Beautiful Friends

Thursday, January 10, 2013

Mabrook to all..

Exam untuk first quarter baru saja selesai. Alhamdulillah, semua anak didik Sensei Yahya lulus. Walaupun awalnya cuak jugak hati sebab tengok masa exam semua kelam-kabut. Maybe jugak sebab terlebih gabra. Manakan tidaknya.. dengan ponteng kelas, balik cuti.. macam-macam cerita. Sekali Sensei kata "exam next week", baru berterabur kelam-kabut itu ini.




Alhamdulillah.. sejuk mata memandang (kalau selalu macam ni la). Ni asyik sparing kat rumah jer. Then tetiba "Ibuuuu.. abang buat Haazem". Kut tak pun, "Ibuuuu.. Haazem buat Arif". Dah anak jantan kan. Nak buat macam mana..


Haazem during his examination. Alahai, Sensei suruh buat dalam bilik la pulak. Budak-budak ni cepat cemas kalau buat exam dalam bilik ni. Why.. Ibu pun tak tahu kenapa..



Malam tu selepas selesai semua, ada la pulak kaum bapa yang mencadangkan pi bawak anak-anak dinner. Kunun meraikan the kids la ni. Lokasi.. mana lagi kalau bukan Souk Mubarakiyah. Kat sini, macam biasa.. mixed-grill, ikan bakar and kali ni kami tambah udang bakar. Kenyang sampai tersandar semua.

Masih gigih melayan kerenah anak-anak walaupun kesihatan tidak berapa mengizinkan.



Tak perlu diperkenalkan. Pada sesiapa yang berkunjung ke Kuwait, jangan lupa dan jika ada kesempatan.. silalah slot in melawat dan makan-makan di sini ya.


Ikan bakar dan udang bakar.

Walaupun dengan rempah yang berbeza dari kebiasaan (tekak Melayu), masih sedap sehingga tinggal tulang sahaja. Itu sebab memang berbaloi layan tekak dan perut di sini (pada yang suka la). Price wise.. boleh laa..


Tidak lengkap jika tidak pekena teh kelat sebelum pulang. F.O.C. Tapi since Bangla yang served kami tu pandai cakap Melayu (khabarnya dia dulu lama kerja kat Malaysia) so kita orang selalulah bagi dia tips (lebih dari orang lain).

5 comments:

  1. Adoiiii la kaksham... bakar membakar ni sangat2 menyelerakan la... post sini sikit.. hehehehe

    ReplyDelete
  2. alfun mabrukkk !! tak sabar nih nak hantar firas plak belajar taekwando dengan pakcik dia hehee

    ReplyDelete
  3. Lyza,
    Bab mcm ni mmg best.. yg x best bila KILO pun sama naik..


    Anis,
    X rugi kalau hantar dr awal.
    At least dia observe dulu then baru enroll..

    ReplyDelete
  4. Sham:

    Mabroookkk... penuh umah Sham dengan pendekar pendekar .

    x MP

    ReplyDelete
  5. MP,
    Ha'a.. semua mmg ada darah pendekar.. termasuk la IBU diaorg skali..

    p/s;
    Seb baik Ibu masih blh control ayu (kunun)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...