Beautiful Friends

Friday, January 25, 2013

Jom berangan..


Dialog suami isteri di dapur

Isteri : Aih? awal bebeno abang balik hari ni?

Suami : Mestilah, kan abang dah janji nak tolong Humaira masak hari ni kan? hari ni kita nak masak ape ye?

Isteri : Kita masak tomyam lah! mesti syok gile.. ok tak?

Suami : Beresss! tomyam nak yang pedas.. meletuppp punya!

Isteri: Hehe.. terima kasih abang sebab selalu tolong Humaira masak kat dapur ni.

Suami : itu dah jadi salah satu tanggungjawab abang untuk membantu isteri kat dapur. Takde hal la...hehe.


Ini sebenarnya cuma petikan dialog yang Ibu jumpa di wall seorang sahabat. Tak tahulah sejauh mana kebenarannya. Cuma pada Ibu, menolong si isteri tidak perlu hanya dengan memasak bersama di dapur. Ia jugak boleh dilakukan dengan tugas-tugas lain seperti cuci toilet, melipat kain, buang sampah (banyak yang boleh ditolong sebenarnya).

At the same time, membantu anak-anak melakukan revision, homework dan sebarang tugasan yang berkaitan dengan pelajaran jugak sebenarnya sebahagian dari tugas rasmi si isteri.

Maka, tak perlulah be so typical hanya dengan membantu "di dapur". Be more creative. As long as ia boleh meringankan tanggungjawab si isteri.. why not.

As for the wife, janganlah pulak demand sangat. Kita tak tahu macam mana keadaan suami kita semasa di tempat kerja. Tambah dalam keadaan sekarang, ada masa kita terpaksa redha dengan apa yang ada. Believe me, the moment you sign your resignation letter, beratur lagi yang nak that said position.

So, compromise. Tak puas hati, cakap elok-elok. Jangan la main perli-perli or jerit-jerit dari dapur. Bad example for the children as well as "buku akaun sebelah kiri".

Enough said..

BTW, mi hailam tu menyampaikan hajat Amsyar malam tadi. Dia teragak nak makan. So sebelum dia pi Solat Jum'ah tadi, Ibu sempat la jugak buat untuk dia. Khalass sehingga ke titisan kuah yang terakhir. Alhamdulillah.. 

p/s;
This reminder goes to ME too..

3 comments:

  1. Bila baca entri ini, agak melegakan juga hati saya. Sebab ada ketika saya malu nak citer kat orang, betapa MyToklaki sangat rajin menolong saya, such as, dia paling rajin sapu sampah, mesin kain baju, mengemas, cuci bilik air.. masak pun kadang boleh harap jugak la.

    Mee Hailam tu menggiurkan, esp bab telur yang separa masak tuh!

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Sham,
    saya tak boleh lupa style arwah bapak saya, dia rajin kukur kelapa kalau mak nak masak gulai.
    Paling saya kagum, dia basuh baju dan seluar dia sendiri...alasannya tak bagi mak saya basuh, katanya tak bersih..sebab seluar dia adalah Levis 501 ori punya..hehe..tu jer alasan dia..walhal dia takut rosak..lagi pun seluar tu macam belulang bila basah..payah nau nak berus..zaman saya kecik2 dulu mana ada mesin basuh kan..
    Tu pun kira dia dah banyak tolong mudahkan keje mak saya..

    La ni..ada ke lelaki macam tu...hmmm..

    ReplyDelete
  3. Azie,
    Tak yah nak segan. Itu rezeki Azie sebenarnya. Sbb rasanya susah jugak nak jumpa suami mcm tu hari ni.

    p/s;
    Tang telur tu.. mmg itu pun favourite dia. Segala benda.. telur mata, telur dadar, telur hancur, telur gulung.. segala jenis telur..


    Alaikumsalam wbt LW,
    Ayah K.Sham pun sampai hari ni masih cuci & gosok baju dia sendiri. Dia kata Omak buat semua cincai walhal sebenarnya dia xmo menyusahkan Omak K.Sham. And jugak sebenarnya Ayah tu jenis kalau dh sayang sesuatu, mmg dia jaga sampai lunyai. Tambah pulak bila dia dh pencen, Omak yg kena urus segala hal financial. So, in a way.. dia mmg xmo menambahkan tugas Omak la.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...