Totally takda modal nak cerita.. so ari ni Ibu copy paste je la sikit-sikit dari mana-mana yang Ibu berkenan. Ada terbaca pasal "isteri bersolek" ni. Actually, rasa macam kena share la jugak kat sini.
Pada Ibu, sebagai
seorang wanita.. untuk kelihatan cantik sentiasa adalah lumrah. Islam tidak
melarang wanita untuk bersolek untuk kecantikan fizikal untuk tujuan yang
diharuskan syarat. Bahkan, bersolek hukumnya wajib jika untuk suami.
Tapi ianya adalah haram jika untuk diperlihatkan kepada lelaki ajnabi atau
untuk keluar rumah dengan mendedahkan aurat dan persolekan. Hukum hakam juga,
jika bersolek sehingga mengubah dan meminda kejadian Allah dan menyerupai
persolekan wanita jahililah atau tabbaruj jahililliah.
Tersebut di dalam kitab Al Wa'yul Islami bahawa;
"Ada pun perhiasan
atau alat kecantikan (alat solek) wanita selagi tidak mengandungi unsur-unsur
pemalsuan dan penipuan hukumnya adalah mubah (harus) bagi wanita tidak bersuami
dan tidak bertujuaan untuk menampakkan kepada lelaki yang ajnabi serta tidak
berlebih-lebihan dalam pemakaiannya. Akan tetapi apabila wanita itu bersuami
dan suaminya mengkehendaki ia bersolek untuknya, maka hukumnya wajib ia bersolek
untuk suaminya. Jika suaminya orang yang tidak suka isteri bersolek dan
berdandan dan ia melarang, maka haram hukumnya ia berbuat demikian, kerana
terjatuh kepada mendurhakai suami. Tapi jika suaminya diam, maka hukunnya harus
ia bersolek."
Sesungguhnya
menjadi seorang wanita ini bukannya mudah.. tapi ia juga bukan susah kalau
kita tahu cara yang betul untuk menjadi seorang wanita yang solehah. Sebagai
wanita dan juga seorang isteri, Ibu merasakan kecantikan mesti diutamakan
untuk kelihatan sentiasa menarik di hadapan suami. Bukan susah nak dapat
pahala.. dan senang juga untuk mendapat dosa. Ingat wanita adalah golongan yang
paling ramai yang menjadi ahli neraka.
Berhias
atau berdandan adalah sifat fitrah seorang wanita, di mana secara naluri para
wanita umumnya punya kecenderungan untuk tampil kelihatan cantik dan menarik.
Ini barangkali berhubungan dengan jiwa wanita yang suka pada keindahan dan
kebersihan. Naluri ini adalah karunian Allah yang harus disyukuri.
Betapa
tidak, barangsiapa yang menemui isterinya, lalu dia mendapati isterinya dalam
keadaan cantik dan menarik, bermakna si isteri telah menyenangkan suaminya.
Namun yang demikian, ini tidak harus ditunjukkan dengan “kecantikan”
semata-mata. Si isteri juga harus mampu menarik hati si suami dengan sikap
lemah lembut dan manjanya.
Islam
benar-benar mendorong kaum muslimah agar menjaga kecantikan dan kelembutannya.
Rasulullah SAW bersabda kepada Umar, “Maukah
kuberitahukan sebaik-baik simpanan seseorang? Dia adalah wanita salihah, iaitu
jika suami memandangnya, dia menyenangkannya.”
Dari
hadis Abdullah bin Salam, Rasulullah bersabda ”Sebaik-baik isteri ialah isteri yang menyenangkan kamu
bila engkau memandang (nya), dan taat kepadamu bila engkau menyuruh (nya),
serta menjaga dirinya dan harta bendamu di waktu engkau tidak berada
bersamanya.”
Oleh itu, berdandan untuk suami merupakan sebahagian dari ibadah. Sehingga
isteri kelak akan mendapatkan balasan dan pahala dari Allah di akhirat kelak.
Selain itu, dia akan mendapatkan kebahagiaan dan kepuasan dalam hidupnya bersama
suaminya.
Insya'Allah..
Insya'Allah..
bersederhana dalam kehidupan kita .. sekali sekala calit gak la lipstick bila dah nmpk pucat sgt.
ReplyDeleteMala,
ReplyDeleteBetul tu.. yg sesekali tu yg manis.
Tp jgn la pulak asyik dgn sluar track & tee dlm rumah.. maybe dia org tu x pandai nak komen. Tp dlm hati.. siapa yg tahu..
Salam Kak Sham
ReplyDeletearwah mak saya dulu suka bersolek walaupun kat rumah je..katanya nak Nampak kemas..memang betul pun, setiap hari saya lihat dia bersemangat ke menguruskan rumah tangga.
Alaikumsalam wbt LW,
ReplyDeleteIn our family circle ada 3-4 org yg mcm ni. Di rumah & luar rumah mmg sentiasa kemas & cantik. Bila ditanya, jawabnya.. to built self-confident + disiplin diri.
Thus, tak salah kita buat ELOK ni. Takda la asyik berkain batik, baju kelawar.. usahkan suami. sendiri pun jadi lemau.
Just ME..