Beautiful Friends

Friday, February 28, 2014

Robocop in Kuwait..

Khamis malam Jumaat. Kebiasaanya ada KAFA untuk anak-anak Malaysia kelolaan Perwakilan Wanita Malaysia-Kuwait. Tapi minggu ni kelas direhatkan atas sebab semua ustaz takda di sini. Semua pi umrah. Ada yang atas tajaan Masjid Kabir Kuwait and ada jugak yang pergi atas tajaan badan-badan kebajikan yang lain. And ada yang lagi bernasib baik dapat pergi naik flight... and the rest naik bas. Thus semua ditanggung beres. Visa.. tempat tinggal.. errr.. bab makan Ibu tak sure pulak.

Yang Ibu diberitahu.. semua pelajar Kuwait U (Malaysian) dapat pi umrah kali ni. Rezeki tu babe. Alhamdulillah..

And semoga adik-adik kita tu mendapat umrah yang mabrur serta barokah.. insya'Allah..

And dah macam tu.. since kami pun tak cukup korum untuk badminton.. makanya.. buat hal masing-masing jer la..

Dah macam tu.. apa lagi.. since Jumaat and Sabtu ada kelas karate pulak.. kami layan tengok wayang jer la. Dah dua minggu berturut dia orang ni layan kartun so kali ni Ibu request (kalau nak Ibu tag along) please la.. tengok cerita lain pulak. Conclusion.. (lepas ding-dong-ding-dong) kami layan cerita Robocop.

Tak tau la how about others.. but secara konklusif nyer (kami anak-beranak) errr.. macam tak berapa nak umphh sangat la. Arif sampai nak tertidur dalam panggung sebab cerita a bit slow. But as I said.. itu pada kami la.. orang lain.. entah laa..

Robocop tak siap make-up lagi.. Pokcik Kelawar jer yang ada malam tadi..

Lepas tengok show.. semua lapar. Dah jam 10.00 malam pun so direct kami tuju ke kedai Siam kat Kuwait City (kami cuma ada 1 jam saja before kedai tutup). Dalam kereta dah mind-set tang apa yang nak dimakan. And my choice was..

Selera tak berapa nak mari.. at last pilih fish-ball noodle soup jer..

Habis makan kena rush balik pulak. Standard la.. malam minggu kan.. nak ngelak jalan jem.. And nak berebut parking pulak. Sebelah building kami ada gym untuk lelaki. Biasanya malam minggu ni dia orang akan datang suka-suki tumpang parking kami.

Yang tak syok tu.. 2 parking lot.. untuk sebiji kereta. Bukan sebab kereta dia orang besar (memang besar pun). Setakat H2 and H3 tu.. bersepah jer. Tapi sebab jenis yang tak reti tak parking elok-elok ni.

Errr.. bukan Kuwaiti.. sebab kut locals.. dia orang tak main la lepak kat situ.. (gym cikai jer). Paling kokak pun dia orang akan lepak gym seberang jalan rumah Ibu. Yang itu complete A - Z. Membership pun jenis yang cecah satu session cecah RM20,000 setahun.

Habis dah.. dah cerita tu jer.. have a nice weekend everybody.

Ilal liqa'

Tuesday, February 25, 2014

25th February & our lunch treat..

Ari ni Kuwait cuti.. its 25th February.. Liberation Day babe. Tapi Iraq tak cuti so Cik Asben terpaksa on stand-by mode. Apakan daya. Dah tu lunch kita lepak kat rumah je la.

So for lunch.. takmo masak macam-macam.. 



Ibu pulak semalam goreng sardin saja. Bila dah semua REJECT.. semua tak kena.. itu tak nak makan.. ini tak nak makan.. solution.. 
 
Buat pedas-pedas then perah sikit asam limau.. khalass..


Meh.. ni Ibu nak share sikit. Tho this doesn't portray the real life of the "majority" here in Kuwait.. tapi for those yang memegang kerakyatan "Kuwait".. yes.. And tho its very "duniawi".. nak buat macam mana.. dah life dia orang memang macam tu..

So silalah clik on the video kalau nak tahu lebih lanjut..

