Adeihhhh.. dua hari pengsan. Semua angkara terlampau suka masa Sukaneka MAK semalam. Badan dah "gigil" tapi gigih nak join games and buat macam-macam. Walaupun macam tu, kita orang happyyyyy. Berbaloi setengah hari berjemur tepi pantai layan sukaneka. Jom layan gambar.. then Ibu cerita. Btw, color tema Sukaneka kali ni.. BLACK AND WHITE.
Ini antara game yang Haazem joined. Tut tutttt train. Main macam mana, tak tahulah pulak Ibu. Time ni Ibu tengah gigih dengan sessi isi perut. Macam-macam ada babe.
Tengah dengar taklimat untuk game kopek kacang. Team kita orang memang jenis yang lurus bendul sangat. Ikut law la kunun. At last kalah. Still.. we had fun.
Nak buat macam mana.. dah Ibu ni memang jenis meriah. Time ni tengah tunggu Marshall bagi green light untuk game isi air dalam botol. Alhamdulillah.. kali ni menang tempat ke-3. Okey la tu dari tak merasa langsung.
Kan dah kata, Ibu ni memang jenis kuat ketawa. Memang tak boleh kontrol. Banyak gambar rosak sebab Ibu posing tak agak-agak langsung. Asyik ketawaaaaa saja. Sampaikan gambar langsung tak boleh nak post kat sini. Segannnnn..
Gerammmmm.. that the only one word Ibu boleh kata. Geram tengok all those babies. So, try la jugak ambik aura. Manalah tahu kan kan. Boleh jugak bagi laluan pada adik-adik lain jamu selera sementara Ibu jadi Nanny.
Ini
pulak Amsyar masa main game kepit bola. Banyak melopong bujang sorang ni. Orang dah sampai kat hujung sebelah sana, dia baru terhegeh-hegeh nak mula.
Then dia join pulak game pass telur. Mujur tak ada yang pecah. Kut tak.. habis la baju hanyir baju. Maklum sahajalah mamat sorang ni. Segala bau-bauan yang kurang menyenangkan.. sila jauhkan ya.
Best.. ini masa kami menang tempat pertama game Singer - Keluarga Bahagia. Rabun-rabun Ibu.. masih boleh lagi menjahit rupanya. Cissss.. Skima perasaan la ni.
Well... showing-off mode. Inilah antara hadiah yang kami memang semalam. Ada lagi separuh dalam kotak. Tak sempat nak posing sebab dah berterabur kena gelidah dek Arif.
Kesihan ke dia.. nak main macam-macam tapi semua kena reject sebab Cinonet sangat. At last dia main kat play ground saja. Tahun depan je la ya Arif.
Kesihan ke dia.. nak main macam-macam tapi semua kena reject sebab Cinonet sangat. At last dia main kat play ground saja. Tahun depan je la ya Arif.
Bonda manis berkebaya jingga
Anak dara memakai jubah
Si teruna pula berkain pelikat
Anak-anak sangat gembira
Pelbagai juadah bermacam hadiah
Kekal diingat sepanjang hayat
P/s;
Mentang-mentanglah tema Hitam & Putih.. rambut Cik Asben pun dah sama warna.
Ceria ja tengok gelak ketawa tu, I LIKE :)
ReplyDeleteBanyaknya hadiahhh! I LIKE jugak! :D
Dinas,
ReplyDeleteMemang semua kat sini tahu Sham kuat gelak. Dengan skima MAX pulak tu. Nak buek camano kan kan..
Hadiah.. ha'a.. alhamdulillah. Berbaloi la kelam-kabut sana, kelam-kabut sini. Sekotak besar jugak la mengangkut hari tu. BEST..
Kaksham
ReplyDeleteOrg kata org ceria ni awet muda..
Yong,
ReplyDeleteIye ke.. mcm ni kena ceria slalu la..