Terasa seperti pulang ke
rumah..
Unlike tahun-tahun yang
lepas, tahun ini MAS dibenarkan mendarat di lapangan terbang Madinah terus dari
Kuala Lumpur. Penerbangan yang ditempah khas untuk jemaah dari KRS Travel Sdn
Bhd mengumpulkan jemaah-jemaah dari Kelantan, Kedah, Kuala Lumpur dan Negeri
Sembilan.
Sesampai kami di Madinah,
perjalanan diteruskan dengan menaiki bas untuk sampai ke hotel. Perjalanan yang
mengambil masa dalam 15-20 minit sangat mengujakan bagi jemaah yang pertama
kali sampai ke tanah gersang ini. Tambah pulak dengan deretan pokok kurma yang
sedang lebat berbuah di kiri kanan jalan, sepertinya melihat pokok buah
rambutan sedang masak ranum jika di Malaysia.
Tipulah kalau Ibu kata Ibu
tidak rindukan pemandangan yang biasa seperti pokok kurma, rumah batu
berdinding pucat, debu pasir dan batu-batu di tepi jalan raya. Dalam keadaan
panas terik yang mencecah hingga 45’C, sebenarnya dalam hati ini seperti ada
perasaan gembira walaupun terpaksa berpisah dengan hero-hero Ibu yang berada di
Tanah Malaya.
Untuk hari pertama, para
jemaah diberikan kelonggaran bagi melakukan aktiviti sendiri. Insya’Allah..
untuk hari kedua dan seterusnya sudah ada rancangan yang disusun oleh pihak
yang terlibat.
Ada rezeki kita sambung lagi
ya..
as salam Syam
ReplyDeleteakak pun rindukan suasana itu semoga ALLAH makbulkan permintaan hamba nya ini utk kesana lagi dan lagi
salam,
ReplyDeleteselama nih i silent reader jer :)
i pernah menggunakan khidmat KRS tahun lepas for umrah :)
tengok gambar dalam masjid nabawi tuh hati nih rasa sayu jer.
entah bila lagi datang peluang ke sana.
Alhamdulillah... betapa besar nikmat yang dilalui.
ReplyDeleteAssalam k.sham..
ReplyDeletealhamdulilla dah menjejaki kat bumi suci..bilanya ygk.sham pegi tuh?
Wahai berkongsi rindu lah pula orang di sini ... Selamat beribadah Sham ... dan selamat berpuasa Ramadhan Mubarak ... assalamulaikum wbt :)
ReplyDeleteSalam KakSham,
ReplyDeleteRamadhan Kareem!
oh akak balik mesia dan ke umrah ke?
ReplyDeleteselamat menunaikan umrah ye