Beautiful Friends

Monday, September 16, 2013

Rahmat.. balik kampung..

Balik kampung..
Tak kisah la balik kampung mana pun.. for me.. bless.. bliss.. happiness.. semua dengan satu makna.. RAHMAT.

Hati mana yang tak tersentuh bila melihat anak-anak bebas bermain.. bebas berbuat apa sahaja dalam lingkungan peringkat umur mereka. Bukan lagi gadget yang dipegang, bukan lagi "password" yang diminta, bukan "sharing" yang dipohon, bukan lagi alam cyber yang dijadi penghubung.

Hence, bukan mudah pulak nak dapat izin dari Tok Ayah atau Tok Aji. Atok dan nenek hari ini sedikit berkira. Especially kalau anak cucu dari Pasir Berdengung ni balik kampung. Rasanya lebih banyak perkataan NO dari.. bolehhhh..

Alih-alih.. anak cucu memerap dalam rumah semula. Mengadap gadget, melayan cd atau apa-apa yang sepatutnya. Alasannya, takut nanti ada yang tercalar, ada yang terluka, ada yang tersadung.. ada yang "ter" itu.. "ter" ini.. Aduhai..

Tapi kalau dah anak jantan, manakan nak didengar semua tu. Tho Tok Ayah or Tok Aji kata NO.. Nenek jugak mungkin sewaktu dengannya. Tapi Omak sey.. semua boleh saja.

Well, dalam semua wishlist yang disenaraikan hampir semua khatam. Suka bukan kepalang anak-anak Ibu. Bertambah sayanglah pada Uwan. Hatta, Ibu dah mula dipandang sipi-sipi. Cemburu.. layan la korang.. sementara masih ada waktu.. sementara ada peluang..












Then Ibu pun nak enterframe jugak..

 

Thus last two nights sebab dah tak sanggup dine out.. maka digigihkan jugak..


4 comments:

  1. hehe ... part yang ibunya nak enter frame tu yang best ...

    assalamualaikum :)

    ReplyDelete
  2. Alaikumsalam REAL,
    Nak buek cmano kan..paparazi adoooo jo.

    ReplyDelete
  3. amboi,posing tak menahan tu
    kalah dara 17 tahun ;)

    ReplyDelete
  4. Ha ha..
    Gambar sesat.. sekeping tu je la..
    Yg lain macam rimau versi muslimah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...