1).
Senyum dapat memperbaiki hubungan seseorang, baik dengan orang lain mahupun
dengan Tuhannya. Orang yang tersenyum ketika berbicara atau berhubungan dengan
orang lain secara otomatik menandakan bahawa hubungannya dengan lawan bicaranya
terjalin dengan baik.
2).
Senyum dapat menambah daya tarik seseorang. Dilihat dari segi penampilan, orang
yang tersenyum biasanya memiliki daya tarik tersendiri, orang yang tersenyum dilihat lebih ramah, lebih berwibawa dan mempunyai karisma tersendiri.
3). Senyum
dapat menjaga dan memelihara kesihatan seseorang. Dipandang dari segi kesihatan,
tentu saja orang yang murah senyum akan jauh dari stress, jantungnya berdetik
normal serta peredaran darahnya juga mengalir dengan baik.
|
4). Senyum
dapat memperluas pergaulan. Dipandang dari segi hubungan sosial, orang yang
sentiasa tersenyum dalam berbicara ataupun berhubungan dengan orang lain
bererti ia mempunyai keperibadian yang menarik dan menyenangkan bagi orang lain.
Dan orang yang memiliki keperibadian yang menarik mudah disenangi oleh orang
lain sehingga pergaulannya juga semakin luas.
5).
Senyum dapat meredakan kemarahan. Senyuman seseorang dapat meluluhkan emosi
orang yang marah. Bila ada yang marah mendatangi kita, hadapilah dengan senyuman
yang tulus kerana senyum mampu meredakan emosi orang yang marah.
Sumber : Pelbagai
Nota :
Tapi janganlah pulak senyum tak bertempat.. tak pasal-pasal macam-macam pulak orang sangka pada kita nanti.
Tapi Bujang Sulong ni memang susah nak senyum kalau bergambar dengan Ibu. Maybe tengah control macho ke.. mood tak mari ke.. memang dah jenis bergambar tak reti nak senyum ke.. entah la.. Hanya tuan badan saja yang boleh menjawab..
On the contrary.. Ibu pulak memang jenis "senyum"..
Btw.. do you know that.. when you smile you actually melambatkan proses penuaan kulit muka and bila kita ketawa.. hanya 1-3 urat muka kita yang terputus. Where as kalau kita masam muka.. 14 urat muka kita putus. I learned this.. a longgggggg time ago. Sumber.. dah lupa la babe.
Anyhow.. jom kita pakat "senyum" hari ni. After all.. senyum itu sedekah..
Take care friends..
kena belajar lagi senyum...sebab org yg tak kenal selalu fikir saya sombong...susah nak senyum
ReplyDeleteSebab tu la saya ni nampak tuaaa sangat kak...jarang sonyum. Tak pandai...kenkonon maso kocik2 dulu, dilarang sonyum sobab anak daro tak elok monyongeh...konon eh laa... Konon, protect diri gak la..supaya takdo jantan yang nak mengendeng. Sampai ke tuo nie susah bona lak nak sonyum. Hehehehehe
ReplyDeleteNasa & Aziela,
ReplyDeleteK.Sham dulu pun susah nak senyum. Mcm org kata "senyum kelat" tu biasalah.
Tapi sejak anak2 dah boleh berdikari sedikit) ni, barulah nak belajar senyum sikit.
patutla kak sham ni awet muda..mesti banyak senyum. petua yang ni kenalah ikut :)
ReplyDeleteSal Bee Yah,
ReplyDeleteK.Sham pun sejak anak dah besar ni.. boleh la senyum sikit.
Dulu muka.. senyum kelat je selalu nyer.