Sila abaikan contoh yang sungguh tidak sopan ini..
Sebelum anda semua tertidur dek ke-boringan-an.. kebosanan tahap melampau.. meh Ibu nak bagi tau sikit dulu..
Menguap ni normal.. penyakit berjangkit.. ya'ni once kita tengok orang lain menguap kita pun spontaneously terjangkit menguap sama. Kenapa.. nak tahu kena baca la. At the same time.. menguap ni pun ada adab jugak. As I always say.. Islam ni mudah.. Islam ni indah. Nak dapat pahala free.. cukup senang.
Thus.. jom Ibu nak share sikit.. diulang sebut.. SHARE bukan MENGAJAR ya.
So.. here goes.. bismillah..
Menguap adalah refleks yang terdiri daripada sedutan serentak udara dan regangan gegendang telinga, diikuti dengan pengeluaran nafas. Menguap paling kerap berlaku di kalangan orang dewasa sebelum dan selepas waktu tidur atau sewaktu melakukan aktiviti yang membosankan. Biasanya dikaitkan dengan keletihan, tekanan, terlalu banyak pekerjaan, kekurangan rangsangan dan kebosanan.
Namun terdapat juga kajian yang menunjukkan ia boleh dikaitkan dengan penyejukan otak.
Pada manusia, menguap sering dicetuskan oleh orang lain menguap (contohnya, melihat orang yang menguap, bercakap dengan seseorang di telefon yang menguap) dan adalah contoh tipikal maklum balas positif.
Penerangan saintifik menyatakan yang kita menguap disebabkan oleh keperluan fizikal. Selain daripada kepenatan, kita juga menguap jika darah kekurangan oksigen. Ada juga teori yang menyatakan menguap dapat melaraskan suhu badan. Sesetengah orang menguap apabila terasa bosan.
Kenapa menguap boleh berjangkit?
Bila kita lihat orang menguap, otak kita memproses informasi dan disalurkan ke "brain circuitry" yang dipanggil “mirror-neuron system” yang menganalisis dan meniru gaya yang dilakukan oleh orang lain.
Namun itu adalah teori dari barat.
Rasulullah saw juga ada mengajar kita tentang adab menguap.
Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap.
Diriwayatkan
oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r.a katanya :
Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud :
Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud :
Apabila
seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya,
kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka).
Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan
tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di
luarnya.
Seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad saw pernah bersabda :
Seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad saw pernah bersabda :
“Sesungguhnya
Allah menyukai bersin dan benci terhadap menguap. Maka apabila ia bersin,
hendaklah ia memuji Allah (dengan mengucapkan ‘Alhamdullillah’). Dan merupakan
kewajiban bagi setiap muslim yang mendengarnya untuk mendoakannya. Adapun
menguap, maka ia berasal dari syaitan. Hendaklah setiap muslim berusaha untuk
menahannya semampu mungkin, dan apabila mengeluarkan suara ‘ha’, maka saat itu
syaitan mentertawakannya.” (HR Bukhari)
Allah membenci menguap kerana menguap adalah perbuatan yang membuat seseorang banyak makan, yang pada akhirnya membawa pada kemalasan dalam beribadah. Menguap adalah perbuatan yang dibenci oleh Allah, terutamanya ketika pada waktu sembahyang. Para nabi tidak pernah menguap, ini kerana menguap adalah salah satu perbuatan yang dibenci oleh Allah.
Jika seseorang ingin menguap, maka hendaklah dia menahannya semampu mungkin, atau dengan menutup jalan terbukanya mulut dengan menggunakan tangannya.
Hal ini sesuai dengan hadith yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw bersabda :
Allah membenci menguap kerana menguap adalah perbuatan yang membuat seseorang banyak makan, yang pada akhirnya membawa pada kemalasan dalam beribadah. Menguap adalah perbuatan yang dibenci oleh Allah, terutamanya ketika pada waktu sembahyang. Para nabi tidak pernah menguap, ini kerana menguap adalah salah satu perbuatan yang dibenci oleh Allah.
Jika seseorang ingin menguap, maka hendaklah dia menahannya semampu mungkin, atau dengan menutup jalan terbukanya mulut dengan menggunakan tangannya.
Hal ini sesuai dengan hadith yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw bersabda :
“Menguap
adalah dari syaitan, maka jika salah seorang di antara kalian menguap, hendaklah
ia menahannya sedapat mungkin.” (HR Muslim)
Nota :
Nota :
Kalau
tutup mulut dengan tangan kanan, gunakan tapak tangan.
Kalau
guna tangan kiri, gunakan belakang tapak tangan (atas tapak tangan).
Assalamualaikum Sham..terima kasih kongsi
ReplyDeletebaru tau menguap tu di benci Tuhan..sy akan cuba sedaya nya utk tak menguap ;p
ReplyDeleteHatta baby menguap sekali pun, kita kena bantu tutupkan mulutnya...
ReplyDeleteInsya'Allah.. mana yang elok kita ikut..
ReplyDeleteYg kurang baik tu.. pandai-pandailah bawak diri kan.
baca pasal menguap pun nak menguap gak..hehe.thanks for sharing kak sham..baru tau kalau tutup mulut ngan tangan kiri pakai belakang tapak tangan..
ReplyDeleteDik,
ReplyDeleteKira logik la tu..
Tgn kiri kan kita guna utk cuci "yg tu"..
huhu...biasalah kak, benda-benda common la kite selalu lepas pandang.kena selalu diingatkan :)
ReplyDeletetq ats sharing
ReplyDelete