Beautiful Friends

Thursday, January 31, 2013

Combo meal.. nasi goreng kangkung.

Pagi Khamis.. ada la dua tiga jam rehat sebelum nak berperang di dapur. Petang Khamis ada KAFA so macam biasa Ibu kena masak extra. Tapi hari ni Ibu kena masak double extra sebab ada seorang Hamba Allah berhajat nak makan "sesuatu". Orang kalau dah mengandung ni selera macam-macam.
 
Sejujurnya, I don't believed in superstition. Yakni ada orang kata (contoh) mulut baby asyik keluar air liur sebab masa ngandung Ibunya terkilan nak makan something. Tapi dah orang mengandung kan.. sampaikan sajalah hajat orang tu. Bukan susah sangat pun. I know how it feels bila berhajat SANGAT nak makan sesuatu tu. Been there done that. Mujur tak mintak yang ngarut-ngarut.


Sementara tu, nak jimat masa, Ibu masak sajalah yang seringkas mungkin hari ni. As long as Amsyar kenyang.. itu yang mustahak. Menu Haazem and Arif senang je nak prepare. Nasi putih and ayam goreng.. khalass.

Since sayur semua baru sampai malam tadi, semangat nak makan yang hijau-hijau la hari ni. So, there you have it.. combo meal nasi goreng kangkung. Complete with ulam, telur mata, ikan bilis goreng and sambal belacan.

P/s;
Sementara tunggu anak balik sekolah ni, masak sensorang.. layan sensorang.


2 comments:

  1. Nasik goreng kangkung yg nampak sangat menyelerakan, nyummeh :)

    ReplyDelete
  2. Boleh laa.. untuk tekak & perut org dlm rumah ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...