Beautiful Friends

Thursday, March 28, 2013

Girl OR Boy??

TIPS MERANCANG JANTINA ANAK

Tips ini saya ambil dari website Dr Hamid Arshat – Pakar Sakit Puan. Sepertimana dengan tips lain, tiada satu pun akan menjamin 100% keberkesanannya.

Namun menurut Dr Hamid, dengan izin Allah, tips ini 70% kebarangkalian untuk mencapai kejayaan.

Para suami harus mengetahui anda adalah penentu dalam jantina anak-anak. Benih lelaki membawa kromosom X dan Y manakala benih wanita hanya membawa kromosom X. Gabungan kromosom X-X akan menghasilkan anak perempuan manakala X-Y akan menghasilkan anak lelaki.

Ciri-Ciri X dan Y:

X – Jangka hayat lebih lama, Bergerak lambat, Tahan dalam keadaan berasid.
Y – Jangka hayat singkat, Bergerak pantas, Tahan dalam keadaan berakali.

Petua Untuk Mendapat Anak Lelaki (XY):

1- Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman bergas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2- Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri (ovulation) adalah penting.

3- Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas, 20 ml air bikarbonat dimasukkan ke dalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonat (sodium bicarbonate) boleh dibeli dari farmasi.

4- Kaedah suntikan benih lelaki (artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Petua Untuk Mendapat Anak Perempuan (XX):

1- Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam, nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2- Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.

3- Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Kita merancang, Allah juga merancang dan sebaik-baik perancang. Apa yang ditentukan pastinya itu adalah terbaik untuk kita.


P/s;
Just now terbaca, so dari lupa.. elok la paste kat sini. Boleh jugak kawan-kawan tumpang baca sama-sama.

9 comments:

  1. haha.. ekau rancanglah sham. bundo ni dah tutup kodai. rancangan dah lamo tergendalo kehkeh..

    ReplyDelete
  2. Sajo soko-suko jo ni Bundo.
    Proposal lamo dah antar, tapi asyik kono reject dek Chairman.

    ReplyDelete
  3. Salam ibuk

    Kami tak pakai teori dan petua hehe
    Dpt sepasang terus pencen hehehe

    Kasihan ada nak lelaki berderet pompuan 9 org terus give up

    ReplyDelete
  4. tak nak rancang dah... baru dapat baby girl.. hua hua hua... tutup kilang...

    ReplyDelete
  5. Waahhh, banyak kerja nak kena buat tu..kehkehkeh! Anak dara terlajak sorang ni sibuk nak komen, wakakak!

    ReplyDelete
  6. mcm2 petua ye..
    ada yg buat saya tergelak

    ReplyDelete
  7. Alaikumsalam Bapak,
    Semoga Bapak masih sihat2 sahaja sambil mengerjakan ibadah umrah di sana.
    Itu semua "rezeki" dari Allah.
    Terima sahaja dengan seadannya.

    ReplyDelete
  8. Nani,
    Alhamdulillah.. mabrook..
    Tutup kilang.. betul ke dah cukup tu??

    ReplyDelete
  9. Dinas,
    Ketentuan Allah, tak siapa pun yg tau.
    Maybe.. kut tak esok.. lusa.. tulat.. ada pulak yg masuk meminang.. huwawawa.. kono study gak tu.. jeng jeng jengggg..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...