Beautiful Friends

Tuesday, March 13, 2012

Sup tauhu pok



Lunch time..

Tadi settle dah lauk untuk Amsyar. Tapi lepas tu kena fikir nak masak something for Haazem and Arif pulak. Sebetulnya Ibu tak encourage anak-anak demand nak makan itu ini, tapi ada masa nye terpaksa jugak beralah. Especially, kalau first dish yang Ibu masak TER-pedas dari biasa.

Masih lagi hasil dari memborong di kedai Bobby, malam tu jumpa pulak tauhu pok (ada jugak panggil tauhu kelompong). Dulu pernah jugak jumpa di kedai-kedai area office Cik Asben. Tapi semenjak semakin ramai masyarakat Pinoy bekerja di kawasan tu, semakin susah jugak la nak jumpa tauhu pok ni. Pada yang masih a bit blurry camana rupa tauhu pok ni.. okey Ibu tepek kat bawah ya..

Gambar pinjam dari koleksi DTS

Tauhu pok ni biasa jumpa masa kita makan mi kari. Tapi kalau di rumah Ibu, Ayahanda suka sangat kalau ia dibuat sup sahaja. Ingredients pula cukup simple ie, tauhu pok, daun sup dan udang. Tapi di sini, Ibu modify la mengikut harta-benda yang Ibu jumpa dalam perut freezer. The more the merrier kan kan kan..

Okey, jom lihat resepi..

Bahan-bahan;
Separuh bawang merah
4-5 ulas bawang putih
* dihiris halus
10 biji tauhu pok
Udang saiz sederhana dalam 10 ekor - dibuang kulit, separuh
Tauhu inti sotong (beli ready made la)
Sedikit sayur sawi
Sedikit daun sup
Sedikit bunga kobis
* kalau nak tambah lain-lain sayur pun, okey jer.. just be logical okey
1 kiub pati ayam Adabi

Cara-caranya;
1- Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau
2- Masukkan sedikit air dan biarkan ia mendidih
3- Setelah itu masukkan udang
4- Masukkan pula kiub pati ayam
5- Kemudian masukkan tauhu berinti sotong dan masak sehingga ia betul-betul masak
6- Masukkan tauhu pok dan semua sayur-sayuran
7- Perasakan dengan garam
8- Dah siap

Nota kaki;
Daun sup is a MUST, kalau takda.. hatta jadi lain la pulak rasa sup ni.. dan sebenarnya ia berfungsi sebagai penambah aroma dan rasa pada sup ini.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...