Assalamualaikum all,
Hari kedua.. aktiviti kami dimulakan seawal jam 8.00 pagi. Ini kerana pada jam 9.00 pagi adalah giliran bagi kaum wanita untuk menziarah ke Raudah. Giliran bagi kaum wanita adalah hanya tiga kali sehari iaitu selepas solat suboh, selepas solat dzohur dan akhir sekali selepas solat isyak.
Berbeza dengan kaum lelaki, peluang mereka untuk menziarah ke sana adalah lebih terbuka iaitu tanpa sekatan dan tanpa had.
Muka-muka ceria yang sangat bersemangat sebelum memulakan perjuangan meredah lautan manusia yang semuanya dengan niat yang satu iaitu untuk menziarahi makam Nabi Muhammad SAW serta makam yang terdapat berhampiran dengannya.
Ayah bersama dengan rakan-rakan juga dengan semangat serta hati yang riang kerana dengan kurnia dan limpah rahmat dari-Nya diberikan peluang untuk berziarah ke Kota Madinah.
Rindu, sedih, gembira.. semuanya bercampur dalam saat dan ketika yang sama. Lautan manusia dari pelbagai negara, dengan satu maksud, dengan satu niat dan dengan satu harapan..
Cuma doa kami, agar Allah memperkenankan hajat kami untuk berziarah ke makam Rasulullah.
Assalam k.sham..
ReplyDeletesemoga berpeluang...wpun dr jauh..syahdu kan terasa bila menjejaki tanah Rasulullah ..
Alhamdulillah... sungguh beruntung bagi mereka yang mendapat peluang indah ini...
ReplyDeleteseronok bila di ingat kembali kenangan ke sana (2004) masa tu anak sorang,skrang petang2 tggu nak berbuka tgk jejak rasul rindunya nak pergi lagi, kalau boleh satu family
ReplyDeleteBila ramadhan ni terlebih2 rindu rasanya nak kesana...
ReplyDeleteK,syam masih disana ke? or dah balik ke tanah air?