Beautiful Friends

Tuesday, January 15, 2013

ABC.. cekodok basi..

Ya.. hari ni memang Ibu malas.. (malas nak masak jer)
Punca malas bila ada orang tak dengar kata..
Suruh makan nasik tapi dia tetap beriya nak makan meggi..
Macam la kenyang sangat makan meggi sekali 2 bungkus tu??

Akibatnya..
Dari elok-elok Ibu nak masak itu ini.. at last hajat semua kantoi..
Lauk yang dah siap defrost semua masuk balik peti..
Makan sahajalah apa yang ada..
(Cepat sangat la pulak Ibu sentap sekarang ni)

REASON :
Mungkin sebab Ibu kurang kasih sayang..
Cik Asben pi merantau ke negara jiran..
Walaupun berhubung setiap jam, manakan sama duduk sembang sebelah-sebelah..

Tapi ada jugak baiknya kalau sesekali Ibu mengamok..

Kalau biasa waktu revision lepas isya'.. ni pandai pulak terus bukak buku..
Kalau biasa time ni semua berebut remote control.. ni pandai pulak ambik wudhu solat awal waktu (otherwise semanjang yang sipi-sipi)
Kalau biasa time ni ada yang gigih ajak pi bakala.. ni pandai pulak mintak hampar toto sebab nak nap time dekat dengan Ibu..

Tapi sejujurnya..
Ibu tak suka bila rumah sunyi sepi..
Ibu tak suka bila tak ada orang nak bergaduh walau kaki tangan naik sana sini..
Ibu tak suka bila tak ada yang mengadu sakit sana sakit sini..
Ibu tak suka bila tak ada orang yang menangis sebab kena buli..
Ibu tak suka bila tak ada orang nak tanya itu ini..

Sementara tu.. makanlah dulu apa yang dihidang..
Karang sejuk hati.. kita fikirlah yang lain pulak..

cekodok ikan bilis
partner dengan kuah gulai semalam and sambal sardin
(dalam hati.. mencarik nasi jugak ni)



6 comments:

  1. time kurang kasih sayang neh waktu terbaik kita kurangkan makan.. diet meh... dan boleh lebihkan tido.. muahahaa.. boleh masak soup for lunch.. bawak ke malam... takde saper berani komplen.. ngeh.

    ReplyDelete
  2. Kak Tek syg..
    Can't do that..
    Anak sulong pure org N9..
    X podeh x sah..
    So wajib jugak 2 menu..

    p/s;
    Ibu dh takut nak pi "menimbang" ni..
    Sbb mungkin or kompom naik lagi..

    ReplyDelete
  3. Hihi comel anak2 akak ni. Firas pun selalu buat mama dia sentap. Kita main godek internet nak cari resepi sedap2 utk dia makan. Penat bertarung kat dapur, bila nak suap...bukan kata nak rasa, pandang pun xmahu....huhu sentap hati mak nakkk

    ReplyDelete
  4. Bila tiba "situasi".. semua Ibu pun pandai sentap..

    ReplyDelete
  5. akakku,

    kadangkala seekor kucing pada satu masa dia bisa bertukar menjadi seekor harimau jantan.

    bila dia mengaum, semua binatang takut padanya.
    hehee..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...