Orang kata (orang la yang kata) ketam paling padat isinya during bulan penuh. At the same time carilah yang jantan. Yang kaler coklat tu.. biru tu betina.. ntah.. ni kata orang la..
Ikhlas cakap.. Ibu pun tak tau mana yang jantan.. mana yang betina.. mana yang isi banyak. Sebab tiap kali pi pasar ikan selalunya ada la porter (yang tolak troli) tu ajar or fishmonger yang dah biasa dengan kita orang akan rekomen.
So kena tengok apa yang nak dibeli la. Kita orang ni dah biasa ada kedai favorite.. dari kedai beli udang.. beli ikan (ikan pun ikut jenis).. ketam.. sotong. Sama jugak kalau nak cari telur ikan. Semua ada kedai favorite. Bukan favorite tang mana pun.. cuma tang harga jer.
Ada rezeki.. kut Ibu rajin bawak senapang masuk pasar.. nanti kita share gambar.
Sementara tu.. ni nak tayang-tayang sikit.. back to cerita 'ketam' la ya.
Ibu memang dah sedia maklum la tak makan ketam. Cepat sangat sakit kepala. So.. kita exclude terus dari menu biasa la. Tapi tho' Ibu tak makan ketam.. yang lain segar sihat-walafiat jer melayan. And biasanya di rumah ni kalau tak buat masak lemak cili api.. Ibu buat sup jer la. Less hassle.. less time to prepare. And kut ada yang berhajat nak share.. kat bawah Ibu paste resepi masak sup ketam Ibu's style..
- kut ayat tu macam mempoyo jer.. mintak maaf la ya.
Bahan-bahan;
- Sebiji bawang besar (ikut logik la)
- 4-5 ulas bawang putih
- Halia, dalam sebesar ibu jari
- Chinese celery (daun sup)
Cara memasak;
- Tumis bawang merah, bawang putih and halia yang telah dimayang hingga naik bau.
- Selepas itu masukkan air and tunggu hingga mendidih.
- Masukkan ketam dan bila kulit ketam dah bertukar warna (tu tanda ketam dah masak), masukkan la daun sup yang dah siap dipotong-potong.
** Ibu suka tambah daun sup sebab nak overcome bau ketam.
- Perisakan dengan garam secukupnya.
** Ibu suka tambah daun sup sebab nak overcome bau ketam.
- Perisakan dengan garam secukupnya.
- Setel.
Dah.. abih dah cito kito.. esok luso tulat.. ado joki.. kito sambung cito lain pulak.
Assalamualaikum.
sedap la sup ketam ;) rsa manis dia tu segar je badan
ReplyDeleteLayan jer dik sementara boleh makan.
ReplyDeleteDah Allah tarik nikmat nanti.. terkebil-kebil jer tengok ketam golek-golek dalam pinggan.
Saya peminat ketam. Suka sangat! kadang tu tak tunggu pun bulan penuh!
ReplyDeletesedap .Khasiatnya boleh buat penawar denggi katanya.
ReplyDeleteSham dulu pun suka makan ketam Azie.
ReplyDeleteLebih-lebih lagi kalau ketam nipah. Puas ati kalau dapat mengadap.. lauk lain pun tak tengok dah.
Betul.. ketam baik untuk dijadikan penawar demam denggi.
ReplyDeleteAir dari pucuk betik pun sama jugak.
saya klu mkn ketam , ratah je . rasa mcm seksa lak nak mkn dgn nasi sbb kedua2 tgn akan bergerak utk kerjakan ketam dan nasi jadi terabai ... heeee
ReplyDelete