Beautiful Friends

Wednesday, June 8, 2016

Jangan kita jadi tuttttttt !!!

Ramadhan Kareem.. Ramadhan Al Mubarak..

Cara apa pun kita mengucapkannya.. masih dengan niat untuk memuliakan bulan yang satu ini. Kut yang biasa solat di rumah.. mungkin la ni makin rajin nampak lapor diri di masjid atau di surau. Mungkin jugak ada yang dah tak nampak muka.. just sebab dapat rezeki berniaga di mana-mana pasar ramadhan. Ikut la mana-mana yang sesuai dengan keadaan time tu.

Bulan ramadhan.
Bulan di mana in short kita sedia maklum bulan untuk kita perbanyakkan buat baik dan jauhkan benda tak baik. Tak yah nak bunga-bunga ayat. Cakap jer direct. Senang nak baca.. senang nak hadam dalam hati and otak.

Ramadhan jugak bulan di mana facebook makin meriah dengan gambar makanan itu ini. And how do I take it.. sangat senang. Suka tengok.. tak suka hide post or just ignore and move on. Tak yah nak sakit mata.. sakit kepala.

Tapi.. ikhlas ni.. 
Memang Ibu suka tengok gambar-gambar makanan. Tak kisah la snap dari mana-mana pun. Hotel ke.. warong ke.. dari atas meja makan kat rumah ke. Sebabbbbbb.. suma tu idea babe.

Tipulah kalau korang ada masa otak tak tepu.. tak tau apa nak makan. Tak tau apa nak masak.

Jadi yang jadi idea.. those pics la.

Jadi kudis ke kalau tengok orang boleh masak sampai 4-5 jenis makanan. Jadi nanah ke kalau tengok orang tu tunjuk gambar yang macam-macam. Jangan kita bersangka yang macam-macam. Kita tak tau cerita sebenar.. entah orang tu dah berzaman menyimpan duit just for that occasion. Ntah-ntah orang tu dapat rezeki terpijak so dia nak kongsi kegembiraan. Ntah-ntah.. haishhhh.. macam-macam la kan.

Very simple.
Motivate yourself.. aku pun boleh jadi rajin macam dia.. aku pun boleh..

Kut tak pun.. boleh jer ko snap gambar makanan yang ko suka.. then ko share.

The reaction.. still the same. Ada orang suka.. ada orang mungkin kurang suka. So.. apa kes.. ? 

Tapi yang penting.. tugas kita.
Jangan kita nak jadi busuk hati.. jangan nak jadi dengki.. jangan nak jadi tutttttt..

Kalau masing-masing boleh dan mampu ada fon canggih manggih yang boleh skodeng hal yang macam-macam.. boleh beli data tiap bulan just nak baca berita kat intenet nun.. kira korang mampu la nak ada macam orang tu ada. Kut tak sepenuhnya.. at least.. ada la yang korang mampu jugak.

So tak yah nak tembak-tembak.. tak yah nak perli-perli.. tak yah sindir-sindir.

Ni bulan puasa ni babe.. belajar la berpuasa dari buat hal-hal yang tak baik.. jangan cari sebab yang boleh bikin kawan-kawan kita sentap.. terasa hati.. tersinggung.

Jangan pulak ko buat story.. alaaaa.. selama ni okey jer dia. Ko tau ke hati dia macam mana?

Mungkin selama 11 bulan yang lepas dia kurang sikit dari tutttttt.. tapi dalam tempoh sebulan ni that very special person buat turning-point ya'ni Allah terima segala amal ibadat dia.. segala kebaikan dia.. beribu kali baik dari bulan-bulan yang lain tu. In return.. Allah perkenan segala doa dia.

Don't play-play.. Bulan ramadhan ni bulan yang sangat istimewa.

So.. in short.. banyakkan buat baik. And if can jangan cari peluang langsung nak buat jahat. Tergerak hati nak sindir orang sebab tengok dia buat baik sikit pun.. jangan..

Cakap tapis-tapis..
Cerita manis-manis..
Lurus jangan sinis..

Nota **
Takpe.. dah macam budaya.. macam kebiasaan pun.. nanti-nanti nak raya.. ko post la mintak maaf kat facebook nun.. IN GENERAL and to all.

Khalass.

3 comments:

  1. Salam Ramadhan.
    Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa juga buat En. Mazlan.
      - ramadhan kareem

      Delete
  2. Saya pun suka tengok gambar makanan time bulan posa....then tanya diri bila aku nak rajin macam orang ini.
    Selamat berpuasa semoga semua amal ibadah kita diterima Allah SWT.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...