurang sopan (sila baca 'kurang ajar') dia pulak yang naik angin. Macam-macam la kan.

Cust 3 :
ME : Dik nak kuih jer ke?
Adik : Ha'a kak.. saya nak semua ye.
ME : Makan dik?
Adik : Saya punya lauk kerang.. sambal asing.. bla bla bla.. dia orang ni punya.. akak tanya la sendiri.

- Adik yang sorang ni kejap datang drive BMW.. kejap bawak Alphard.. kejap bawak Vellfire. Not to mention barang kemas berselirat. ME dalam hati selalu jer doa.. biarlah adik ni selamat sampai ke office dia. Wearing all those jewellery.. kita pulak yang seriau.

Cust 4 :
Adik : Kakkkkkkk..
ME : Ye Aidil.. budget berapa ringgit hari ni?
Adik : Kak.. macam biasa tapi nak RM6.00
ME : So ME akan bungkuskan nasik extra.. telur goreng and sotong ikut budget of the day.
Adik : Okey kak.. esok pulak ye kak.
ME : Okey Dil.

- biasanya si Aidil ni akan mintak lauk yang sama.. nasik lemak extra.. telur goreng and selebihnya sambal sotong. Ada masa ME selit-selit jugak rendang daging sikit-sikit. Cuma kebiasaannya lepas bungkus nasik.. dia akan lepak kat warong dulu. Sembang dengan Cik Asben sampailah jam 11.00 pagi sebab lepas tu nanti dia nak balik rumah.. makan.. tidur.. then jam 3.00 petang dia akan keluar untuk deliver air batu ikut tempat yang dia kena appoint.

Cust 5 :
Adik : Kakkkk.. (sambil hulur tupperware)
ME : So ME akan budget tupperware tu penuh dengan nasik extra.. lauk telur goreng.. sambal asing).
Adik : Berapa kak.. (then dia akan bayar accordingly)

- adik yang sorang ni.. tupperware yang dia bawak biasanya saiz macam-macam. Tapi since ME sorang jer yang faham order dia.. dia akan tunggu sampai ME clear layan customer lain.

Cust 6 :
Makcik : Sham.. (she's the only customer yang panggil ME - SHAM)
ME : Macam biasa ye makcik..
Makcik : Ha'a.. kuah rendang lebih ye. (Sambil tu dia akan share cerita dia and kalau dia dengar ada customer yang banyak songeh.. dia akan tolong counter back).

- makcik ni jarang nak makan nasik.. tiap kali datang dia akan mintak rendang daging RM3.00 and kuih 2 bijik. Rendang daging tu pulak dia makan dengan nasik impit. Seminggu 3-4 kali jugak dia mengulang order yang sama. And biasanya kalau ME ada customer lain.. dia akan tunggu jugak ME to serve her.

Cust  7 :
Baby : Kum Maklong
ME : Wa'alaikumussalam Aisyah.
Baby : Maklong.. Cah nak makan. (Then ME akan bungkus mee goreng plain separuh untuk adik si Aisyah.. Aisyah pulak.. nasik lemak sambal (sikit) kat tepi and ayah si Aisyah karipap 3 bijik). Seminggu paling kurang 3-4 jugak dia ngulang menu yang sama.
 
Aisyah : Nah.. duit (RM4.50 jer semua and biasa nyer Aisyah akan bagi RM5.00)
ME : Ni balance duit Aisyah (50sen) and yang ni (another 50cent) simpan tabung.
Aisyah : Ceh Maklong. Kum.. per laei (Assalamualaikum.. jumpa lagi).

Cust 8 :
Iman : Maklonggggggg.. (sambil jerit dari atas motor lagi)
ME : Ye Iman.
Iman : Iman nak sotong ari ni ye Maklong.
ME : Kan pedas.. nanti Iman sakit perut.
Iman : Alahhhhh.. Ibu boleh tolong basuh (kadang-kadang ada jugak dia kata.. ibu boleh tolong 'kicap').

- ME pun ambiklah sotong sekeping and telur goreng sekeping. Memang macam tu pun kalau handle order si Iman. Sementara ME bungkus nasik lemak si Iman.. dia akan cerita macam-macam la. Syok jugak dengar cerita Iman.

Cukuplah setakat 8 orang customer favorite yang biasa datang ke warong tu. Actually ada lagi.. ada masa kita sambung pulak yang 'the tutttttttt'.


P/s;
Dah puas makan yang macam-macam so petang semalam kita paksa diri pi briskwalk (at least) 10,000 steps. 

Khalass..

5 comments:

  1. seronoknya baca sembang warung sham... berbagai ragam dan cerita, semuayan yang menceriakan hari dan tugas... Alhamdulillah.

    dan yang paling buat jeles... more than 10k steps tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak daya mana sangat pun Kak Rose.. tapi ada masa kena paksa diri jugak.

      MALAS banyak dah ni..

      Delete
  2. best jer dpt customer yg elok2 baik2 utk cover yg lain yg tuutt kan maklong., hehe2

    ReplyDelete
  3. nasi tambah,, just curious yg the tutt tu biasa makcik laser molot longkang je kann., ade x pakcik2 boboi ke dtg nk mengorat maklong ke ape., hahar2 wak tnye je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang nak ngorat tu tak ada lah sebab semua sedia maklum maklong ni dah anak 3.. tapi setakat Pakcik2 Boboi mulut longkang tu.. ada jer..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...