Beautiful Friends

Sunday, March 10, 2013

KAFA - Musim baru.

KAFA or kelas agama dan fardu ain sessi musim baru baru sahaja dirasmikan minggu lepas. Anak-anak memang looking forward. Dapat belajar agama as well as dapat jumpa kawan-kawan. Okey, tak pandai nak "berceramah" kat sini. Kita layan gambar je la ya.


Barisan tenaga pengajar KAFA bagi musim baru. Kat U panggil student.. kat luar panggil adik.. kat KAFA panggil ustaz la kan. Seterusnya bacaan doa oleh Ustaz Ikhwan agar majlis agama ini akan mendapat keberkatan dariNya serta semoga ia memberi menafaat kepada semua yang menyertainya juga.


Kaum ibu yang saban minggu setia meneman anak-anak semasa kelas berlangsung. Tak lupa juga sentiasa ringan tangan untuk memasak juadah bagi dijamukan kepada anak-anak serta para ustaz semasa dan selepas selesai kelas.




Wajah suci anak-anak yang hadir pada malam tersebut. Dia orang ni memang bersemangat nak pi KAFA. Tu hari sempatlah sembang dengan one of them. Siap kata BORING kalau tak ada KAFA. Well, lepas ni sure dah tak boring lagi.



Sessi saringan untuk naik kelas. Time ni ada jugak kaum ibu yang gabra mengalahkan anak-anak. Siap tanya.. soalan bocor tak ada ke??


Ini pulak sessi kaum ibu yang tengah sibuk mengisi borang as well as bz-bz-bee tampal gambar anak kat borang KAFA. Gamat la kejap. Sorang mintak gunting, sorang mintak gam. Meriah babe..




Tuan Tanah posing dengan kaum ibu yang ada pada malam tu. Ada tokey nasi dagang, tokey kuih bahulu, tokey kek chiffon, tokey laksa, tokey tiket kapalterbang.. semua ada. Kena mesra alam la kan. Baru senang nak masuk order. Nak buat sendiri, tak pandai.


Gambar ni Ibu post jugak kat FB. Gerenti kena gossip la. Sebab.. ssshhhhh.. tak boleh share. Nanti Ibu kena C4 lagi. Tapi yang nak gossip tu pun gerenti tak berani nak komen kat gambar.. cerita belakang tabir la katakan..


Masya'Allah.. terserlah terlebih sihat anak Ibu yang sorang ni. Haazem ni memang jadi tumpuan. Sebab tang terlebih sihat tu la. Tembam pun tembam la.. Haazem tetap "Manja Ibu". Yang lagi dua orang tu pun sayanggggg jugak.

9 comments:

  1. Assalamualaikum wbt Sham,

    MasyaAllah sukanya tengok children ramai untuk KAFA tu ...

    and ustaz saje ke ... ustazah tak ada?

    :)

    ReplyDelete
  2. Bestnya ada class mcm nih utk budak2 mesia. Kalau anak2 saya pun sure dorang enjoy:)

    ReplyDelete
  3. Alaikumsalam wbt REAL,

    Ustazah pun ramai cuma masalahnya dia org tu x blh kluar dari asrama kalau x da "escort". Then masalah transport pun ya jugak.
    Yg Ustaz ni ada yg dh ada kereta sendiri. Senang la sikit nak bergerak.


    Madre,
    Mmg dia org enjoy. But most of all, dgn adanya KAFA ni harapnya dpt membantu dia org ni belajar tentang agama Islam dan yg berkaitan dengannya.

    ReplyDelete
  4. Bestnya Kak Sham kat Kuwait ada class macam nie.

    ustaz kat sana yg mengajar student ker or memang kerja disana?

    kat sini tak der lerr..

    ps: ada kerja kosong lagi tak kat sana??

    ReplyDelete
  5. Yong,
    Dia orang tu semua student Kuwait U.
    Tu yg sng mintak tlg sbb dh tentulah kita yakin dia org "pandai" bab2 agama ni kan.
    Kat rumah pun akak mintak Ustaz ni tlg ajar anak akak B.Arab, mengaji & fardu ain.
    Standard la, dgn parent mana blh dok lelama. 10 minit pun dah rimas.

    P/s;
    Sambung citer kat fb la.

    ReplyDelete
  6. macam kelas kafa kat mesia je meriahnya kan..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah,
    Sambutan KAFA mmg x pernah menghampakan.
    At least ini lah yg mampu kami bantu anak2 di sini utk belajar agama. Yg kat sekolah tu belum tentu cukup (atas pelbagai sebab).

    ReplyDelete
  8. Sham, anak kaktek no 2 pun terlebih kalori. agaknya sindrom anak ke dua kot. happy go lucky, malas baca buku.., makan plg banyak...

    ReplyDelete
  9. Subhanallah... semoga dapat mendukung terbangunnya peradaban Islam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...