Somebody sent this to me. To those yang rasa nak "membaca".. dipersilakan.
Sesetengah
orang mungkin akan berputus asa dan berhenti berdiet dan menganggap program
diet tersebut gagal atau tidak sesuai dengan mereka. Anda tidak harus berputus asa dan tetap berdiet dan
cuba mengatasi masalah ini. Dibawah ini saya senaraikan beberapa faktor yang
menyebabkan penurunan mendatar dan cara mengatasinya.
Adalah
perkara biasa sekiranya penurunan anda tiba-tiba menjadi perlahan atau berhenti
selepas seminggu atau dua minggu anda berdiet ia boleh berlaku untuk beberapa
hari atau minggu. Ini terjadi kerana Faktor kecekapan tubuh. Pada permulaan
anda berdiet badan anda tidak cekap dan memerlukan tenaga yang banyak walaupun
untuk melakukan perkara-perkara kecil maka badan anda akan membakar lemak
dengan banyak dan penurunan juga akan menjadi laju. Tetapi semakin lama anda
berdiet badan anda semakin cekap.
Hanya sedikit tenaga yang anda perlukan untuk melakukan perkara berat oleh itu pembakaran lemak akan jadi perlahan dan penurunan berat juga akan menjadi mendatar. Apa yang perlu anda lakukan ialah meningkatkan aktiviti seperti bersenam untuk meningkatkan pembakaran lemak. Pada tempoh seperti ini anda ‘HARUS BERSENAM’ untuk mendapatkan kembali penurunan berat badan yang tinggi.
Hanya sedikit tenaga yang anda perlukan untuk melakukan perkara berat oleh itu pembakaran lemak akan jadi perlahan dan penurunan berat juga akan menjadi mendatar. Apa yang perlu anda lakukan ialah meningkatkan aktiviti seperti bersenam untuk meningkatkan pembakaran lemak. Pada tempoh seperti ini anda ‘HARUS BERSENAM’ untuk mendapatkan kembali penurunan berat badan yang tinggi.
Beberapa
faktor yang juga menyebabkan penurunan menjadi perlahan / mendatar.
1. Anda masih mengambil berlebihan karbohidrat daripada yang di syorkan
1. Anda masih mengambil berlebihan karbohidrat daripada yang di syorkan
Anda
harus berhati-hati dengan karbohidrat tersembunyi. Berhati-hati dengan salad
dressing, kekacang, sos,kicap, kuah atau gravy lamb/chicken chop, yong tau fu,
buah-buahan yang rendah karbohidrat,sayuran berkanji dan pemanis tiruan.
Lakukanlah ujian ketosticks secara kerap untuk memastikan anda tidak terlebih
mengambil kabohidrat.
2. Anda berlapar atau makan tidak tetap waktu
Sekiranya
anda berlapar badan anda secara semula jadi akan berhenti membakar lemak untuk
memastikan badan terus hidup lebih lama kerana badan anda fikir sudah tiada
makanan lagi untuk anda. Anda tidak seharusnya berlapar lebih dari 6 jam ketika
berjaga, makanlah 3 kali sehari atau lebih untuk memastikan badan anda terus
membakar lemak dan meninggikan metabolisma badan.
3.
Badan anda membakar lemak disamping membina otot
Sekiranya
anda sudah lama tidak bersenam atau anda bersenam buat pertama kali,
kemungkinan besar badan anda sedang membina jisim otot. Jangan panik sekiranya
jarum penimbang anda tidak menunjukkan sebarang perubahan kecuali anda
menggunakan alat penimbang yang mengukur komposisi badan. Anda mungkin dapat
melihat atau merasai perubahan bentuk badan anda atau saiz pinggang yang
semakin mengecil. Oleh itu disyorkan anda memilih senaman jenis cardio atau
aerobic bukannya senaman yang membina otot atau anaerobic.
4.
Anda mengambil terlalu banyak protin untuk satu masa
Anda
tidak seharusnya mengambil protin dengan banyak pada satu masa kerana jika
protin terlalu banyak badan kita juga boleh menukarkannya kepada tenaga dan ini
akan mengganggu pembakaran lemak. Cara yang terbaik ialah dengan makan dengan
saiz yang kecil tetapi kerap iaitu 4 atau 5 kali sehari. Anda juga harus cuba
makan dengan perlahan kerana otak mengambil masa 20 minit untuk menghantar ‘
Sign’ kenyang ke tubuh.
5.
Anda mengambil ubat-ubatan atau suplemen yang menghalang pembakaran lemak
Penurunan
juga mungkin akan menjadi agak perlahan sekiranya anda ada mengambil beberapa
ubat-ubatan dibawah. Carilah alternative bagi menggantikan ubat tersebut atau
rujuk kepada doctor anda.
Ubat untuk penyakit darah tinggi seperti deuratics atau dikenali sebagai beta blockers.
Ubat
hormon seperti Pil perancang kehamilan, Estrogen dan juga ubat pengganti hormon
yang lain (HRT - Hormone Replacement Therapie) seperti estradiol,estropipate
dan progestins.
