Anak dara Tok Penghulu balik cuti 2 minggu. But.. before ada yang bersalah sangka.. Tok Penghulu ni cuma merangkap "penghulu" kami and our circle-of-friends. Tambah pulak dia adalah antara orang yang paling lama jejak Tanah Pasir Berdengung ni.
So.. dah macam tu.. kami pun mulalah buat persiapan apa yang patut nak menyambut the anak dara balik ke sini. Tiga beradik ni dah macam anak-anak kami jugak. Kakak-kakak pada my kids..
Agenda.. lepas solat Jumaat semua berkumpul di Puncak Alam (Ibu jer yang saja-saja suka bagi nama). So.. sementara menunggu waktu makan.. Ustaz Mizi sudi pulak bawak anak-anak Ibu ke Qurain. Ada satu bekas tapak perang Kuwait-Iraq kat sana.
Unfortunately, dah hari Jumaat pun kan.. tutup la pulak sampai jam 4.00 petang. So.. sambung lepas bbq la nampaknya.
While at Puncak Alam..
Those are the main "makanan" kami for that day. Yang lain-lain tu banyak la jugak sebenarnya. Biasalah.. dah resmi orang Melayu. Tak sah kalau tak membawa buah tangan.
Cuaca pulak memang sejuk hari tu. Menjelang jam 3 petang semua dah mula mencari port nak panaskan badan. At last.. macam dalam gambar tu la jadinya..
Lebih manis ada jugak yang balik cuti dari London. Kiranya dah cukup sifat la for the girls..
Anak-anak Ibu kira rapat jugak with the girls. Maybe sebab they are in the same karate team. The girls are all "black belt" holders. While Arif pulak memang sejak dari berbedung lagi dah jadi mangsa "sakat" with the girls.
At last before maghrib semua pun bersurai. Sebab kami dah tak tahan sejuk as well as nak sambung pi ziarah tapak perang tu kan.
Well.. patutnya tak boleh ambik gambar pun. Tapi sebab kami datang dengan Ustaz Mizi so dapatlah izin dari penjaga tu nak ambik few pics. Seriously.. anak-anak Ibu jarang didedahkan dengan peluang sebegini. Mungkin jugak sebab Ibu saja yang minat benda-benda macam ni. Muzium kat Malaysia pun anak-anak Ibu belum sempat nak pi ziarah lagi. Result.. they love it.. maybe sebab tengok kereta kebal, senapang, mortar, peluru etc.. anak lelaki kan..
Bila anak2 dapat belajar sesuatu daripada trip, kita rasa berpuas hati kan kak...
ReplyDeleteBetul tu Aziela,
ReplyDeleteRasa berbaloi.. paling mustahak.. dia org "belajar" something dr lawatan tu..