Beautiful Friends

Wednesday, October 22, 2014

Blood test.. setahun sekali..

Assalamualaikum all,

Meh.. Ibu nak membebel ni..

Tak tau la dengan orang lain tapi Ibu tau ramai jugak yang buat benda ni. As for me.. I make it as "a MUST" untuk pi check darah at least setahun sekali. Mungkin jugak ada yang kata.. mahal la.. takut jarum la.. itu ini la.. macam-macam alasan la kan.

Tapi..
Benda yang kita ingat remeh ni sebenarnya tersangatttttt la penting. Kut la kita boleh make it an effort pi suka-suki layan tengok "I wanna touch whatever.." try la jugak make an effort pi check darah.. bukan lama mana pun.

Cost..
Kalau la masing-masing boleh suka-suki pi layan ziarah USS ke.. Legoland ke.. apa la salahnya korbankan sedikit Ringgit Malaysia untuk buat test darah ni.

Anyway.. yang Ibu sebut kat atas tu.. contoh je. My intention is sincere. Untuk diri kita jugak.

Macam Ibu ni.. jenuh dah control diet.. no red meat.. no seafood.. no itu ini.. tapi sekali bila dapat result.. tarraaaaa..

Mak aihhhh..


Tengok je la tang kolesterol tu..
Kut nak tau.. kolesterol Ibu memang tersangattttt la tinggi. Tu kat ujung result 11.8 tu siap boh V lagi. And V tu stand for Verified. Ya'ni.. lab buat test not once or twice.. at least 3 kali. Then biasanya V tu jugak stand for untuk Doktor "sila beri peringatan" kepada pesakit. And vise-versa.

Ibu sebenarnya jenuh dah makan oats la.. tak makan seafood la.. masalahnya bila tak makan seafood.. thyroid pulak naik balik. Dah jadi macam ni.. kena telan ubat kolesterol la jugak. Itu pun Ibu dah consult ngan doctor. Tak lalu dah nak nak layan oats.. at last doktor rekomen telan Omega 3 - 20mg sehari. Amalkan at least sebulan then pi check darah balik.

Then tahun ni.. Ibu tambah untuk check for cancer jugak. Alhamdulillah.. setakat ni.. clear. Harap-harap macam tu la sampai Allah tarik nyawa ni semula nanti.

Morale of the story ari ni..
Kut selama ni kita rajin pi cuci gigi sekali setahun.. so apa kata kita tambah 1 lagi chapter. Pi la check darah. Or whatever la yang patut.

Badan.. enjin.. makin otai. Makan dah macam-macam. Exercise mungkin kurang.. errr.. yang rajin work-out tu bagus la.. end of the day.. bukan untuk orang lain pun.. untuk kita jugak kan..

Ok... abis dah membebel.

Last but not least.. pada yang merayakan Deepavali.. selamat hari Deepavali. Kedutaan Malaysia and staffs.. dapat la cuti sehari ari ni.. kami.. life resume as usual..

Ilal lia' friends..


 

13 comments:

  1. Sham... cuba minum susu omega, mana tahu boleh membantu...

    kak rose sekarang minum susu tu tiap hari...dulu pernah LDL jahat tu sampai 4.6, dalam masa 3 bulan minum susu ni + oats LDL turun to 2.9.... tapi last year reading dah jadi 3.31 pulak!

    ReplyDelete
  2. bagus saranan kak sham nie..benda cenggini kita sll amek remeh ..sy last check pun ms peknen dulu jer..it was ok alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. Dah jadi routine every year buat blood test, saja2 nak tahu kesihatan sendiri lagi pun medical tahunan dr company sayang kalau tak diguna..then every year tu nampak peningjatan LDL, beli oat berlambak tp makannya tak konsisten dan tak lalu..

    ReplyDelete
  4. salam kenal ibu.. saya kep dari doha..

    betul tuh.. kolesterol mmg paling susah nak control.. dlm berjaga pun cukup senang nak naik.. kep pun buat check up regular jugak.. health chk up overall.. org ckp muda lagi.. tapi penyakit nih bkn kira tua muda kan? muda pun kalau tak jaga boleh kena jugak.. nauzubillah.. mintak dijauhkan..

    ReplyDelete
  5. Salam K.Sham
    i tot V for Vandetta..hahahaaa
    kak, nak tanya.. kalau untuk test cancer kena mintak lain ye? Tak sama macam cek darah biasa?..tq k.sham.
    peringat kak sy yg pun dah masuk usia..'kena jaga2'..cegah sebelum jadi.

    ReplyDelete
  6. Insya'Allah Kak Rose,
    Akan diikhtiarkan.
    Dah jadi macam ni.. takut jugak sebenarnya.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah Ummu,
    Tapi rasanya dah boleh ulang semula tu. Gegirl pun dah besar kan.

    ReplyDelete
  8. Nasa,
    Terlebih mkn oats pun tak bagus jugak.
    Nnt dpt penyakit lain pulak.
    Dlm erti kata lain.. kita ni sebenarnya.. bersederhanalah dalam semua hal.

    P/s;
    Cakap pandai.. tp sendiri.. mcm tu jugak.

    ReplyDelete
  9. Kep,
    Tu la pasal.. jgn ingat org kurus takda masalah kolesterol.
    Dh jadi macam ni pandai2 la bawak diri.

    P/s;
    Motip la pulak perasan "diri" kurus..

    ReplyDelete
  10. Alaikumsalam Chot,
    Utk check cancer tu.. skali dengan blood test yg lain tu jugak.
    Ya'ni kita cuma mintak lab tambah blood function utk cancer instead of the regular check-up.

    Semoga yang baik-baik sahaja hendaknya. Insya'Allah.

    ReplyDelete
  11. akak amalkan minum green tea every day insyallah...

    ReplyDelete
  12. kak sham g check darah tuh kat klinik biasa or klinik pakar yer? saya pun terlepas pandang pasal ni.

    ada kawan suggest makan Udo oil utk tambah omeg 3,6 n 9.. tgh cari gak ni.. dah jumpa satu farmasi tuh expired plak.. banyak farmasi yg x de jual.

    ReplyDelete
  13. Mila,
    Mana-mana klinik pun biasanya ada provide such service. Sbb nanti sample darah akan dihantar ke makmal khas jugak. Then, bila dapat result.. doktor kat klinik tu akan advise pesakit utk setiap blood function.

    Dosej utk minyak ikan tu sebenarnya bergantung pada kadar kolesterol kita. Sebaiknya biarlah doktor yang rekomen.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...