Beautiful Friends

Sunday, March 1, 2015

Bosphorus Tours - Turkey

Assalamualaikum all..

Kita sambung cerita balik la ya.
Time ni Ibu dah sampai kat Istanbul.

Day one.
Ikut plan.. kami nak ronda-ronda yang dekat-dekat sahaja dulu. And to save us the time.. kami decided naik feri sambil sight-seeing. So solution.. Bosphorus tours la kan.

Mengambil masa dua jam perjalanan to complete the journey. Pada yang mabuk laut.. not to worry. Feri bergerak pun tak laju mana. So.. tak sempat nak mabuk pun.

But again..
Tengok serasi badan masing-masing la kan.

Okey.. jom kita cerita sambil layan gambar.

Starting point.
Semua diminta berkumpol di Blue Mosque. If not depan Hagia Sophia..  bersebelahan je pun. Per one group biasanya ada dalam 200 orang jugak la. Ramai tu babe.. tapi mungkin itu yang biasa dia orang gather per one trip.


Inilah rupa feri yang kitaorang naik. But since kami antara yang terakhir naik ke feri so kami tak dapat pilih seat yang best. So.. in order untuk dapat best view.. kami terpaksa naik ke tingkat atas.. untuk menembak la.


Blue Mosque.
Beginilah rupa Blue Mosque dilihat dari Marmara Sea. Really a breathtaking view. Cuma since cuaca tidak begitu baik.. most of our picture semua jadi kelam.


Later.. kami lalu pulak di hadapan bangunan Hagia Sophia Palace. Asalnya ia adalah sebuah gereja yang kemudiannya diubah fungsi sebagai sebuah masjid dan akhir sekali sebagai sebuah muzium.


Galata Tower.
Merupakan sebuah menara sembilan tingkat dan merupakan bangunan tertinggi di bandar ini semasa ia mula dibina.


Dolmabahce Palace.
Tapak Dolmabahce pada asalnya adalah sebuah teluk di Bosphorus yang telah digunakan untuk melabohkan armada Uthmaniyah. Ditebus guna secara beransur-ansur dalam abad ke-18 untuk menjadi taman empayar Uthmaniyah.


Ortakoy Mosque.
Masjid Ortakoy pada asalnya dibina pada abad ke-18. Semasa didirikan di tempatnya, adalah di bawah arahan Sultan Uthmaniyyah Abdülmecid dan dibina antara tahun 1854 dan 1856. Arkitek masjid ini adalah bapa Armenia dan anak Garabet Amira Balyan dan Nigoğayos Balyan yang direka dalam gaya Neo-Baroque.

Dalam masjid tergantung beberapa contoh kaligrafi Islam disempurnakan oleh Sultan Abdülmecid sendiri, yang juga seorang ahli khat.
 



Rumeli Fortress.
Ia adalah sebuah kubu yang terletak di daerah Sariyer di Istanbul, atas bukit di sebelah Eropah, Turki. Dibina oleh Ottoman Sultan Mehmed II antara 1451 dan 1452.

So unfortunate both me and Cik Asben failed to capture any picture of the Mansions, Anadolu Fortress, Military School (Kulelit), Beylerbey Palace, Maiden Tower and Topkapi Palace.

Ni la bila kisah.. 'ingat you ada snap.. laa.. ingat you ada snap'.. hurmmm..

Anyway.. lepas dari kejadian tu.. taubat dah.. jangan kedekut nak snap gambar. Takut menyesal.

And selepas dua jam.. kami balik semula ke jeti. And seperti yang diramalkan.. hujan mula turun. Actually.. jika ikut ramalan.. dua hari berturut lepas itu.. salji akan turun di Istanbul.

As for us..

Bersambung..





7 comments:

  1. Ni mmg betul betul ' Istanbul Aku datang yeh SAR' hihi...Banyak bangunan lama yeh....masa Lisa Surihani berlakon nampak mcm cantik sangat...

    ReplyDelete
  2. kadang-kadang bila tengok sesuatu, takde apa, biasa so takyah snap lah...pengakhirannya dan balik rumah menyesal tak ambik....

    ReplyDelete
  3. Cik Hainom OKje..
    Turki memang byk bangunan lama. So pd yg suka layan tgk 'batu-bata' mmg berbaloi la.


    Nasa..
    Time baru perasan tu.. memang rasa nak repeat jer.. tapi cuaca pulak tak mengizinkan.

    ReplyDelete
  4. seronok ye sham..dapat jalan2 tengok tempat2 yang menarik dinegara orang

    ReplyDelete
  5. next time, capture je kan gambar.ni kalau langit biru mesti lagi cantik.takpe, experience tu yang mahal dan akan kekal dalam memori ;)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah Acik,
    Tahun ni Allah makbulkan hajat kami.


    Dik Salbiah,
    Sejak tu memang rajin sangat la pulak snap pics. Serik dah kan..

    ReplyDelete
  7. Istanbul dipenuhi bangunan2 lama tinggalan sejarah... Pernah baca sebuah buku berkenaan Empayar Uthmaniah di sana.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...