Beautiful Friends

Wednesday, October 9, 2013

Fire.. fire.. fireeee...

Assalamualaikum all,

Last night anak-anak ada kelas Bahasa Arab. And kebiasaannya, Ibu akan masak extra dari biasa. Ada masa, waktu ni jugak la Ibu akan jemput kawan-kawan makan-makan di rumah. Senang.. sekali masak.. sekali kemas.

Well, last night Ibu jemput sorang kawan dari Puchong. Actually, dia ni bekas jiran kami semasa kami menyewa di Bandar Kinrara. Alhamdulillah.. sampai ke hari ni kami masih berhubung baik. Kebetulan pulak ada anak yang sebaya, maka sudah tentu banyak benda/cerita yang boleh kami share bersama.

Then dengar khabarnya kawan yang sorang ni dah nak balik ke Tanah Malaya next week. Contract dah habis.. so balik la kan. Alhamdulillah.. jemputan kami kali ni tidak sia-sia. Kawan ni dah banyak kali kami jemput datang ke rumah tapi atas sebab "kerja" asyik ada saja alasannya.

Menu.. yang simple-simple saja. Sekadar sup tulang dan ikan cencaru bakar. Sekali siap dengan cili kicap untuk yang nak tambah pedas. Setakat 2 lauk ni, insya'Allah tak ada masalah dengan anak-anak Ibu. Harapnya.. kawan yang sorang ni pun begitu jugak.

Buat tatapan keluarga di Tanah Malaya..

Dalam kita orang sibuk layan tekak tu, tiba-tiba dengar bunyi siren.. segala siren pulak tu. Bomba.. ambulan.. polis semua ada. Rupa-rupanya ada bangunan seberang jalan building apartment kami terbakar. Since angin pulak kuat malam tadi.. cepat sangat api marak. Dari terbakar sebelah atas.. kemudian merebak ke bangunan sebelah and at last building yang di sebelah tu pun sama terbakar.


Mujur jugak kami dah selesai makan, if not.. terganggu jugak konsentrasi. Ye la.. dah riuh macam tu.. ingat boleh ignore jer ke??

Meh nak tayang-tayang lauk malam tadi..

Ikan cencaru bakar.. jarang-jarang jumpa di sini.
So, kalau dapat tu kira syukur sangat la..


While this morning masa Cik Asben bersarapan.. Ibu modify hat yang ini pulak. Asal dari sup tulang. Ibu cuma tambah mi kuning.. so jadi la mi sup tulang. Khalass..


4 comments:

  1. assalamualaikum k.sham..

    wahh... teruk jugak bangunan yg terbakar tu yer. mujur dh siap mkn, kalu tk mesti tergendala jugk acara mkn2 tu..



    ReplyDelete
  2. Alaikumsalam Su..
    Building kami ni mmg tepi highway so mmg dah lali sebenarnya. Especially bila mlm minggu. Tapi bila dah "meriah" sgt tu.. sure nak tau jugak kan..

    ReplyDelete
  3. salaam kaksham,
    baru nak tanya byk ke cencaru kat sana? hehehe dah 1thn lebih tak nmpk cencaru lagi kat oman ni.

    ReplyDelete
  4. Alaikumsalam Mala,
    Jarang2 jugak.. ikut rezeki la.
    Tu yg kalau jumpa.. aduhaiiiii..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...