Beautiful Friends

Tuesday, June 14, 2016

Zahari Hasan dalam kenangan..

Arwah adalah sepupu Ibu. Anak nombor 3 pada ibu saudara sebelah ayah. Sejak dari kecil.. arwah lebih selesa Ibu panggil dengan panggilan Dik Ari. Kami sangat senang dengan si arwah. Jenis yang tak banyak cakap.. ringan tangan and if ada kenduri kendara di rumah kami.. selewat mana pun arwah tak pernah mungkir. And all these things.. jadi pengikat kasih.. some sort a special bond between us.

Terkejut..
Indeed I was. Banyak kali Ibu rasa macam tak percaya.. banyak kali jugak Ibu cuba reframe dalam otak.. arwah dah tak ada lagi.

Semuanya berlaku begitu cepat.
Khamis petang.. selesai saja azan maghrib.. Ibu dapat call dari adik (adik memang rapat dengan arwah.. kawan sebaya dan jugak sama-sama bersekolah di kampong). Mula-mula adik kata arwah jatuh motor masuk longkang tapi tak sampai 5 saat dia recall statement and kata arwah dah tak ada. And tiba-tiba otak macam tak berfungsi. Tak boleh nak proses maklumat. Rasa macam.. ntah.. rasa macam tak boleh terima hakikat.

Family members yang lain.. bila dengar saja Ibu lafaz 'innalillah' semua terus berhenti menyuap. Semua mata tertumpu pada Ibu. And dengan info yang begitu terhad Ibu sampaikan berita mengejut dari adik.

Zassss..
Terus macam-macam soalan Ibu kena tanya. Takmo cerita panjang cuma Ibu mohon selesaikan iftar.. solat so that kami boleh terus ke Seremban. And at the same time.. Ibu mula kongsi berita dengan family members yang terdekat.



Sampai di Seremban.. baru dapat info penuh. Kes langgar lari. Motor arwah dilanggar dari belakang. Cuma pemandu kereta yang melanggar.. (tak perlu nak cerita panjang.. biarlah kami teruskan dengan fasa undang-undang selepas ini).

Pada si isteri.. pada anak-anak.. tabah dah redha sahaja yang mampu Ibu pohon. Berat mata yang memandang.. berat lagi bahu yang memikul.

Sedikit terkilan.. arwah pernah kata.. tak ada mood nak raya tahun ni.. takmo buat persiapan raya.. tak perlu beli baju raya. Cuma tak sangka..

Al-Fatihah.

6 comments:

  1. Salam takziah...innalillah..semoga roh arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman..

    ReplyDelete
  2. Innalillah..
    Ya Allah, ampuni dia.
    Maafkan dia..
    ampunilah kesalahannya..
    Muliakan kematiannya..
    Lapangkanlah kuburnya..
    jadikanlah surga sebagai tempat tinggalnya sebagai ganti..
    dan berikanlah kesabaran kepada ahli keluarganya..
    semoga rohnya ditempatkan bersama kalangan orang yg beriman.
    Aamin
    Al fatihah..

    ReplyDelete
  3. Salam takziah,Al-Fatihah dan semuga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Aamiin.

    ReplyDelete
  4. Salam Takziah Kak Sham.. Innalillahhiwainnahirojiun... Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  5. Al-fatihah.
    Semoga rohnya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...