Ramadhan Mubarak..
Begitu meriah kota Mekah menyambut bulan yang mulia ini. Ketika selesai sahaja azan maghrib berkumandang, maka terus jam besar ini bertukar wajah.
Terus segala jenis gadget dihalakan ke arahnya bagi merakamkan detik yang sungguh istimewa ini. Rugi pulak rasanya sebab Ibu tak sempat hendak merakamkan gelagat manusia pada ketika ini. Dari yang kecil hinggalah yang dewasa serta OTAI. Dari kamera yang canggih hinggalah ke talifon pintar. Semuanya ingin turut sama dalam detik istimewa ini.
Hari pertama berpuasa, kami berbuka puasa di masjid sahaja. Pada asalnya, kami (Omak sey and me) hanya berbuka puasa dengan berbekalkan sebotol air zam-zam dan beberapa biji buah kurma. Hajat di hati, lepas solat maghrib kami akan makan di luar. Tapi sayang pulak hendak melepaskan tempat solat. Knowing that that the moment you angkat ponggong, ramai lagi yang berebut nak tempat tu. Takut nanti tak ada tempat nak menyelit masa solat terawih nanti.
Tapi alhamdulillah, murah rezeki kami malam tu. Walaupun sekadar sebotol air zam-zam dan beberapa biji buah kurma, tapi akhirnya ramai pulak yang bersedekah pada malam tersebut. Omak sey pulak at last kenyang dek makan juadah yang disedekahkan oleh para jemaah.
Seriously, kenyang sampai selesai solat terawih..
Yang sebetulnya macam-macam juadah yang disedekahkan oleh para jemaah semasa menunggu solat terawih. And at last, plan kami hendak makan di luar kami batalkan sahaja. Ayah pun rupa-rupanya sama sahaja ceritanya. So at last, balik ke bilik.. tunggu waktu sahur di hotel sahajalah.
And, setakat ini dulu cerita Ibu untuk kali ni. Nak pi pasar pulak.
Wassalam..
Dah balik yo sham. Citer pasal ramadhan kek mokah ni teringat pulak maso bundo ko sanun maso poso. Osah seronok e kan. Oghang tak kodokut sedokah makann.
ReplyDeleteSepuluh hahgi terakhir lagi orang merombik...
Iyo Bundo.
ReplyDeleteGhaso macam musim aji lak dek ghamai eh manusio.
Tu la, ado gak hajat nak try poei sanun time 10 haghi terakhir tu.
Mintak2 sampai la hajat..