Beautiful Friends

Sunday, March 24, 2013

Di mana kan ku cari ganti..

Alhamdulillah, selesai sudah makan malam kami. Masak lemak putih pucuk paku.. nan sejemput. Order dengan Bobby empat peket, tapi nak jadi cerita ada pulak yang berhajat.. terpaksalah say bye-bye tiga peket. At last dengan secekak pucuk paku, cukuplah semangkuk masak lemak putih untuk santapan kami anak-beranak.

Masak memang cukup senang. Masuk santan, tambah air sikit, lepas mendidih masukkan isi ikan kembung yang telah direbus. Then nak kasi "panas" sikit, masukkan lada hitam yang ditumbuk. Masukkan sedikit hirisan bawang merah dan pucuk paku yang telah disiang. Khalass.. errr.. jangan lupa perasakan garam ya.

Tapi takkan la makan lauk tu semata kan. So, Ibu tambah la dengan goreng ikan kembung sikit, sambal belacan sikit and ulam kacang botol. Janji makan sikit dah jadi makan bertambah. Ni yang bahaya kalau makan di rumah.Isshhhh..


Cuma harapnya janganlah esok Si Harris komplen kata jiran bawah marah-marah. Maklum sajalah, dia orang ni kalau orang buat tak boleh. Dia buat.. tak apa. Sebenarnya Ibu guna batu tumbuk masa nak tumbuk lada hitam. Takkan la nak guna blender jugak untuk lada hitam yang sejemput tu. Lagi pun, rasa macam tak berapa kick la guna blender.


Anyway, ini la batu tumbuk yang Ibu bawak dari Tanah Malaya. Banyak jasa "dia" ni. Masa kat sana lagi dah mula berkhidmat. Walaupun blender and chopper dah silih berganti.. "dia" ni tetap penjadi peneman Ibu yang paling setia tiap kali nak masak-masak.

Harapnya panjang la lagi umur si "dia" ni. Kalau patah batu lesung ke.. apa ke.. mana Ibu nak cari ganti kat sini??


7 comments:

  1. Salam Sham. Alah takkan la dengan tumbuk lada hitam sejemput tu pun depa nak komplen. Debik kang.

    Saya pun suka pucuk paku. Baru ja buat kerabu pucuk paku campoq taugeh dengan kerisik, slurrrppp!

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaa....

    apsal tak guna serbuk lada hitam je? tak best kot sebab tu halus sangat kan...

    ReplyDelete
  3. Alaikumsalam wbt Dinas,
    Dah tu atas bawah ada makhluk Allah.
    Walau sejemput pun, tetap pencemaran bunyi pada mereka.
    Tapi kalau diaorg yg drill rumah w'pun jam 11mlm.. okey jer.

    Kerabu pucuk paku ngan taugeh memang sedap kan kan..



    NP,
    Ha'a.. guna hat serbuk mcm kureng panas la. Tambah lak lemak putih, cepat loya.

    ReplyDelete
  4. bawak dr kg? mak aih berat.
    kat sini ada jual... mangkuknya usd25 (rm75), lesungnya $7 (rm21).. nyesal tak bawak dr kg...

    ReplyDelete
  5. Kak Tek,
    Sham jarang bawak barang banyak.. bawak mana yang "kritikal" sahaja. Maka banyak la allocation untuk itu ini. So last 3 years, Sham nekad selitkan sebiji batu lesung ni. Alhamdulillah.. berjasa besar.

    P/s;
    Sini ada jual yang hampir sama. Guna batu marmar. Tak sesuwei laa..

    ReplyDelete
  6. haha..
    sama kes ngan yong
    first 5 list items yang patut dlm box
    lesung batu

    ps: kat sini budak lari dalam rumah pun nak komplen gak, chistt..kami malas nak layan aleh2 depa pindah.. lalaalaaa

    ReplyDelete
  7. Betul2..
    Budak lari sikit dah kecoh.
    Tapi anak dia orang terjun tiruk sampai bergegar building blh pulak.

    P/s;
    Caya la Yong.. tabik lantun2..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...