Beautiful Friends

Friday, March 21, 2014

Reason not to cook on Friday..

Assalamualaikum all,
 
Tak pernah demand and tak pernah request "cuti" pun. Tapi macam dah terbiasa.. hari Jumaat memang jarang sangat Ibu masak di rumah. Biasanya anak-anak sendiri akan request untuk "tapau" sahaja on the way back from solat di Masjid Ustaz Muhammad. Actually itu bukan nama "masjid" yang sebenar cuma kebetulannya Ustaz Muhammad (rakyat Malaysia) ada masa menjadi imam di sana.. maka terus lekat nama Masjid Ustaz Muhammad.
 
And recently semenjak Bobby makin rajin nak menghantar makanan ke rumah kami.. maka makin rajin jugaklah Ibu menapau dari kedai. Pilihan makanan.. semua home cook by Siamese muslim yang bekerja di sini. Dari nasi goreng udang, nasi goreng Singapore, beef ball noodle soup, lepat pisang, cendol, pulut mangga, wajid (nasik manis) etc.
 
Tapi minggu ni Ibu cuma order lepat pisang, satay ayam, beef ball noodle soup and nasi goreng with shrimp paste (with side-dish - telur goreng, mangga manis, ulam-ulam & sosej). And it all cost me only for 4.600KD. Kira murah la tu.

And biasanya bila Ibu post kat fb.. well.. actually niat Ibu tu nak kongsi info. Kut la ada kawan-kawan yang nak tukar selera kan kan.. tapi ada je mulut sumbang yang kata Ibu dapat komisyen or jadi business partner si Bobby.. ALHAMDULILLAH.

Kut nak tau.. makanan ni semua dimasak oleh those muslim dari keturuan Siam di sini. Ada di antara mereka yang tak semewah "some of us" di sini. Jadi Ibu rasa tak salah kalau Ibu tolong promote business dia orang tu.

The same goes to our fellow Malaysian di sini yang ada buat masak-masak (kecil-kecilan). Ibu selalu jer bagi IKLAN FREE kat fb. Niat Ibu.. at least to those "bujang" or "separa bujang" tau mana nak cari/order Malaysian dishes kut sampai angin "teragak" tu.

Anyway.. pada yang selalu kata Ibu dapat diskaun.. dapat komisyen.. jadi business partner Bobby tu.. alhamdulillah. Ibu "amin"-kan sahaja kata-kata dia orang tu. Tak sikit tercuit or berkudis kat hati Ibu.

Anyway.. meh nak share gambar hasil dari "meng-order" dari kedai Bobby hari ni. Those yang di Tanah Malaya or anywhere else tu maybe payah la sikit nak share the benefit of this info tapi sejak dua menjak ni ada yang sambung cerita kat WA pulak mintak lokasi or info penuh tang hat benda-benda especially bab makan yang Ibu share kat sini.


Thus.. ini skima nak meriak ni.. di sini maybe ada telur itik (baru tau ni).. maybe ada jantung pisang.. tauhu pok (made by Indonesian).. ulam pucuk pegaga.. daun kunyit.. tapi sure KORANG takda belimbing buloh.
 
Mana Ibu dapat.. haaa.. mana lagi kalau tak dari kedai Bobby. But tho' dia order 2kg yang datang cuma 500grams and terus dia reserved untuk Ibu. Knowing that I will appreciate much of these "telimpings" (that's what they call it in Thailand). Ha ha ha.. ko ada??


And during KAFA semalam mulalah ramai kaum Ibu yang mula tanya asal-usul belimbing buloh tu. Ibu jawab.. try order kat kedai Bobby.. khalass..
 

10 comments:

  1. telimpings? jadi la...asal ada bunyi belimbing.haha

    ReplyDelete
  2. Telimpings - belimbing buluh
    Dok da'la - bunga kantan
    Pak phai - daun kesum
    Pak choi - sawi hijau

    Chot.. byk jugak la perkataan Siam yg K.Sham belajar sejak selalu order brg dgn Bobby ni.

    ReplyDelete
  3. Kak Sham, 4.600KD?

    Tak faham. Berapa tu?

    ReplyDelete
  4. TATA,
    KD tu Kuwait Dinar.. try times dgn 11.67 = RM??

    ReplyDelete
  5. Maksudnya macam RM4.60? Quite confusing I may say when you wrote down 4.600KD with two zeros.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Sham,

    I like the bit about beli untuk meriahkan saudara-saudara yang berusaha ...

    BarakAllahu feek :)


    ReplyDelete
  7. TATA,
    4KD 600fils (sen)x 11.67(the currency) = RM53.682
    Duit Kuwait ni besar.

    ReplyDelete
  8. Alaikumsalam wbt sahabat..
    Insya'Allah..
    Kita bantulah mana2 yg mampu kan.

    ReplyDelete
  9. Kak kirana sen KD ada 3 angka ye?

    ReplyDelete
  10. Yes TATA.
    Kiraan sen KD ada 3 angka.
    Kalau kita panggil sen.. di sini panggil "fils".

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...