Beautiful Friends

Monday, October 14, 2013

Tell & show.. Souk Juma'

Friday Market atau Souk Juma'.. hanya dibuka setiap Khamis malam hingga Sabtu malam setiap minggu. Namun atas sebab cuti panjang kali ini, ia dibuka sepanjang minggu.

Di sini terdapat dijual pelbagai barangan kelengkapan rumah.. termasuklah "barang" yang kami berhajat nak cari kali ni. Dengan 3 anak lelaki yang sedang aktif membesar di rumah, ada masa.. tertumpah.. tercurah.. terbuang dan segala yang ter-ter tu dah jadi perkara biasa.

Yang jadi mangsa.. apa lagi kalau bukan karpet di rumah. Jenuh sudah menjaga akhirnya "lunyai" plus "kepam" jugak. Dah tak larat nak menjaga akhirnya Cik Asben bagi green light untuk tukar hat yang baru. Suka bukan kepalang la Ibu.

Jom.. kita cerita sambil tengok gambar..

Ini sebenarnya pemandangan biasa sebelum sampai ke pintu masuk Souk Juma'. Tambah pulak dengan raya kurban yang hampir tiba so bilangan ternakan untuk kurban bertambah sekali ganda dari biasa.



Corak karpet yang kami cari.. sangat specific. Cik Asben suka sangat dengan corak-corak seakan-akan seperti di bawah. Tugas kami, cuma cari design yang dikehendaki dengan "warna" yang telah ditetapkan.









Tapi rupanya.. tugas Ibu bukanlah semudah yang disangkakan. Dengan pelbagai corak.. pelbagai warna as well as harga pun berbeza dari satu seller ke seller yang lain.. setengah hari pun tak selesai jugak. Mujur.. akhirnya pencarian kami berhasil jugak. Jumpa jugak akhirnya hat yang berkenan di hati Cik Asben.



Beginilah keadaan Ibu dan anak-anak. Mujur semasa gambar ini diambil.. tugas kami telah pun selesai. Cuma tunggu bayar.. bawak balik. Khalass..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...