Monday, February 24, 2014

FREE KUWAIT

Esok Kuwait raya.. liberation day la. Kira macam hari merdeka jugak la. Dah tu.. hari ni kira macam "hari bantai" la kalau di N9.

Dah tu.. semua sekolah dibenarkan dan digalakkan untuk adakan sambutan mengikut cara masing-masing. Tapi biasanya setakat makan-makan and pakaian beragam la.

Unlike anak Ibu yang 2 tu.. Arif very excited (maybe sebab still tadika lagi kan). Hari ni he got to wear his baju raya. Well.. that's what we call it.



Mula ingat kita orang selamat dah dari kena mencari baju raya tapi balik dari sekolah semalam dia kata "Ibu.. teacher suruh pakai baju Kuwait". Aduhaiiii..

So.. malam tadi mula la operasi mencari. Senang jer nak cari sebenarnya.





Ini baru satu kedai.. sebenarnya SATU Kuwait dah macam ni for the past almost one month..


Yang ini pulak gaun anak dara kawan Ibu. Unlike boys.. pilihan untuk the girls lagi meriah sebenarnya. Dari segala eksesori.. macam-macam.

Btw.. demam baju raya ni bukan setakat hari ni or esok sahaja. Kalau pi jalan-jalan kat mall or whatever.. ada je pemandangan yang macam ni..

Sunday, February 23, 2014

Orang memberi.. kita merasa.. lepas tu pandai-pandailah beli jiwa..

Remember.. tu hari kan ada Ibu cerita pasal ada kawan yang balik Tanah Malaya and Ibu berkirim bunga kantan dengan dia.. yeayyyyyyyy.. alhamdulillah. Ni laa hasilnya.

Walaupun tak seberapa.. as desperate people as I am.. ini pun dah cukup bagus. And being me.. lepas jer dapat stok yang cukup "berharga" macam ni.. mula la dengan aktiviti mem-packing in small packets. Senang nak guna masa nak masak nanti.


Bunga kantan ni pun senang nak maintain. Simpan je dalam fridge.. insya'Allah tak rosak. Setakat ni.. yang hat April tahun lepas pun masih okey lagi. Tang warna tu.. memang la tak semerah yang dalam bakul ni lagi tapi bau nyer.. masih kuat. Thus rasa nyer pun tak berkurang.

dok rumah dendiam.. pack all those bunga kantan into these small packets..

Tunggu masa nak guna jer.. Biasanya sepeket tu ada 4 kuntum bunga kantan. Cukuplah untuk sekali masak.

Btw, yang dalam gambar tu Ibu nak pass ke kawan. She make a really good paste untuk ikan bakar tumis. And biasanya dia akan boh sikit bunga kantan.

And kita pun bila orang dah hulur tu pandai-pandai la beli jiwa kan. So semalam.. Ibu jemput Si Polan datang rumah for lunch. And the treat was..




Dah Si Polan takmo duit.. kita belanja je la dia makan.. kira aci la kan.. halal dunia akhirat.

Saturday, February 22, 2014

Spring is in the air.. bbq time..

Cuaca makin panas.. secukup rasa. Tapi pada Ibu.. masih kira sejuk la jugak. Then kebetulan minggu ni ada majlis "membakar", kira okey la sangat. Memang dah patut pun kami keluar dari hibernasi.

Unlike others.. family Ibu memang jarang keluar sangat during winter. Tak tahan sejuk. Well.. at least.. Ibu la.







Menu wise memang cukup simple. Segala yang boleh dibakar. Bab marinate pulak.. siap-siap upah ke kedai. Khalass..

Tak perlu risau dah pasal rempah.. pecencah and segala yang patut.

Sebenarnya ini majlis anjuran Persatuan Rakyat Malaysia di Kuwait. Pada anak-anak.. ini peluang berjumpa kawan-kawan. Pada the parents pulak.. peluang berjumpa dengan kawan-kawan senegara yang lain. Maklum saja.. walaupun Kuwait ni kecik jer (dalam besar negeri Selangor) tapi atas tuntutan kerja.. bukan selalu pun dapat jumpa yang lain-lain tu..


Rasa macam kurang sifat kalau pi rumah orang tangan kosong. So.. Ibu buat mi goreng mamak. Cuma Ibu buat "lembab" sikit. Kira aci la tu kan.

