Beautiful Friends

Friday, June 3, 2016

Apa-apa yang ada laa..

Syukur.. alhamdulillah.
Sepanjang menjaga Omak sey.. masih belum ada apa-apa hajat Omak yang tak tertunai. Yang sebetulnya.. Omak sey pun bukan jenis fussy sangat nak demand itu ini. 

And hari ni..
Walaupun terpaksa guna 'medium person' (ayah tu tak pandai nak direct mintak itu ini).. makbul sudah hajat Ayah sey. Cukup sempoi.. Ayah sey cuma teringin nak makan kerang rebus. Btw, if anyone is asking.. yang jadi tukang sampai hajat tu.. non other than Omak sey la.

Cuma sedikit terkilan kerang tak berapa cun hari ni.. saiz kecik-kecik. Nak call supplier nak beli 1/2 kilo kerang.. setakat makan anak-beranak rasa macam tak berbaloi la pulak. Tapi sebenarnya memang beza sangat tang harga. Kalau dengan supplier.. biasa kami dapat sekilo RM8.00 (tapi biasa kami angkut pun 2-3 guni). Yang ni.. since beli di pasar biasa.. sekilo RM12.00. But again.. since Ayah dah bukak mulut.. sebolehnya Ibu cuba jugak tunaikan secepat mungkin.


Actually.. dalam pada Ibu merebus kerang tu.. rasa nak nangis pun ada. Aduhaiii.. dengan anak sendiri pun nak segan.

And if anyone is asking (kut la ada) senang jer nak rebus kerang ni.. titik serai 4-5 batang.. masakkan air.. boh garam sikit. Then bila dah mendidih masukkan kerang tapi jangan rebus lama sangat. Nanti hilang 'manis' kerang tu. Then angkat.. bilas dengan air sejuk.. toskan.. hidang. Khalass..

Dalam pada tu.. bila tengok Omak sey and Ayah laju jer mensua kerang ke cili kicap tu.. senyum dalam hati jugak babe. Kira aci la Ibu masak tu.




Alhamdulillah.. rezeki Allah mana yang kau dustakan.

P/s;
Kami ni pun macam orang lain jugak.. selalunya telur dadar jugak yang jadi lauk wajib.

6 comments:

  1. sedapnya kerang rebus...dah lama tak makan. Tapi kalo makan banyak2 start la tangan gatai kena air rebusan.. hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa.. kita geng la. Kejap lagi.. garuk sana.. garuk sini.. adeihhh..

      Delete
  2. Yelah kalo mak abah mummy yg ngidam, confirm carikan sampai jumpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy-kan la dia orang tu.. selagi masih ada hayat ni.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...