Assalamualaikum all..
Cerita pasal makan dulu la
ya.
Remember.. last post Ibu ada
cerita pasal “siput sedut”. Well.. last week masa kami baru sampai ke sini..
dapat dah merasa. Tapi macam tak puas makan la pulak. So.. last Friday night.. Omak
sey suruh Bibik tolong masakkan lauk yang sama since Ibu kata tak puas makan.
Tapi tu la kan.. air tangan “mak
kita” jugak yang secukup rasa. Kali ni Bibik tu masak macam tercurah cili api.
Umang aiii.. podeh ehhh.. nasib baik tak kena buasir. Tapi.. habis jugak.
Actually pada Ibu.. okey jer.. cuma kasihan ke budak-budak kecik la ie. anak-anak
adik Ibu.. seteguk air.. sesuap nasi. Tapi makan tetap makan.. at last kenyang air.
Itu kisah lauk siput sedut.
The following day.. lunch..
Bibik masak pulak lauk gulai peria ngan udang. Mana yang dah biasa baca cerita
Ibu.. sure tau betapa cerewet nyer la Ibu ni. Ibu ni susah sikit nak enjoy
makan kalau yang masak di rumah tu lain dari Omak sey. I rather tak makan or
kut dah kebulur sangat.. makan la seciput. Entah.. bukan memilih.. tapi memang
tekak ni tak buleh nak masuk. And maybe for that reason.. tiap kali balik ke
sini.. Ibu hilang kilo. Orang lain “tambah kilo”. But if yang masak tu Omak
sey.. insya’Allah.. laju jer menyuap..
Reason Omak sey tak sempat
nak masak was.. kami sibuk dengan preparation kenduri for my niece. Anak adik
Ibu yang nombor 5.. Aduhaiii.. mau bernanah telinga ni sebab orang dok tanya..
“adik kau dah LIMO Long..
kau apo tak menambah laei?”
Aduhaiii.. soalan “berhantu”
macam ni la yang Ibu paling tak tahan and tak sanggup nak jawab. Especially
bila ada makcik-makcik kat kampong tu yang so the kepochi akan bagi komen..
“kok kau takdo anak
pompuan.. ghumah ni esok kono bagi ko waghih la..”
Alahai.. benda tu sebenarnya
yang jadi isu. Harta dunia jer.. ada rezeki.. ada la.. tak ada.. redha je la..
Anyway.. me.. selaku KAKAK
sulong (well.. kami ni sepasang jer pun sebenarnya) sure nak yang terbaik untuk
adinda nyer yang tercinta kan kan. Walhal dulu time kecik-kecik.. itulah
makhluk Allah yang Ibu paling kurang bertegur-sapa.. asyik nak gadohhhhhh jer..
Anyway..
Haa.. itulah rupa pelamin
(buaian untuk berandoi) my niece. Common pun dah kan. Tapi demi menyampaikan hajat
my SIL.. ikutkan sahajalah. Dah nama pun dok kampong.. itu jer pun yang ada..
lebih dari syukur pun sebenarnya.. Sengeh sampai ke telinga my SIL. Tapi bukan
Ibu yang buat.. Pencen dah dari benda-benda macam ni. Ibu suruh dia survey
jer.. then kita sambung la urusan apa yang patut.
Lauk kenduri.. entah.. ada
la 6-7 jenis. Tak ambik tahu pun sebab semua bibik yang handle. Omak import 4
orang pekerja dia balik kampong. So.. bab masak-masak.. Ibu boleh skip la.
Tugas Ibu.. paling best..
tunggu orang datang jer.. best kan.. and of course.. ambik gambar.. Baik.. saya yang menurut perintah..
Alhamdulillah.. all went
well..
Baby Annur Sofiya pun tak
banyak ragam masa majlis bercukur tu. Actually the majlis started with
berzanji.. then marhaban and lastly.. kami buat tahlil arwah sekali.
Anyway.. nak cakap sikit ni.
Dulu my Ustaz ada pesan..
dalam “satu majlis” sebenarnya tak digalakkan buat dua maksud serentak.
Example :
Doa selamat for any good reason then followed by baca Yasin untuk orang sakit ke.. or tahlil arwah. Sebaiknya biar majlis tu seiring maksudnya..
Example :
Doa selamat for any good reason then followed by baca Yasin untuk orang sakit ke.. or tahlil arwah. Sebaiknya biar majlis tu seiring maksudnya..
But in my case ni.. dah
elok-elok buat doa selamat untuk Baby Annur Sofiya then tahlil pulak..
Tapi ini kata my ustaz la..
ustaz orang lain maybe ada pendapat yang lain.
Anyway.. on the same day
too.. Ibu dapat tahu banyak sekolah ada buat hari sukan la.. itu la.. and ini
la. Ini kes nak ganti sekolah untuk raya la ni. Hence.. ramai la kawan-kawan
Ibu yang tak dapat datang. Frust la jugak.. tapi nak buek camano kan.. redho jo
la.
At last.. sampai la jugak..
sorang.. kami dah berkawan for the past 17 years. And her reason for coming
late.. “saja datang lepas majlis.. otherwise nanti tak dapat sembang dengan you”.
Bagus jugak.. Logik jugak..
In short.. Ibu pun tak ambik
hati pada yang tak dapat hadir tu.. (tho’ at first dah janji macam-macam kan). Dah
tak ada rezeki kan. Cuma Ibu harap.. sihat tubuh badan.. panjang umur.. Allah
makbulkan hajat kami untuk ber-geder-geder semula before Ibu pulang semula ke
Tanah Pasir Berdengung tu.. Insya’Allah..
Okey friends.. panjang dah
story ni. Ado joki kito sambung laei yo.
Ilal liqa’..
cantik la buaian berendoi tu kak Sham..simple je.
ReplyDeletep/s: tak pernah dengar la pulak pasal 2 majlis lain maksud tu.tengok ramai je orang buat..huhu
Kak...lauk siput tu osah mengancam eh kakk....
ReplyDeleteSal Bee Yah,
ReplyDeleteAda sebenarnya orang buat cuma mungkin kita tak perasan.
Contoh Tuan Rumah mintak Ustaz memula buat doa selamat tapi selepas tu Ustaz buat pulak bacaan tahlil.
Mungkin di sini sebab kebiasaannya kaum lelaki yang lebih biasa dengan majlis ni.
Where as kami di sana.. memang biasa lelaki dan perempuan baca sama-sama.
Wallahu'alam.
Aziela..
ReplyDeleteNgancam kan.. akak tu ari sampai bersusun kulit siput keliling pinggan.