Friday, February 21, 2014

Ikan bakar & pucuk pegaga..

Dah lama jugak Ibu mencari.. berkirim ke kawan.. asyik salah hari.. jenguk ke bakalah.. asyik habis. Mujurlah budak kedai yang baru ni kurang memory loss sikit. Siap hantar ke rumah. Akhirnya 2 cekak pucuk pegaga sampai depan pintu.

Adatlah.. bukan semua orang makan pucuk pegaga ni. So kena cari kat area yang ramai masyarakat India. Dia orang makan jugak ulam ni. Siap buat kerabu.


Selain dibuat ulam, Ibu suka jugak campur dalam kuah masak lemak cili api. Nak buat macam mana.. dah macam tu cara Ibu diajar. Omak sey selalu masak macam ni. So now.. menurun ke Ibu la pulak.

Cara masak - sama saja. Lepas dah masak kuah.. masuk ikan.. then masuk ulam pucuk pegaga. Cuma biasanya Ibu prefer bakar dulu ikan tu. Entahlah.. rasa lagi sedap la pulak kalau macam tu.

Meh.. Ibu nak share sikit khasiat pucuk pegaga ni..

1- Pengubati penyakit kencing manis
2- Airnya boleh digunakan bagi mengubati vagina yang gatal
3- Mengawal darah tinggi
4- Mengurangkan paras gula dalam kencing

And many more.. nanti-nanti ada rezeki.. kita share la..

Ilal liqa'

Thursday, February 20, 2014

Masa untuk makan ubat..

Dah lama tak masak lemak tempoyak. And the only ikan yang sesuai for this purpose cuma ikan talapia saja. Well, at least di rumah ni la. But.. unfortunately cuma Ibu, Cik Asben and my Cinonet si Arif saja yang appreciate a dish like this. The other two.. lagi sanggup makan meggi.

Amsyar - sebab dia tak suka those daun kunyit yang Ibu boh skali dalam masak lemak ni.
Haazem - biasa laa.. VEGETABLE IS VERY UNHEALTHY WITH ME.. and anything yang hijau masuk list VEGE to him..


Minggu ni jugak dah banyak sangat kami dok teguk air manis.. teh tarik.. teh buah (memang manis).. not to mention "air gas" (air botol la tu)..

So solution paling cepat nak cuci kencing..


And biasanya.. it works..

And this week.. more of those yang "pahit" coming into my kitchen.. nanti ada rezeki Ibu tunjuk..
 


Tuesday, February 18, 2014

Hantu raya.. or hantu rayau??

ME.. bukan spicis yang mesra alam sangat. Once.. tried too but ended as a total catastrophe. At last.. better jadi ME again.

Duduk ramai-ramai dengan satu bangsa sendiri memang bagus. Especially whenever we are in need. Duduk merantau.. jauh dari keluarga.. maka kawan-kawan la yang jadi ganti saudara. Yang bernasib baik.. alhamdulillah.

Unlike me.. mungkin sebab Ibu jenis "yang plain boring", menulis di blog pun keras kejung macam buat karangan sekolah. Entahlah.. in real life rasanya Ibu bukanlah macam tu sangat. Tapi anak-anak memang kata Ibu ni sama macam Kak Ros "Upin Ipin". Entahlah..

Nak gelak.. nak sembang.. okey jer.. tapi bila dah tiap hari melangok kat rumah orang.. well.. Ibu mula jadi rimas.

Tapi teknologi hari ni tak perlu berziarah ke rumah kawan.. memadai dengan chat, wassup, etc.. kejap je cerita satu dunia sampai ke kita.

And for the same reason.. recently ada sorang adik ni tanya ke Ibu.. Kak Sham ada ke pi rumah Si Polan recently? Me jawab.. laa.. bila pulak akak sampai ke sana? Then cerita tambah jadi hangat siap dengan bukti printscreen and "segala".. diselangi dengan KONONNYA..

Terlebih sangat mesra alam.. sampaikan mulut tersasul mereka cerita yang tak wujud.. cerita yang tak benar.. ada saksi ke.. ada bukti ke?

