Mahfum ayat:
Allah, tidak ada yang
benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa
mengantuk dan tidak pernah tidur, bagiNya sesuatu yang ada di langit dan di
bumi, tidak ada yag boleh memberi syafaat kecuali denga izinNya. Ia maha
mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka.
Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakiNya.
Lebih luas kerusinya dari langit dan bumi. Tidak susah bagiNya memelihara
keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.
Penjelasan:
Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas
Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan
beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya
suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangannya.
Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis
alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang
menjelaskan fadilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di
dalamnya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang
mempunyai martabat.
Perlu diingat, bukan yang dimaksudkan dengan
KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran
Tuhan.
Khasiat Ayat Kursi:
1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi
dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang,
setiap kali masuk kerumah atau ke pasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan
musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja
(pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan
binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak
nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
2. Terdapat keterangan dalam kitab
Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali
membaca sebanyak 18 kali, insya'Allah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan
dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya,
diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara
dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
3. Salah seorang ulama Hindi
mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat
Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan
Rasulallah s.a.w.
4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni
menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50
kali), ditiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka insya'Allah tuhan
mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi
selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya
ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan dan sesiapa yang
membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
6. Syeikh alBuni menerangkan:
Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka
insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan
segala hajatnya dan melapangkan fikirannya, diluluskan rezekinya, dihilangkan
kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
7. Barang siapa membaca ayat Kursi
ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama
tidurnya sampai pagi.
8. Abdurahman bin Auf menerangkan
bahawa, ia apabila masuk ke rumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru
rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
9. Syeikh Buni menerangkan : sesiapa
yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca ayat Kursi. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya
ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap k earah musuh, sambil membaca ayat Kursi
sebayak 50 kali, atau sebanyak 170 kali, insya'Allah musuh tidak akan melihatnya
dan tidak akan memudharatkannya.
10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul
Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali
dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi Al-Quran
yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang
dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)
No comments:
Post a Comment