Collagen-
minuman, pil, mandian atau sapuan (cream) yang mengandungi collagen mungkin
merupakan penyebab kepada penurunan berat badan perlahan.
NSAIDs
(Nonsteroidal inflammatory Drugs) yang biasanya digunakan untuk merawat sakit
kepala, kecederaan ringan akibat bersukan, dan Kesakitan ketika Haid. NSIDs
biasanya terdapat dalam beberapa jenis aspirin biasa kita gunakan.
Statin
atau ubat untuk megurangkan kolestrol.
Anti
depressant terutamanya SSRI (Selective Serotonin reuptake inhibitors).
SSRI
biasanya digunakan untuk merawat masalah kemurungan. Malahan ianya juga
mempunyai beberapa kesan sampingan seperti sakit kepala, cirit-birit, sukar
tidur, ruam dan menyebabkan kenaikkan berat badan.
-
Steroids seperti prednisone. Kita mungkin menggunakan ubat-ubat yang
mengandungi steroid tanpa sedari. Steroid biasanya terdapat di dalam bentuk
pil, cream, cecair, semburan atau lain-lain yang biasanya di gunakan untuk
merawat penyakit seperti, asthma yang teruk, alahan kulit seperti ruam, dan
keradangan usus.
6.
Anda kurang minum air kosong
Pastikan
anda minum sekurang-kurangnya 2 liter air kosong sehari. Air yang cukup
diperlukan untuk pembakaran lemak yang optimum dan perkumuhan pembakaran
ataupun ketone yang di keluarkan melalui air kencing. Kekurangan air akan
melambatkan pembakaran lemak dan menyebabkan penurunan mendatar.
7.
Sembelit
Sembelit
akan menyebabkan metabolisma menjadi rendah ini akan menyebabkan pembakaran
lemak menjadi perlahan. Anda boleh mengambil fibermax ( dari pengedar anda)
atau apa-apa jenis fiber atau physsilium Husk yang tidak berperisa ( boleh
didapati dari farmasi ) untuk mengatasi masalah ini. Atau anda hanya perlu
tingkatkan pengambilan sayur-sayuran hijau didalam menu anda.
8.
Haid atau period bagi wanita
Ketika
didatangi Haid tiada tindak balas kimia berlaku didalam badan dan tidak akan
membakar lemak.Jangan risau ini adalah normal dan badan anda akan kembali
membakar lemak selepas habis tempoh berdiet. Pastikan anda menjaga diet anda
kerana ketika tempoh haid badan akan ketagihan karbohidrat dan gula.
9.
Terlebih mengambil pemanis tiruan
Anda
mungkin sukar berhenti mengambil pemanis ketika permulaan berdiet. Pastikan
anda mengambil kurang dari 3 paket pemanis tiruan sehari kerana 1 paket pemanis
tiruan biasanya mengandungi 1 gm karbohidrat. Cubalah mengurangkan pengambilan
pemanis tiruan dan berhenti mengambilnya secara berperingkat.
10.
Anda mengambil Kafien
Assalam k.sham
ReplyDeleteInfo yang sangatbeguna, tksfor sharing..
Memang cukup mencabar k.sham nak diet nie..perlukan keazaman &juga enough knowledge..itulah kdg kita berdiet tp tak turun2 jgk berat...tuh yg tensionnyer..cuba low calarie diet k.sham to see the result..:)
Saya tidaklah memberatkan sgt isu diet kerana nak jaga badan lebih kepada diet utk kesihatan. Nasi saya akan ambik sekali sahaja sehari.
ReplyDeleteAlaikumsalam Ummu,
ReplyDeletePd K.Sham DIET ni sebenarnya very subjective. Ada orang nak kurus, ada org nak sihat, ada org diet sbb nak elak penyakit.
So terpulang la pd persepsi masing2.
Yg penting, dlm peringkat umur dah nak masuk -50- ni K.Sham kena la lebih jaga makan.
Especially bila sejarah kesihatan family K.Sham yg x begitu cemerlang.
Btw, thanks Ummu. Insya'Allah bakal dicuba jugak nnt tu.
Elok la mcm tu Jun.
ReplyDeleteros laaaa antara org yg selalu give up nak diet bila tgk penimbang angka tak berganjak…..btw k.sham, no 6 tu mcmana ksham nak overcome. heheh!!!!pepepun dr segi fizikal ksham dah balance (cun je body muuuuu)
ReplyDeletethanks Sham for sharing ... dah obese dah ni ... assalamualaikum wbt :)
ReplyDeleteRos,
ReplyDeleteK.Sham ni mmg jenis kurang minum air masak.. so susah sikit nak buang air besar. So, solution.. tepek detox la.
Kalau ikut family.. kami mmg semua big size + ada pakej.
Tak kurus mana pun tapi mungkin sbb di sini kami makan beras basmathi.. kurang kanji.
Alaikumsalam REAL,
ReplyDeleteSham hanya memanjangkan pesanan kawan.
Kalau ada yg berguna.. alhamdulillah..