My advice pada si adik.. itulah akibatnya kalau ada banyak sangat masa lapang sampai tak reti apa nak buat dah. And Ibu tambah.. lain kali kalau Si Polan bertanya lagi.. just kata "Ya.. Kak Sham ada datang tu hari.. cuma yang datang tu bukan dia.. tapi...".



P/s;
Untung yek Ibu.. famous kejap..

Saja suka.. takda kena-mengena pun..

Sunday, February 16, 2014

Tepung magic??

Masak tetap masak..

Amsyar berhajat nak makan peria goreng tepung. Senang sangat la pulak request kali ni. Okey.. so kebetulan ada sebiji peria dalam fridge.. thus.. kita buat la apa yang patut.

Inilah hasil selepas peria tu diporong serong and then dicelup dalam "tepung magic".


Actually, Auntie Ayesha (emak Bobby) yang rekomen tepung ni. Tak payah nak fikir telur sebiji ke.. tepung gandum ke.. serbuk kunyit ke.. garam ke.. semua dah complete in one packet. Cuma bila nak guna boh tepung and tambah air sikit. Beress..


Selain dari peria.. boleh jugak kalau nak buat terung goreng tepung.. sotong.. udang etc. Memang senang sangat la..

Friday, February 14, 2014

Ikan bakar tumis petai.. ala-ala Ikan Bakar Ana, Kuantan

Last two years.. kami pernah makan at Restoran Ikan Bakar Ana, Kuantan. Tak tahu nak makan apa so kami serahkan semuanya to our host. Kira macam our tour guide la jugak.. merangkap "jejak kasih".

Then our host ordered "ikan bakar" ni. Siap ada petai.. sambal tumis segala. Well it was our first time. Tak tahu what to expect. Well.. it turn out very nice. Sedap. Tapi takkan la Ibu nak tanya tukang masak tu macam mana nak masak kan.

So recently.. teragak punya pasal.. Ibu just try and error jer laa. Alhamdulillah.. the result.. cuma tinggal tulang.

Ini rupa ikan yang dah selamat dibungkus and sedia untuk dibakar..


Anyway.. this is my version of ikan bakar tumis petai. Cuma Ibu tak bakar tapi guna oven saja. Nak cepat kan. And Ibu masak dalam aluminium foil plus lapik dengan daun pisang. Nak jugak dapat bau sikit.

Kut ada yang nak try.. ini version cara Ibu masak.

Very simple.. tumis bawang merah and bawang putih. Tunggu naik bau then masukkan cili boh (cili blend) then bila dah terbit minyak.. masukkan daun limau purut. Ibu tambah petai and bawang besar yang dah dimayang sedikit tebal.

Perasakan dengan sedikit gula and garam. Setel.

In the mean time, ikan tu Ibu dah lumur dengan sedikit garam.

Bila sambal tumis tu dah sejuk.. Ibu apply pada ikan tu. Bungkus (macam dalam gambar). Then masak dalam oven. Beressss..



Btw, itu gambar Ibu and our host masa makan-makan di Restoran Ikan Bakar Ana tu.

Thursday, February 13, 2014

Sotong goreng kunyit.. the recipe

Assalamualaikum all,


Atas permintaan kawan-kawan..

Bahan-bahan
Sotong (also applicable to daging, fillet ayam dan udang)
Cili merah- dipotong serong
Bawang besar - dimayang
Serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk memasak (standard la kan)

Cara-cara
Bersihkan sotong dan potong mengikut cara masing-masing.. no restriction.
Toskan dan gaulkan dengan serbuk kunyit.. hat kuning tu ikut la banyak mana sotong kita tu... adjustable.
Kemudian terus goreng kosong dalam kuali (untuk keringkan air sotong).
Selepas agak-agak air sotong tu dah kering, boleh la masukkan sedikit minyak.
Masukkan bawang besar yang telah dimayang bersama dengan cili merah.
Perasakan dengan garam.
Gaul sebati.
Setel dan sedia untuk dihidangkan.

Note :
Tapi ada orang tanya.. macam mana nak buat sotong tu lembut. Biasanya Ibu takkan tunggu sampai air sotong tu kering. Kalau tak nanti, sotong tu kecut sangat and liat. So, bila agak-agak sotong tu dah separa kering.. toskan air sotong tu and ketepikan.

