Bertepuk tangan pun tidak.. bersorak pun tidak.. bersyukur jauh sekali.. only that.. served you well.
Berpuluh tahun kami membesarkan.. berpuluh tahun kami makan hati.. berpuluh tahun jugak kami terima segala cercaan.. segala umpatan.. segala kata-kata dan cerita yang tidak baik tentang Si Polan.
Sejak dari hari dia dilahirkan.. sejak dari hari Sang Bonda meninggalkan si anak.. sejak dari hari kami membawa Si Polan keluar dari Kepulauan Mindanau.. semenjak Sang Ayah menafikan haknya sebagai seorang ayah.. kami inilah yang menjadi ganti ayah dan ibu pada Si Polan.
Dan mengenangkan Si Polan punya harapan untuk berjaya.. maka anak-beranak sepakat berturun harta apa yang ada untuk menanggung kos pembelajaran Si Polan. Dari sekolah rendah sampailah ke peringkat kolej. Rasanya Ibu sendiri pun tak semewah Si Polan. Maklum sahaja yang "menghulur" kiri kanan depan belakang. Tapi mengenangkan title anak yatim piatu.. anggap sahaja itu "rezeki" Si Polan.
Tapi akhirnya tanggal 10 Disember 2013 berita diterima Si Polan dengan rasmi dibuang dari kuliah atas sebab-sebab yang tertentu (sama pulak tarikh dengan abang Si Polan bertunang tempoh hari).
Si Polan yang sudah jadi seperti anak.. sudah seperti adik.. aduhaiiii.. hati mana yang tidak sedih.. tidak terguris.
Mungkin saja keluarga mampu memaafkan jika sebab diBUANG dari kuliah itu wajar diterima pakai. Namun jika pembohongan atas pembohongan.. hati mana yang boleh bersabar. Hati mana yang mampu bertahan.
Tu hari Si Abang yang buat hal.. hari ni dapat berita pasal Si Adik pulak. Aduhaiiii..
Maka sekarang.. semua usaha back to square one. Elok-elok boleh pegang sekurang-kurangnya Diploma.. hari ini redhalah dengan SPM sahaja.
Namun kami pun tidak zalim mana. Masih jugak berdoa agar Si Polan pulang ke kampung berjumpa dengan sanak-saudara. Kami masih mampu dan sedia memaafkan jika ada rasa insaf dan kesedaran dalam diri. It's not the end of the world. Masih ramai yang mampu berjaya walau tanpa "segulung kertas" di dalam tangan.
Dan.. berhentilah dengan sikap suka bercakap bohong. Ubahlah sikap. Janganlah berlagak sepertinya anak orang kaya walhal hanya tuttttttttttttt sahaja. Tapi cakap banyak pun tak guna kalau kita sahaja yang bersungguh.. yang beriya.. sedangkan dia sendiri.. wallahu'alam..
Allah bayar cash juga Dia ingin menguji dan menduga kita...
ReplyDeleteLuka di hati.. pasrah terima.
ReplyDeleteTapi bila Ibu tua yg dilukakan hatinya..
Salam singgah buat pertama kalinya di sini. dari www.nazlee.com
ReplyDeletesbb tu ada pantun
ReplyDelete'siakap sinohong gelama ikan duri
cakap bohong lama2 mencuri'
sedap wat siakap stim tu
sori komen lari tajuk
T.kasih kerana sudi singgah Pakcik Lie.
ReplyDeleteIrfa..
ReplyDeleteSini siakap susah nak dapat.. kerapu, jenahak, terubuk tu banyak la kt pasar..
dah lah orang pungut jaga macam menatang minyak yang penuh...perangai macam ni pulak. memang dasar tak tahu diuntung.
ReplyDelete