Lagi cerita zaman muda yang sangat laaaaa muda.
Zaman sekolah rendah.
Tiap kali nak balik kampung, memang mesti kena lalu kat depan sekolah ni. Dalam banyak-banyak sekolah yang Ibu dah pi belajar (walhal ada 5 je.. 2 tadika, 1 sekolah rendah and 2 sekolah menengah), time belajar kat sini laa yang paling best.
Gambar ni Ibu cilok dari FB sekolah ni
Reason Ibu kata best..
Just for one reason only.. tak ada stress. Tak tau la.. tapi masa kat sini memang Ibu paling happy. Takda masalah tho homework berlambak, tak ada sesapa nak dengki dengan sesapa.. takda nak marah dengan sesapa.. and cikgu-cikgi semua baik-baik belaka.
And below, adalah lima rakan sebaya yang suatu masa dahulu amat rapat yakni jika kemana-mana pasti akan selalu dilihat bersama. Selepas dari sini, semua berpecah. Semua bawak hala masing-masing. But with God bless.. kami diketemukan semula selepas hampir 30 tahun berpisah. Alhamdulillah, kemesraan antara kami masih seperti dulu. Tak cukup dengan wassup, sms.. fb jugak jadi media kami untuk berhubung.
Jika dua tahun lepas hanya empat orang yang berjaya diketemukan semula.. tahun ini alhamdulillah.. semuanya kembali bersama. Dengan loghat slang Neghori yang pasih tidak pudar.. hilai ketawa kami mampu membuatkan orang keliling pusing kepala tumpang bertanya.. "apalah yang best sangat disembangkan tu??".
Harap-harapnya persahabatan ini akan terus kekal hingga ke hujung nyawa. Insya'Allah.. dengan izin-Nya.. hanya itu yang mampu kami pinta.
Zaman diktator.. time tu sesapa kena pilih jadi "pengawas" famous wooooo..
And tahun ni, rezeki Ibu lebih baik dari yang sebelumnya. Ibu dapat jumpa kawan-kawan yang sama dengan Ibu masa di sekolah menengah pulak. Walaupun asalnya ramai lagi yang nak datang.. tapi at last muka-mula ni saja yang muncul. Still.. alhamdulillah..
Dari dzohur bawak ke maghrib and at last isya'.. semua cerita "dalam almari" semua keluar balik. Itu pun rasa macam tak cukup masa.
Tapi dah jenis "kami" kalau dah berjumpa tu memang tak cukup mulut saja yang bercerita, abis tangan segala naik. Well, it was a good 20 years for us. Dari anak dara, sekarang dah mak dara. Dari yang berambut sekarang dah botak (as per Shuk.. itu "style"), we've had a real good time then.
Dari bertukar calling card at last ke FB, harapnya.. it will last forever. And all this while tho' kami tak pernah berjumpa eye-to-eye, kami masih tak terputus berita. May it be from 3rd party of for whatsoever medium, kami masih terus updating each other with the latest news.
Us.. back then..
am not so popular kat school among girls..eh why eh.. garang kot..
ReplyDeleteso i tak ada byk memories masa sekolah2 dulu...
Salam Kak Sham
ReplyDeletebest kan dapat jumpa kengkawan lama ni..mesti gelak ketawa memanjang..back to memoran lane..usia pun rasa macam masa tu jer..
Entri ni buat saya jugak rindukan kengkawan sekolah saya. Wpun ada yang dah jumpa kembali, tetapi rindu itu sangat berbeza, dan sentiasa ada.
ReplyDeleteCerita yang terhimpun sekian lama, terasa hendak dicurah semua.
NP,
ReplyDeleteHanya di dua sekolah ni Sham ada kawan as in betul-betul kawan.
Sekolah lagi satu tu.. mmg asyik memendam rasa saja la.
And for that reason tak pernah langsung sham kongsikan di sini.
LW,
You feel me..
Azie,
Mmg mcm tu la keadaannnya.
Anak2 yg tumpang dengar pun jadi semacam tak sangka yg ibu & papa masing2 mcm TU suatu ketika dahulu.
salam k.sham….syok kan bila dpt gather2 dgn kawan time dulu2. dah hilang kjp tata tertib keibuan bagai bila dah yembang.
ReplyDeleteAlaikumsalam Rostina,
ReplyDeleteMmg time tu anak2 semua terkejut mak bapak diaorg used to be like that once upon a time.
Hilang la jugak sopan time tu.. mmg double terkejut laa anak2.