Panaskan minyak.. goreng kacang, bawang merah or apa-apa jer la yang kita suka.. then masukkan semula sotong yang kita dah goreng tadi. Adjust garam jika perlu. Khalass..

P/s;
Dalam gambar tu.. Ibu tak guna kacang but instead.. asparagus.. kacang dah habis la pulak..

NO Valentine Day..

Always.. forever.. love them.. fresh flowers..

Kat sini sepasu macam ni plus minus.. RM100.00. Tapi tengok kedai.. tengok tempat jugak. Macam area yang Ibu tinggal ni memang semua orang di sini tau bunga memang murah. Maybe sebab tak ada ada klinik or hospital near by. Unlike others.. as long as ada "orang sakit", sure harga bunga "kebaboom".


Kalau budget Ibu yang setakat RM100 tu.. takda apa la kat sini. Tak sampai 10KD pun (dah duit dia orang besar kan).


Tho memang rasa rugi.. tapi sebab dah cantik punya pasal.. sesekali tu.. Ibu redha saja laa..


And.. di Malaysia rasanya bahang Valentine Day sure dah terasa ni. Harga bunga sure naik gila-gila ni.


While di sini pulak harga bunga masih sama. Tak terjejas langsung dek sambutan Valentine Day.

Reason : gomen dah kata.. dilarang menyambut Valentine Day.

Sama jugak dengan larangan bermain bunga api semasa setiap hari perayaan bangsa yang tertentu. Sama jugak dengan larangan menghias sebarang premis perniagaan dengan sebarang unsur atau tema yang berkenaan dengan bangsa atau agama yang tertentu. Contoh : Christmas Day.

Like recently.. during Halloween Day.. memang langsung tak dibenarkan sambutan oleh mana-mana sekolah (especially British and American). Tapi biasalah.. ada jugak yang kurang mendengar arahan. Private party pun sama jugak. Mana-mana yang leaks to security department.. silap-silap boleh kena heret to court.

Example masa Deepavali last two years.. ada la yang kurang mendengar kata. Mabuk (samsu sendiri bikin) plus main mercun. At last kena post balik India. Macam tu la strict nyer security department di sini.

So.. dah dok menumpang kat sini.. pandai-pandai la bawak diri ya..

P/s;
After all.. dalam Islam mana ada Valentine Day kan..






Wednesday, February 12, 2014

Ikan bakar.. adjust sendiri..

Ada masa sampai jugak tahap tepu kan.

Langsung tak boleh fikir apa nak masak. Kut tak pun terlebih idea nak masak sampaikan satu pun tak menjadi. Tapi kali ni kes langsung tak ada idea nak masak. So solution.. kita buat ikan bakar je la. Lepas tu ikut suka la nak gaya macam mana pun. Nak cicah dengan cili kicap ke.. makan dengan kicap manis saja or just plain ikan bakar.


Side dish.. ada la goreng sayur kacang sikit. Jangan langsung tak ada vege kan.

Btw.. Ibu guna ikan tenggiri.. my boys kurang rajin nak buang tulang ikan. Kut biasa tu kalau bakar ikan terubuk.. dia orang makan jugak tapi jenuh la kita orang tolong scan tulang ikan untuk dia orang. Makan tetap makan. Rugi la kan kan..

Nak cerita itu jer.. khalass..

Tuesday, February 11, 2014

Asam pedas.. stok bunga kantan dah kritikal!!!

Bunga kantan.. ada kata busuk.. ada kata wangi.. ada suka and ada jugak yang tak suka. Selama ni stok yang Ibu bawak ke sini pun cukup-cukup jer. Sebenarnya.. tak banyak mana pun. Sebab macam kurang sambutan.

Tapi kan kan.. off-late ni Amsyar dah pandai pulak appreciate the usage of bunga kantan dalam masak asam pedas or masa buat laksa sardin (version orang malas kan). Dia kata lagi sedap.. lagi wangi.. aduhai anak oiiii.. baru  tau ke??

