Beautiful Friends

Thursday, October 24, 2013

BAGAIMANA NAK TAHU USUS ANDA BERMASALAH?

Assalamualaikum all,

Musim makan-makan sempena menyambut hari raya kurban di sini masih belum reda. Setiap hari ada saja jemputan. Dah jadi macam tu, apa lagi kalau bukan makan.. makan.. dan makan lagi.

Satu masalahnya.. Ibu ni jenis susah nak pi lapor diri. "Feeling" pun susah nak mari. Jadi bila dah jadi macam tu.. mula la risau. Tapi makan tetap makan.

Dah jadi macam ni maka berlangsunglah sessi skype dengan Si Polan yang lebih mahir dalam hal ni.

Sebenarnya, Ibu dah pernah jugak up satu entri yang hampir sama dengan entri kali ni. Tapi kali ni.. entri ni lebih ringkas. Nak tau lebih lanjut.. kena buat research sendiri la.

So, dah tajuk pun terang-terang cerita pasal USUS.. so di sini Ibu senaraikan beberapa tanda-tanda usus yang bermasalah. Ini pun sebenarnya copy paste dari email Si Polan tu. Dia tau.. and dah faham sangat kalau dia cerita jer.. memang tak kemana la jawabnya..

Kalau ada yang bermanfaat.. kita share sama-sama. Kalau ada yang terkurang tu.. "kurangnya" dari diri Ibu sendiri.

Jawapannya ada pada bibir anda.
- kering
- merekah
- keruping-keruping
- selalu mendapat ulser mulut

Kesan jika usus bermasalah
- lesu
- buasir
- jerawat
- sembelit
- perut kembung
- kulit tidak bermaya
- masalah berat badan meningkat

Dan jika dibiarkan lagi, pelbagai masalah akan menjadi masalah yang lebih kronik kerana usus tidak dapat menyerap khasiat makanan yang anda ambil setiap hari kerana telah dibebani kekotoran yang melekat di dindingnya.
 
Jadi apa yang kembali diserap dan di jalankan sekitar badan anda ianya hanya TOKSIN DARI KEKOTORAN yang terkumpul itu sendiri.

Maka benarlah ;
PENYAKIT DATANG BERMULA DARI PERUT

Untuk kesan lebih dramatik, sila gugel.. gambar yang original.. yang ini.. biasa-biasa jer..
Khuatir ada yang tak lalu makan jer nanti..

Ini hat yang sihat la..

Cara nak mengatasi.. ada macam-macam. Tapi tang hat tu.. Ibu tak khatam nak study lagi. Kita bukan pakar. Ada masa kena ikut "serasi badan" jugak.

Yakni.. makan buah ke.. minum yogurt ke.. makan sayur ke.. nak ambik extra cili takut buasir pulak. Nak minum air masak.. errr.. As I said.. ikut serasi tuan nyer badan la..

Macam Ibu.. setakat ni tepek detox sahaja. Insya'Allah sampailah "feeling" tu.

Okey. Insya'Allah. Ada rezeki kita sambung lagi.

Ilal'liqak..



9 comments:

  1. Assalam k.sham,
    kita pun samalah masalah ngan k.sham..kalau kontrol makan mmg susah benor nak pi lapor diri..drp list k.sham tuh,tak der sbrg masalah camtuh..agaknya metabolisme yg berkurang kot..:)

    ReplyDelete
  2. Alaikumsalam Ummu,
    Sebenarnya kalau kita rajin cari.. byk lagi tanda2 lain.
    Ex; mata yg nampak urat2 merah (tak putih) tu pun antara tanda ada masalah usus.
    No doubt.. kalau kita rendah metabolism pun antara sebab jugak. Tu sbb kena rajin bersenam. Bila keluar peluh, toksin pun sama keluar. Bila toksin dah keluar.. senang la sikit nak tuttttt..

    Wallahu'alam..

    ReplyDelete
  3. uit..takut gak ye...sy macam ada je ciri2 tu..kna banayk2 makan buah n yourgat ni

    ReplyDelete
  4. Ibu pun cuma memanjangkan ilmu dari seorang sahabat. Semoga ada yg berguna utk kita.



    Kopiolimauice,
    Sebelum parah baik ambik langkah2 mencegah.

    ReplyDelete
  5. mala mmg ada masalah sembelit. dok di sni amalkan minum laban .. dulu tak boleh nak telan laban .. la na ok dah

    ReplyDelete
  6. Mala,
    Minum laban mmg elok. Elok sesangat utk membuang..
    Tu sebab the Arabss amalkan minum laban.. as pelawas.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...