Beautiful Friends

Wednesday, April 15, 2015

Maliya Complex.. Asian Souk..

Dulu kut dengan Uncle (Auntie) June, tak pernah ada kes macam ni. Pegi la kedai tu anytime pun.. abis-abis pun dia pi break kejap ke.. pi toilet kejap ke.. pi tukar duit ke..

Dengan June jugak.. kita orang boleh suka-suki call and mintak reserve 3 seats. Macam tu sekali manja nye bebudak ni dengan June. Loyal customer kan. Yang sebenarnya June ni cerewet tang kerja dia. Satu kepala mau ambik masa 45 minit. Tapi memang berbaloi. Omak sey yang pernah tengok cara dia kerja pun.. cukup senang hati bila tengok hasil.. biasa la.. nenek and cucu.

Lagi pun June ni ramai sangat peminat. Kul 7.30 pagi pun orang sanggup cari dia kat kedai..

1- Sebab dia kerja memang tip top
2- Senang dengan June.. apa style pun.. 
3- Dia tak pernah ponteng.. so kalau ada emergency.. insya'Allah ada jer kat kedai tu.

Ini..
Sampai jer sana.. kedai tutup.
Dah la kita nak kena usung askar sampai 4 orang.. (kali ni angkut sekali anak kawan). Nak tunggu hero bersiap lagi. Nak pilih baju lagi.. ye la.. nak pi gunting rambut.. boleh pulak nak pakai baju macam nak pi outing.. kang Ibu jugak kena soal ngan Cik Asben..

Tu belom lagi cerita.. Ibu.. kenapa kita tak naik teksi Uncle Nor? Macam la teksi lain tak boleh sampai ke situ..

Ni baru cerita nak gunting rambut.
Pe pasal la nak gunting rambut pun kecoh??

Sebab..
Sorang kena gunting rambut cuma setiap 2 bulan sekali.
Sorang kena gunting rambut cuma setiap 1 bulan sekali.
Tapi lagi sorang kena gunting rambut setiap 2 minggu sekali.
Tapi tiap kali nak gunting rambut.. semua kena ikut sekali.
Nak tinggal rumah sensorang.. no way.

Why la??
Tempat lain tak ada ke??

Yang betulnya sejak dari Amsyar class 2 sampailah dah year 9 ni.. kat kedai yang satu ni jer la kita orang pi gunting rambut. Kedai lain.. ada yang takmo pi sekolah nanti.

Kisahnya..
Ntah la.. salon banyak.. well harga sure lagi kebaboom. Kedai gunting lain.. aduhai.. jenuh dah nak explain gunting macam tu.. macam ni.. siap tunjuk gambar. Dah jadi macam tu.. pi kedai Uncle Mahmood jugak la.

Tambah pulak tempat yang kita orang nak pegi ni.. tak ada la best sangat. Lain la kalau pi Avenues ke.. Marina Mall ke.. 360 ke.. Souk Sharq ke.. kut setakat Maliya Complex.. suma bagi muka liat.

Kut nak rasuah pun.. kena la kata.. okey.. nanti kita pi beli cd. Tu jer la yang boleh dibuat bahan..

Actually Maliya Complex ni.. ada jugak yang panggil Salhiya Complex.. is well known for tempat melepak segala kaum Bangladeshi, Nepal, Vietnam, Pinoy.. and segala suku-sakat Asian untuk area Kuwait City. Errr.. Indon tak penah pulak jumpa lagi.

Dah jadi macam tu.. ala-ala macam pemandangan kat Kota Raya la. So anak-anak kurang sikit rasa selesa.

Actually dia orang ni okey jer. Bila nampak family kita orang.. sure ingat kita orang ni suku-sakat orang Philippine la jugak. Ibu takda hal pun. Dah kita pun sepesen gak dengan dia orang ni. Tang kulit.. tang saiz.. dah serumpun kan.

Cuma yang kurang syok tu.. ada la aktiviti yang kurang sihat sikit. Bukan semua. Cuma ada la sorang dua yang buat onar. And nanti ada la Pak Sheikh yang mencari 'ehem ehem' akan 'you know la what I mean'.

Dah jadi macam tu.. kena la usung semua askar yang ada untuk jadi bahan bukti.. 'hah tengok.. ini anak-anak aku'.. itu pun ada masa.. kena jugak 'you know la' dengan Pak Sheikh ni.

And for that reason la Ibu kurang minat nak pi area ni.

Tapi.. kita mintak je la doa and semoga Allah lindungi kita dari segala yang tak baik tu. Ameennnn.

Insya'Allah sampai rezeki nanti Ibu share cerita kedai gunting rambut yang 'biasa-biasa' jer ni lagi.

Ada jugak yang best nyer kalau mai sini. Otherwise.. takkan la kita orang masih bertahan datang ke sini kan kan..

Anak-anak ajak settle for tea-break kat sini saja..

Sesekali layan jugak..

Kut ada yang berhajat dengan segala suku-sakat designers handbeg..
boleh la terjah sini..

As promised..

Yang rambang mata..

The 'underground'..
tu sebab kena bawak askar meneman sekali..

Segala manisan dari negara jiran kita..
kecuali roti Turki tu jer la..

Sesak-sesak boleh jugak jumpa mi kuning.. jantung pisang.. taugeh.. sawi Jepun kat sini..

Ilal liqa' friends..

5 comments:

  1. Nasib baik ada hero2 kesayangan... Cabaran tinggal kat tempat orang begitulah berlainan budaya, sehinggakan budaya gunting rambut pun lain.

    ReplyDelete
  2. pak syeikh ni tau lak nak cari kat mana ye ... berterabur doh iman .

    ReplyDelete
  3. June,
    Kat M'sia senang sgt kut stakat nak gunting rambut. Tapi kat sini mungkin sebab rambut orang Asia ni rata-rata lebih tebal dan lurus.. so susah sikit nak dapat yang serasi.

    ReplyDelete
  4. Vee,
    Dah kampung dia orang.. tau la mana nak tuju..

    ReplyDelete
  5. Duk negara orang memang kena pandai jaga diri. Nak selesakan dengan budaya dan bahasa lagi.. kalau akak rinduuunya pada keluarga.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...