Baru seminggu Cik Asben berpergian, Ibu dah terasa macam-macam. Rupa-rupanya bukan senang nak handle urusan anak-anak dan rumahtangga single handed. No doubt this is not his first time being away tapi bila semua anak-anak dah bersekolah maka tuntutan jadi semakin mencabar. Dari aktiviti sekolah, KAFA, weekend and yang di rumah lagi. Itu belum lagi slot in dan kerenah anak-anak.
In short memang Ibu salute to those Ibu dan Bapa tunggal "out there" yang dengan sepenuh hati menguruskan hal anak-anak without any hesitation. Tambah pulak kalau at the same time, dia orang tu bekerja.
First and foremost yang Ibu perasan;
Time management :
Kalau dulu setakat delay 15-20 minit, I won't rasa apa-apa. But now, lewat 5 minit pun Ibu dah mula kelam kabut. Surprisingly, boleh pulak semua dibuat accordingly. And kalau dulu alarm tu Ibu snooze sampai 3-4 kali, sekarang tak bolehlah buat macam tu lagi.
Communication :
Yang ini memang penting. My three boys have their own school diaries. Most of the updates semua memang ada dalam tu. Dari test sampailah ke picnic or homework and not to mention teachers remarks. So kalau rasa malas nak banyak problem, eloklah selalu berkomunikasi and do a check-up things in the diaries. Jangan nanti pagi ni nak pi sekolah tiba-tiba Ibu dapat SURPRISE!!!!!
Firm :
Tak sangguplah nak jadi TARZAN setiap masa. Boleh terbarai anak tekak. Dengan 3 hero yang semua jenis mulut tak ada insuran, setiap masa asyik nak berkuntau, berkungfu etc.. kalau kurang sabar memang ada yang cepat sentap. Jadi Ibu yang most of the time terpaksa jadi referee, kenalah firm, tegas dan tak boleh berat sebelah. Otherwise, makin melarat nanti.
Budget :
As simple as, kalau malas nak keluar then eloklah jaga budget. Dalam keadaan sejuk-sejuk macam sekarang ni, malas betullah nak pi mana-mana pun.
Health :
Dalam musim sejuk seperti sekarang, anak-anak senang sangat nak jatuh sakit. So dari terpaksa berziarah ke klinik Dr. Lotfi, eloklah take precaution. Err.. ni Ibu pulak dah mula terbersin and batuk-batuk. Sangat tidak baik.
Tolerate :
In a situation like now, there is no space for sikap "ME". Semua kena tolerate with each others. Kalau dulu Haazem and Arif boleh kata, "kita orang kecik lagi" now semua kena ambik bahagian. Tak bolehlah asyik sang abang sahaja yang kena buang sampah, yang berdua tu pun kenalah mula jinjing plastik sampah. Ini termasuklah benda-benda kecil yang lain. Kalau dulu boleh suka-suki buat itu ini, well tak salah kalau sekarang semua turun padang.
* Ibu terpaksalah belajar percaya yang anak-anak pun boleh sama-sama contribute tho' result bukanlah perfect.
Food :
Fast food is not in my list at all. Takut silap-silap makan, ada pulak yang terima akibat. Sebolehnya Ibu cuba masak di rumah. Turn out, the kids love it. Memanglah ada yang bersungut asyik makan di rumah, tapi bila dah kenyang diamlah mulut tu.
And since semalam kami ada extra hours di rumah so Ibu decided to "kenduri anak-beranak". Masing-masing pilih 1 jenis lauk and Ibu will cook for them. Henceforth, Amsyar terus mintak gulai udang which Ibu tambah peria. Then Haazem asked for ayam masak tomato and Arif requested for ayam goreng.
And as shown in the pic was my portion.. ulam, ayam masak tomato, gulai peria with udang and sambal belacan. Bliss..
p/s;
Emo :
Yang satu ni kena sorok-sorok sikit dari anak-anak. Takmo la nanti anak-anak jadi sedih bila tengok Ibu pun sedih. Ibu memang bukan jenis yang cepat menangis, tapi entahlah.. kali ni senang sangat nak berjujur air mata. Tipulah kalau Ibu kata Ibu tak rindu ke Cik Asben.. siapa tak sayang suami kan..