Beautiful Friends

Wednesday, July 24, 2013

It's ziarah time..


Banyak sungguh perubahan yang dilalui.

Jika ketika Ibu berziarah ke sini dua tahun yang lalu, tidak ada langsung deretan penjual yang menjual segala jenis buah tangan dan barang-barang keperluan harian. Kini tidak lagi, kaki lima yang dahulunya cukup senang untuk dilalui, kini penuh dengan hamparan serta meja yang berjual itu dan ini.

Ibu tak sempat la nak snap gambar sebab laluan tu dah jadi terlalu sempit dan sesak dengan orang yang berjual beli.

Antara sebab mengapa Masjid Qubah ini menjadi pilihan bagi setiap ziarah.. ini kerana, hadis riwayat Ibnu Majah mengatakan bahawa Rasullullah bersabda bahawa (in layman's term), sesiapa yang bersembahyang sunat dua rakaat di dalamnya.. maka sama baginya mendapat pahala mengerjakan umrah.



Sama jugak semasa kami berziarah ke Bukit Uhud yang menempatkan kubur para Syuhada'. Masa kami berziarah ke sini, tidak lagi kelihatan kubur-kubur tersebut kerana semuanya telah ditutup dengan pelapik yang seakan-akan plastik tebal. Semua ini kerana kawasan tersebut juga sedang mengalami proses penambahbaikan. Jugak kelihatan sebuah bangunan sedang didirikan. Reason.. Ibu tak pasti la pulak.


Us, dua tahun yang lalu..

So, nampaknya bukan hanya kawasan yang berhampiran Masjidil Haram sahaja yang sedang pengalami proses penambahbaikan, bahkan kawasan-kawasan lain juga sama terlibat.


Seterusnya, kami dibawa pulak ke kawasan ladang kurma. Sesiapa yang nak shoping buah kurma dan yang sewaktu dengannya.. boleh la layan diri. Harga wise.. entah laa. Susah Ibu nak kata. Pada yang mampu, mungkin murah. Dan mungkin jugak sebaliknya.

Okey, habis idea dah. Nak sambung projek buat sepah kat dapur Omak sey pulak.

Wassalam.

6 comments:

  1. salam k.sham..
    bestnya kan dapat sampai sana..

    ReplyDelete
  2. Alaikumsalam Ummu,
    Mmg seronok Ummu. Rasa mcm xmo balik pun ada.



    NP,
    Mana ada Sham duk situ jer.
    Jauh jugak kalau kami nak ke sana.
    Kalau drive pun, mkn masa separuh hari.
    Tp kalau dapat pindah sana mmg best la.

    ReplyDelete
  3. Alhamdullilah
    Rezeki KakSham berpuasa sebentar disana..

    ReplyDelete
  4. Pengalaman di negara orang... mahal lagi manis.
    Di negara sendiri wpun tak semewah itu mungkin, tapi tetap di hati, kan?

    ReplyDelete
  5. Azie,
    Betul tu Azie.
    Hujan emas di negeri orang.. hujan batu di negeri sendiri..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...