Beautiful Friends

Wednesday, September 30, 2015

Watching and learning..

Habis modal dah nak cerita-ceriti pasal rewang makan-makan kami masa balik cuti tu ari.

Tak sempat nak explore macam-macam sebab kesuntukan masa plus ari raya kan.. kedai masih banyak yang tutup. Nasik dagang pun tak sempat nak makan. Takpa la.. dah takda rezeki..

So..
Kita rewind sikit la cerita pasal kenduri akiqah anak saudara dari adik bongsu Cik Asben. Gulai kambing pulak la kami lepas tu..

First time Ibu perasan pasal 'kebiasaan' orang di sana ni was during my wedding. Sampai ke malam babe. Bayangkan la.. sampai kul 11 malam masih ada orang datang ke rumah. Mak aiiii..

But later.. years goes by.. biasa la dah. Dah cara dia orang macam tu kan.

Then.. no doubt ada yang dah ambik khidmat catering.. tapi di rumah MIL masih kuat mengamalkan kerja gotong-royong. Maka sehari sebelum majlis tu.. ramai la yang datang berziarah.. tolong apa yang patut.

Me..
Kita buat la apa yang patut kan. Otherwise.. tugas yang biasa.. jaga bab hal ehwal makan minum orang yang datang tolong-tolong buat kerja tu la. And tahun ni.. Ibu ada tugas khas.. 'Mok Long.. tolong buat teh tarik and mi goreng lagi'. Waaaa.. sudah ada peminat babe.

Okey.. jom layan gambar..


Cik Putih and Cik Hitam yang bakal dikurbankan..

Ayah Chik melayan anak-anak sedara main pasir..


Kepala kambing yang dibakar untuk memudahkan proses membuang bulu-bulu nyer untuk diambil otak (nak boh dalam gulai kawah). Lepas bulu kambing tu dah abis terbakar.. dikikis.. dibelah kepala.. dikeluarkan otak.. dicuci.. dan dimasukkan ke dalam gulai kawah.

And untuk make sure otak tu tak berterabur.. ada yang guna kaedah.. memasukkan otak kambing tu dalam bekas bawang (yang macam net tu) then diikat. Anyways laa.. tak gamak la ambe nak makan otak kambing weiiii..

Kita bagi peluang Arif main pisau..

Tapi ni semua cerita petang sebelum hari kenduri tu la. Time ari kenduri tu.. macam biasa jer. Masak ramai-ramai.. then bila dah siap hidang and macam kenduri yang lain-lain tu jugak la.

Cuma the last part.. bab cuci periuk yang saiz gedabak tu. Since lauk masih banyak berbaki.. Ibu mintak izin dari MIL untuk tapau and agih-agih ke orang kampong. Nak bagi cepat abis sebenarnya.. senang pulak nak cuci periuk lepas tu.

So..

AJK tapau lauk..
Dah kita gatal mulut pi propose.. so kita kena la turun padang jugak kan..

Cuma tang part pengagihan tu.. kita gunalah kerahan tenaga anak-anak sedara yang ada tu. Cik Asben and BIL kena ada sama untuk monitor la. Karang ada pulak yang pi longgok 5-6 peket satu rumah.

Sikit sama sikit la kan..

Tapi sedikit manis.. kebetulan ari tu.. kebetulan pulak jatuh hari lahir yang ke-3 anak sedara yang sorang ni. And Mok Long dengan skima nak 'curik tulang'.. pi la cari birthday cake (yang ada api - bak kata Fatin la) di nunnnnn kat bandar.

Ni la baby baru tu..


Tok Ayah sedang baca doa untuk birthday girl..


And petang tu di samping meraikan majlis akiqah.. kami raikan jugak majlis hari lahir gegirl yang sorang tu.

And as axpected.. sampai ke lepas isyak.. masih ada yang berkunjung. Ye la kan.. tak semua pulak yang available masa belah siang kan. Orang dah nak datang ke kenduri kita pun dah kira syukur.. alhamdulillah.

Okey.. habis cerita.

Assakamualaikum.

4 comments:

  1. Hi Shamsiah, nice posting, but regret bahasa saya out of tune, so tengok gambar sahajah. Holy Smoke! Terperanjat tengok tu kepala kambing.
    Congratulations on your new baby, really cute!
    Have fun and simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Lee.
      Really nice of you to drop in.
      Regretfully.. she is not mine. My sister in law punya new born la.
      I dah pencen...

      You too take care to friend..

      Delete
  2. mcm ngeri je wak tgk kepala kambeng ituuu., huhu2

    salam k sham, leh emel wak psl top commentator, ?
    3lalat@gmail.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...