Beautiful Friends

Friday, December 20, 2013

As simple as it can be..

Assalamualaikum all,
Salam Jumaat yang barakah..

Btw, before Ibu lupa.. nak pesan sikit. Hari ni hari Jumaat.. if can try la baca surah Al-Khafi. Nanti ada masa.. ada rezeki, Ibu try cerita kelebihan membaca surah ni. And.. waktu asar hingga maghrib hari Jumaat adalah antara waktu-waktu yang terbaik untuk berdoa. Selamat berdoa, dan buatlah ia bersungguh-sungguh dan yakini kemakbulannya. Insya'Allah..

Kebetulannya kami ni ada circle-of-friends yang punya minat yang sama. So, selalunya ada laa yang rajin cerita pasal bab makan. Expecially yang bujang or separa bujang. Mulalah masing-masing berangan nak makan itu and nak makan ini. And Ibu pulak yang biasanya tak ada idea nak masak.. selalulah cedok idea dia orang tu.

Hence malam tadi balik dari main badminton (selepas KAFA), mulalah masing-masing dok berangan cerita pasal makan. At last ada la sorang adik tu mencetus idea nak makan cekodok ikan bilis dengan sambal sardin.

Well.. pagi ni memang terus kasi real la. As shown in the picture... wallahhhhh...


Ada cekodok ikan bilis (ikan bilis tu kasi goreng dulu), ada sambal sardin and ada rendang daging. Rendang tu order dengan kawan jer. Tu la untungnya kalau ada yang berjual.. sure ada yang sudi membeli..



Beginilah keadaan kami di sini. Walau dengan kemudahan yang terhad.. tapi kami cuba gunakan semaksima yang boleh. Jangan diingat tinggal di luar negara ni semua yang indah.. semua yang mewah.

Dewan ni sebenarnya adalah dewan serbaguna. Manakan tidak.. di sinilah anak-anak belajar KAFA dan di sini jugaklah kami beriadah. Tu yang kat tepi dinding tuuuu.. itu pulak meja-meja comel untuk anak-anak kecil belajar KAFA setiap hari Khamis malam Jumaat. Pada kami.. okey jer.. tak mengganggu aktiviti kami pun.

Bagi yang rasa nak bermain bola atau aktiviti yang lebih lasak.. terpaksalah cari padang sendiri di luar. Tapi kalau setakat basketball, badminton atau ping pong.. boleh jer layan di dewan serbaguna di embassy ni.

Anyhow.. pada kami.. life is very simple. Nak join.. jom. Tapi kalau rasa riadah cara kami bukan "up to your level".. sendiri ikhtiar la ya..

Ilal liqa'..

2 comments:

  1. Salam Kak Sham... Saya pula dah teringin cekodok tu. Silap2, esok pagi saya pun sarapan cekodok dengan sambal sardin, kak.

    ReplyDelete
  2. Alaikumsalam Azie,
    Tu la kan.. bila ada yg tayang2 gambar makanan itu ini.. ada masa blh dibuat "modal" utk kita masak pulak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...