Beautiful Friends

Monday, December 16, 2013

Tak ada rotan rotan.. akar pun berguna jugak..

Assalamualaikum all,

Cerita pasal entri hari ni langsung tak ada kena mengena dengan tajuk yang di atas. Tapi mungkin ada sikit kaitan dengan gambar laksa Ibu tu je la. Sebab kan biasa orang buat laksa guna ikan kembung.. well.. Ibu guna ikan sardin jer. Dah terlampau nak sangat makan. Anyway..


Cerita pasal hari ni.. bukan nak membuka pekung di dada. Tapi.. sekadar untuk berkongsi kisah. Jika baik.. bolehlah dibuat iktibar. Otherwise.. ignore sajalah..

Just so recent Ibu dapat perkhabaran ada seorang suku-sakat di kampung yang dah menempuh hari bahagia. Bertunang khabarnya. Cuma sedikit terkilan, hari bahagia tersebut tidak dikongsi bersama keluarga terdekat. Lagaknya seperti orang tak ada asal usul, tak ada keluarga, tak ada adap.

Si Polan ni bolehlah dikata sebagai "anak yatim piatu". Sang Bonda sudah lama meninggal dunia, Sang Bapa pulak bagai menolak tanggungjawab yang Allah wajibkan ke atasnya. Maka atas dasar keluarga, belas ehsan dan tanggungjawab.. maka Si Polan dibela oleh kaum keluarga terdekat.

Tapi apakan daya, dengan perangai yang kurang sikit dari dot dot dot.. semua pakcik and makcik akhirnya dok pakat reject sebab tak tahan denan peil kaki temberang, minum arak, main judi and segala yang tak baik Si Polan. Cuma yang masih bertahan.. sepasang Mak Saudara and Pak Saudara yang malang ini.

Macam-macam cerita yang dah sampai ke telinga. Macam-macam cemuhan jugak yang mereka berdua ni kena telan demi membesarkan Si Polan ni.

Manakan tidak.. kerja dengan orang berniaga nasik lemak, pandai pulak bukak laci cashier, disuruh buat so and so.. lain pulak jadinya. Itu belum lagi dengan love bite keliling leher tiap kali balik ke rumah.

Mungkin ada yang sedikit confuse.. ape ke hal Ibu nak ambik tau semua hal ni.. memadailah jika Ibu katakan.. Ibu pun ada saham semasa membesarkan Si Polan ni.

At last.. pada tanggal 15-05-2013.. genap sudah umur Si Polan 25 tahun. Sebagai lelaki TULIN sudah pasti hormon tut tut tutttt mula memberontak. At last dapatlah dijerat seorang marka. Si Polan ni physically.. not bad jugak. Darah kacukan la katakan.

Tapi dalam pada ding dong ding dong.. dengan segala masalah dalaman at last Si Polan keluar dari rumah tanpa mohon izin sepatah perkataan pun dengan "mereka" yang membesarkannya. Dengan "mereka", Si Polan mengatakan bahawa dia ditahan wad lantaran kena "kena demam denggi". Unfortunate sampai ke hari ni tidaklah pulak diketahui mana hospital atau klinik dia dirawat. Bila ditanya.. ada sahaja jawapannya.

Tapi nak menyorok sampai bila. At last tahu jugak lokasi persembunyian. Cuma pada yang mengaku saudara.. biarkan sajalah. Esok lusa.. balik la tu. Masih lagi nak bagi peluang pada Si Polan agar berubah dan pulang kepangkuan saudara sedarah sedaging.

Namun tup tup.. dapat perkhabaran Si Polan dah bertunang. Dengan gah Si Tunangan menghulur jari untuk disarung cincin. Namun yang menyarung cincin bukan pulak salah seorang dari 3 makcik yang membesarkan beliau. Errrr.. Mak Angkat terbaru kut (kita bersangka baik sajalah).

Namun, hati "mereka" yang sedarah sedaging dah terluka dah terguris. Tambah sadis bila mendapat khabar angin kononnya Si Polan keluar rumah akibat diHALAU oleh mereka yang mengaku sedarah sedaging dengannya.

Pada keluarga baru.. aduhhhhh.. kenapalah kejam sangat "mereka" ini. Tidak adakah sifat belas kasihan pada Si Polan yang boleh saja dikata seperti anak yatim piatu.

Ibu saudara yang sorang ini rasa amat terkilan. Walau tiada air mata yang menitis.. namun hati seorang Ibu sudah pasti bukan saja retak malah pecah berderai umpama cermin tingkap yang bersepai dek dilontar dengan batu sebesar penumbuk lelaki dewasa.

Maaflah.. Ibu ni tak pandai nak bercerita. Tapi rasanya yang membaca sudah faham dengan jalan cerita kan kan.

Cop cop.. cerita tak habis lagi..

Mak saudara yang sorang ni khabarnya amat "sedihhhhhhh" yang teramat. Maka diceritakan pulak pada 2 makcik yang lain. Tapi dah makcik yang 2 ni spicis berhati keras.. lagi keras dari besi yang diguna membuat pedang Excalibur.. maka responnya.. "kita tengok sajalah berapa lama dia boleh bertahan".

Pada Ibu.. diberikan tugas untuk terus men-skodeng wall FB Si Polan. Untuk pengetahuan.. Ibu saja yang masih belum di-unfren. Yang lain dah selamat kena BLOCK.

Ibu ni pun sebenarnya serba-salah nak ambik tanggungjawab tu. Pada Ibu.. Si Polan ni bukan saja umpama kacang lupakan kulit.. bahkan seperti melepaskan anjing yang tersepit lagaknya. Daripada Ibu layan sakit jiwa dengan peil Si Polan yang dot dot dot tu.. lagi bagus kalau Ibu layan lipat baju yang dah sebakul tu. Lagi pulak.. orang dah reject kita.. buat apa kita nak ambik tahu lagi kan.

Esok lusa kut dia ada masalah tu.. pandailah dia nak balik cari kita orang tu.. 

Abis sudah.. nak cerita tu jer..

P/s;
Pada sesiapa yang senasib dengan Si Polan tu.. pesan Ibu.. "korang fikirlah sendiri"..


5 comments:

  1. teringat ustaz amin kat pesona dzahra.. rule no.1 Sabar, ruler no.2, refer to rule no.1... hihi.

    Kekadang Allah uji kita dengan pelbagai bentuk ujian kerana Allah sayangkan kita...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Sekurang2nya, dah lepas tanggungjawab untuk membesarkan si Polan. Sekarang, terpulang pada si Polan lah pula....

    ReplyDelete
  3. Mila,
    Allah akan tetap bagi kita dugaan.. & Allah takkan bagi dugaan yg DIA rasa kita tak blh handle..
    Betul.. "Sabar itu separuh dari Iman"


    Azie..
    Bahagian K.Sham dah lama selesai.. cuma yg sedikit terkilan tu bila dia sebarkan fitnah atas org yg selama ni bersusah-payah membesarkan dia. Especially pada Makcik & Pakcik tu.
    Yg lain2 tu.. antara dia & Allah..

    ReplyDelete
  4. ada kawan mengadu..adik yang di sayang,satu2nya ank lelaki asik mengelak bila family nak dtg melawat.rupanya dah berkahwin nun di seberang tanah drama sinetron..sy nasihatkan pd dia.terima jelah.benda dh berlaku

    sabar ye ibu

    ReplyDelete
  5. Irfa..
    Memang dah "cool".
    Cuma yg tak boleh sabar dgn org yg "terlebih ajar" dgn org tua ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...