Beautiful Friends

Sunday, March 17, 2013

Mi Bandung @ Hawally..


Mood masak masih belum mari lagi. Segala yang dibuat rasa lemau and basi saja. Badan masih lagi lesu. Tambah pulak bila tak cukup tidur. Inilah bahana kalau berjaga melayan cd sampai ke subuh. Tidur malam and tidur siang walaupun dalam kuantiti yang sama tapi kualiti nyer tetap lain.

Only one word... ehhh.. two words.. PADAN MUKA yang Ibu boleh kata. Entah berapa hari la pulak Ibu boleh recover semula ni.

Tapi pagi ni Cik Asben nak pi kerja. Takkan nak hidang air horlick nestum saja kan kan. Dah la malam tadi kami makan di luar. Which was.. tak best sangat la pulak. Walhal dah ziarah tempat yang sama pulak tu. Frust... nantilah Ibu cerita.

Makanya.. darikan Cik Asben pi kerja dengan perut kosong, terimalah dulu mi bandung instant. Ibu kata instant sebab Ibu guna perencah dalam peket sahaja. Tumis bawang merah dan bawang putih, masuk perencah, masuk udang, masuk sawi.. khalassss.

Alhamdulillah, tak la mengecewakan sangat. Ibu ni ada satu ill-feeling bab masak. Kalau masak dalam keadaan separa "ikhlas" selalunya hasil kurang menjadi. Sungguh.. tak tipu ni.

Okey, pagi Ahad makna nyer banyak kerja nak kena buat nak kena settle. Ye la, Jumaat and Sabtu dah puas berjimba. So.. faham-faham sahajalah kan kan.

Tapi kalau ada yang rajin, boleh la cuba resepi kat bawah ni..

Bahan-bahannya;
4-6 ekor udang basah
50 gram udang kering ( blend )
1/2 biji bawang besar 
3 ulas bawang putih 
5 tangkai cili kering
Stok daging (kiub)
4 biji telur
Sawi 
Gula
Garam

Side-kicks;
Bawang goreng 
Hirisan cili merah
Hirisan daging 
Limau kasturi / limau nipis 
Tauhu goreng - hiris nipis

Cara-caranya;
- Blend bawang besar, bawang putih, cili kering.
- Panaskan minyak dan tumis hingga naik bau.
- Masukkan udang kering yang telah diblend. 
- Kemudian masukkan stok daging, hirisan daging dan udang basah. Didihkan.
- Masukkan pula gula dan garam secukup rasa. 
- Kecilkan api. Pecahkan telur. 
- Jangan kacau supaya telur tidak pecah.
- Biarkan telur masak / separuh masak (terpulang).
- Akhir sekali masukkan sawi.
- Selesai sudah. 




8 comments:

  1. hurmm kita serupa la kak. kalau time kureng ikhlas tu, masak apa pun tak jadi. kalau tengah sedih pun sama gak, rasa makanan tu pun sebijik cam tuan yg masak, sedih betul rasanya hehehe

    ReplyDelete
  2. Anis,
    K.Sham mmg selalu mcm tu.
    So blh agaklah end-result masak macam mana kalau hati dah ehem ehemmmm tu.
    Nak ambik gambar pun, serba x menjadi.
    Mcm lesu je gambar.

    ReplyDelete
  3. Kak sham
    Yong pun sama
    Kalau mood terpaksaan memasak
    Goreng telur pun hancur
    Kalau keikhlasan abadi
    Goreng telur rasa ayam masak merah.. Ahakss

    Ps: terpaksa buat mee bandung nak buka ptg ni. Menci tau!

    ReplyDelete
  4. Yong,
    K.Sham ikhlas nak gelak ni.. tiada "keterpaksaan" kerana membayangkan telur goreng yg blh bertukar rasa jadi "ayam masak merah". Power tu..

    P/s;
    Selamat berbuka puasa.. kalau dekat, K.Sham dah hantar mangkuk tingkat dah ni. Tak payah Yong nak masak lagi dah.

    ReplyDelete
  5. salam ibuk

    nama mee bandung, tapi kalau pegi bandung sampai mati carik takde kedai ygjjual hahaha

    minggu sudah dan minggu ni saya suruh org rumah cuti masak psl lps noreh saya ajak dia ikut saya pi jual gotah hehe
    upahnya ikut dan nemankan saya , makan kat luarlah

    ReplyDelete
  6. dulu2 suka sgt buat mee bandung
    dah lama x buat ;)

    ReplyDelete
  7. Alaikumsalam Bapak,
    Saya jugak yakin kalau pi Bandung.. nescaya takkan jugak terjumpa air sirap "bandung".
    Wahhhh.. kalau saya.. sentiasa sudi kalau Cik Asben ajak meneman jual hasil pi noreh getah.
    Sebabnya.. saya selalu makan sikit kalau di luar. Kalau di rumah.. semua yang selera. Bahaya.

    ReplyDelete
  8. Irfa,
    Mi Bandung mmg jarang naik ke rumah ni. Kurang sgt permintaan. Sekali sekala tu boleh lah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...