Beautiful Friends

Thursday, September 12, 2013

Menumpang rezekinya orang..


Aiyokkk!!!!
Macam mana la tak terkejut. Berderet miss-call dari Ikhwan. Ralit sangat sampai tak perasan.

Ikhwan ni sebenarnya student Kuwait U. Biasa mengajar anak-anak Ibu mengaji and Bahasa Arab. So without any delay, terus la Ibu call balik. Rupanya dia nak datang rumah nak mintak tolong simpankan ikan-ikan yang dia and few others pancing. Unfortunately, freezer Ibu sendiri dah 95% penuh. Siap mintak tumpang freezer Uncle Bob lagi.

So, the best that I can do.. Ibu pun offer tolong masakkan ikan-ikan tu. So bila diberi pilihan between masak asam pedas, kari or masak lemak cili api.. dia orang mintak buatkan masak asam pedas.

Well, ini la rupa ikan yang dia orang pancing tu. Jangan ditanya nama or jenis ikan for I do not know.



Dah alang-alang dia orang pun sampai time isya', kita solat jemaah la dulu. Rindu pulak nak dengar suara adik Hakim mengimamkan sembahyang. Kalau ada adik Syahrul, lagi best. Sayuuuu jer suara. Dengan dia orang ni, kalau dimintak jadi imam, terus je sanggup naik. Unlike "some people" bukan "somebody" ya.. yang selalu main tolak-tolak.

Well, to whom it may concern.. if you're reading this entry.. sila ambik iktibar ya..


Actually dalam ramai-ramai tu, 3 orang jer yang Ibu kenal. Lagi 2 orang students tu, khabarnya baru je sampai semalam. Kira sessi suai kenal la ni. Tang nama, jangan ditanya.. bukanlah Ibu ni suffering from memory lost.. tapi susah sangat nak menyebut nama masing-masing. Plus.. kali ni both from Selangor. Kira pecah tradisi jugak ni sebab selalunya yang datang are those from Kelantan or Terengganu. Tak kisah la kan..


Well, ini la rupanya hasil air tangan Ibu. Ikan-ikan yang cerita asalnya "lain" tapi at last jadi rezeki santapan kami malam tadi. Seikhlasnya, ikan ni tak berapa sesuai untuk dibuat masak lauk yang berkuah. Tapi apalah sangat beza dengan menyampaikan hajatnya orang. Tambah pulak Tuan Badan tak dapat balik cuti kali ni. Kisahnya.. Ibu pun tak berapa jelas tapi.. ada la tu..

Sebelum balik tu, ada pulak yang tersasul dok sebut dah lama tak makan ketupat sotong. Dengan suara hatta dengar tak dengar.. muka tersipu-sipu malu.. kita faham la tu kan.. Insya'Allah, ada rezeki akan Ibu usahakan.. Doakan sahaja murah rezeki Ibu, sihat tubuh badah plusssss.. tahap kerajinan pun kena max la jugak kan.

5 comments:

  1. alahai..sib baik ada akak yg boleh tlg masakkan ;)
    oklah tu..x yah susah2 simpan dlm peti ais.simpan dlm perut terus

    nanti free buat le tupak sutun tu.x susah kan?janji ada 'nise'
    hehe

    ReplyDelete
  2. Irfa,
    Susah sikit nak dpt sotong yg sesuai kat sini.
    Yg selalu jumpa sotong katak.. kut tak saiz yg gedabak..


    Athirah,
    Rasa pun sedap.. ikan segar.. baru lps pancing..

    ReplyDelete
  3. yummy... diorg ni kiran menumpang kasihlah yer.. jauh dari keluarga gitu...

    ReplyDelete
  4. Mila,
    Dah dok jauh dr kelompok keluarga ni.. mcm tu la resamnya.
    Yg tua jadi kakak atau mak.
    Yg muda pulak jadi adik.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...