Beautiful Friends

Thursday, June 26, 2014

Nasik lomak Omak sey..

Ding dong ding dong.. dah dua minggu jugak Ibu balik sini.

&&.. alhamdulillah.. mana-mana yang "dihajat" kan tu.. ada yang dah selamat jadi darah daging. Tapi.. dek punyalah sibuk ke hulu ke hilir.. cuma pagi semalam baru Ibu dapat makan nasik lemak dari kedai Omak sey. Tapi sebab dah lewat so ada la lauk yang dah habis. Tepuk dahi.. sila salahkan diri sendiri.


Lauk wajib.. rendang ayam and rendang kerang. Khalass.. dah lebih dari cukup. && kali ni dia orang semua sedia maklum.. NO sambal tumis please.

Anak-anak pun sama menapau.. ayam masak merah la.. ayam berempah la.. telur mata goyang la.. ikut je la mana-mana yang suka.

Setel satu bab.

Hajat Ibu dah setel.. turn anak-anak pulak.

Mana lagi kalau bukan berziarah ke JJ. Bukan apa-apa pun.. jalan-jalan cuci mata.. ada yang berkenan.. kalau mampu.. beli. Lapar.. kita makan. Ibu layankan saja sebelum masuk bulan puasa yang tak berapa hari lagi nak sampai ni.

Agenda wajib.. singgah ke Popular Bookstore. Apa lagi kalau bukan mencari stok buku komik. Antaranya.. Naruto.. unfortunately.. habis stok pulak.. so sebagai ganti..

Boleh jugak budak-budak ni layan belajar Bahasa Melayu.

P/s;
Boleh tahan jugak mahal buku-buku di sini.
Ke kami saja yang rasa macam tu??

11 comments:

  1. erm..buku-buku Malaysia memang slightly pricey kak.kalau nak membeli biasa tunggu sale or book fair.

    ReplyDelete
  2. Lamanya tak ziarah blog akak almaklumlah sibuk berhenti kerja sana mula kerja sini...

    Wahhh...balik kampung makan sakan2 coz bukan senang nak cuti2 panjang ye...

    ReplyDelete
  3. Sal Bee Yah,
    Selama ni mmg K.Sham tunggu kwn2 offer kalau BBW tu buat sale.
    Time tu biasanya akak dah siap dgn senarai buku & later kwn2 akak post ke sana.

    ReplyDelete
  4. Jun,
    Faham tu.. bekerja ditempat baru.. been there.. done that.
    Alhamdulillah.. cuti sampai lepas raya. Kita pelan2 kayuh la kan.

    ReplyDelete
  5. emm sy teringin gak nak rasa nasi omak sey tu ;)

    ReplyDelete
  6. Irfa,
    Meh la jln2 ke Kepong.
    Tapi esok last day Omak akak berniaga.
    Bula puasa cuti sebulan.
    Raya cuti 2 minggu.

    Lepas2 tu la kalau nak try pulak.

    ReplyDelete
  7. kat mana lokasi kt kepong tu? Bila2 boleh ler cari...

    ReplyDelete
  8. Nasa,
    Boleh la jln2 ke Tmn Desa Jaya.
    Try tanya nasik lemak Uwan Achik.
    Bukan kedai besar mana pun.. pondok kecik jer.

    ReplyDelete
  9. La kak....Kepong ke? Huhuhuhuhu..jauh eh... Kok kek Pilah, sey sanggu torbang kak... Kepong nie...sey gagal lah baco peta...

    ReplyDelete
  10. assalam syam, lama tak singgah sini, apa kabar, semoga sihat walafiat hendaknya ya, balik bercuti kat msia ke? best kan makan macam2 benda yg di hajati puaskan hati ye dak...

    ReplyDelete
  11. Aziela,
    Takpo la.. kut ado joki.. lain kali la kan..


    Alaikumsalam K.Noor,
    Alhamdulillah.. semua sihat & semakin sihat.
    Syukur kak.. rezeki Allah bagi..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...