Beautiful Friends

Friday, March 2, 2012

Sup ekor & tulang


Selamat tengah hari..

Ibu and family baru jer selesai lunch kat sini. Malas la nak kluar lunch so pagi-pagi lagi dah masuk dapur, mulakan operasi mereneh sup. Tau jer la.. bukan guna pressure-cooker pun. Kalau tidak, 20minit siap dah ni. Lagi pun kat sini elektrik skali dengan sewa rumah. So kalau tenggek pun periuk tu atas dapur 3-4jam sekalipun, takda la rasa bersalah sangat nak bayar bil elektrik. Tapi kalau kat Malaysia, jangan cari pasal ya..

Sup ekor dan tulang ni memang menu wajib sebulan sekali kat rumah ni. Cik Asben memang tak ngelat la walau dimasak selang seminggu pun. Alahhhh.. bukan susah sangat pun nak buat.. trima kasih jugak la pada sup bunjut and sup tulang Adabi. Lepas tu Ibu tambah la sikit lain-lain rempah tu.

BTW, anak-anak kat rumah ni, standard la dengan peil masing-masing. Amsyar ambik sup plain, Haazem pun macam tu jugak.. whereas Arif makan dengan nasi impit.. haishhhh..

Kalau nak tau cara-cara Ibu mereneh sup, sila skodeng resepi..

Bahan-bahan;
Ekor dan tulang 
* 2 biji bawang besar
* 6-7 ulas bawang putih
* Halia sebesar ibu jari
(semua bahan-bahan * dikisar dan ditumis)
** Kayu manis
** Bunga lawang
** Bunga cengkih
** Lada hitam
(semua bahan-bahan ** ditumis bersama dengan bahan kisar)
2 peket sup bunjut Adabi
2 peket sup tulang Adabi
Air secukupnya

Sidekicks;
Cili api, bawang goreng, asam limau.
&& jika suka - bunga kobis, lobak merah, celeri dll.

Cara-cara menyediakan;
Tumis semua bahan-bahan * dan ** sehingga naik bau
Masukkan air secukupnya
Jangan lupa masukkan ke semua rempah-ratus dari sup bunjut dan sup tulang Adabi
Apabila telah mendidih, masukkan ekor dan tulang dan masak sehingga lembut
Perasakan dengan garam
Settle....

Nota kaki;
Jika terasa hendak mencampurkan sekali sayur-sayuran di atas, Ibu galakkan gunakan air sup tulang tadi dan dimasak di dalam bekas yang berasingan.


Besar jasa dua-beradik nih..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...