Beautiful Friends

Monday, October 21, 2013

Alhamdulillah.. rezeki Allah beri..

Assalamualaikum all,


Musim sejuk semakin menghampiri. Dan bila dah macam tu, dengan cuaca yang sesedap rasa mulalah ramai yang turun ke laut. Tak dapat ke tengah laut.. tepi laut pun okey jer. Thus kalau rezeki baik, dapat la.. pari ke.. ketam ke.. and macam-macam jenis la lagi.

Adik-adik students Kuwait University pun turut sama tak ketinggalan. Pantang ada peluang.. sure akan di isi dengan aktiviti memancing. Ada masa siap berkhemah di tepi laut.

Anak-anak Ibu lama dah berhajat nak tidur tepi pantai cuma Ibu saja yang tak mengizinkan sebab angin sejuk thus.. Ibu yang liat nak berpisah sebenarnya. Entahlah.. rasa segan nak menyusahkan adik-adik students kita tu. Tambah pulak port mancing yang dia orang selalu lepak tu tak ada kemudahan asas seperti "tandas". Bujang Sulong tu.. ishhh.. susah sikit la nak kata.



Btw, inilah rupa ikan duri yang jadi rezeki kami kali ni. Adik-adik ni mintak Ibu tolong masakkan. Since ikan-ikan tu banyak.. dapatlah jugak Ibu sedekah pada dua family Malaysian yang lain. Memang kiranya berbaloi sangat hasil tangkapan adik-adik tu kali ni.

Pada kami.. kecik tapak tangan.. periuk kami hulurkan. Lepas tu pandai-pandailah adjust nak masak kari ke.. asam pedas ke.. khalass..

3 comments:

  1. salam perkenalan dari ida
    jemput singgah blog ida ye
    umielman.blogspot.com
    dah follow blog ni no 100

    ReplyDelete
  2. Kak...saya pun sama. Kalau port memancing tu takder toilet, memang sangat tidak 'menyelerakan' nak memancing. Ikan duri masak gulai akak tu macam sedappp jer tu. Kalau asam pedas, saya dah jemu kat sini. Oh, besar yer ikan duri tu. Rezeki kan...syukur Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. Alaikumsalam Ida,
    T.kasih kerana sudi singgah.
    Salam perkenalan dari K.Sham juga.


    Assalamualaikum Aziela,
    Tu psl la kita org liat sikit nak pi mancing ni.
    Port yg "complete" ramai sgt la pulak org ber-picnic.
    Ikan pun takut nak dekat.
    Port yg biasa, kalau pi pun stakat 2-3 jam je.
    Pancing pun tak sempat nak sanggut hasil.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...