Makanya.. tahun ni stok bunga kantan kami laju semacam la pulak. Kut dulu cukup penampung sampai cuti summer.. kali ni.. entahlah..


Tapi masak tetap masak.. bunga kantan tetap terjun dalam masak asam pedas Ibu. Selagi ada stok.. kita boh la.. Dah abis nanti.. kita ikhtiar la cara lain pulak.

Sementara tu harap-harap "kawan" yang masih bercuti di Malaysia tu janganlah lupa pulak kiriman Ibu.

Btw.. try jugak kirim ngan Bobby.. tapi dia kata.. market pun takda stok sekarang ni.

P/s;
Pernah dulu Bobby bagi hat yang macam ni.. aci tak??

Monday, February 10, 2014

INAI atau TATU??



Never like them.. and bukan budaya or adat orang Melayu pun. Seingat Ibu.. kalau orang Melayu "berinai", biasanya hanya di bahagian kuku sahaja or at least hujung jari. Tapi sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan. Entahlah..

Pada Ibu (my personal opinion) nampak macam serabut la pulak tengok. Kulit cerah or dark.. dah elok-elok bersih.. pi pulak conteng macam tu.

Some might say art.. seni.. cantik.. entahlah.. for me still.. macam comot jer..

Btw.. mari kita sama-sama fikirkan hadis Nabi ini :

Dari Ibnu Umar ra katanya:
“Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”. (Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda :
“Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”.(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)

While.. Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz :
“Inai berukir ala tatu tak boleh. Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”

Sudah terang lagi bersuluh.. wallahu’alam.

Saturday, February 8, 2014

Last badge.. anak Ibu dah besar..

At last..


Selepas jenuh dok ding-dong-ding-dong.. Arif hari ni officially enroll karate class just like his 2 other brothers. Lega la sikit kita orang. Bukan la "wajib" pun.. tapi at least untuk self-defence.

Anak-anak Arab (mostly) buas-buas belaka. Lagi pun dah anak jantan kan. Tambah pulak.. pada Ibu elok jugak kalau dia orang ni ada exercise sikit. Bukannya ada main yang lain pun (yang lasak-lasak la). Unless hari Khamis lepas kelas KAFA or main badminton (join the adults).

Anyway.. itu anak-anak kita orang la. Anak orang lain.. lain la caranya..





Lepas karate.. kena rush pulak ke sekolah Amsyar. Ada Parents Teacher Meeting. Memang wajib kena attend la. Time ni jer la nak tau progress anak-anak. Unlike Haazem and Arif.. sekolah dia orang cuma walking distance dari rumah.. so Ibu anytime boleh jumpa cikgu dia orang.

Kebetulan.. ada science exhibition kat sekolah Amsyar. Ibu minat sangat la benda-benda macam ni. At the same time.. tengok-tengok apa yang patut. So next time kalau budak-budak ni kena buat projek.. boleh la pinjam idea.



Under sea projects. Projek anak-anak dari kelas 2. 

Sedia maklum.. di sini.. projek anak-anak.. bibik-bibik yang selalu jadi mangsa. Bukan the parents ya.. tapi.. "orang gaji". Most of the orang gaji di sini especially yang "Pinoy" semua ada cert. As in.. degree. Tapi dah kat negara dia orang kan kerja susah.. tu yang merantau sampai ke sini. Tapi bila dah ada cert tu.. range gaji pun lain la sikit. And dia orang ni pun mana-mana yang ada qualification tu.. biasanya akan jadi Nanny pada keluarga yang berada jugak la. Ni cerita bibik kat sebelah rumah Ibu la.


Spring - Class 4


Jungle - Class 1


Winter - Class 3


Tapi yang paling penting.. notice board. Yang ini memang wajib tengok. Time ni jer la nak tau progress sekolah. Kat sini (mana-mana pun sama kut).. sekolah pun kena scan. Dah banyak sangat private school kan.

Pada Ibu.. walaupun ada cakap-cakap sumbang tang bab hantar anak ke sekolah "Pakistan".. but we have our own stand. Anak kami.. biarlah kami yang mencorakkan.

At the same time try jugak risik-risik kut ada peluang nak pindahkan Haazem ke sekolah ni. Dari Class 2 sampai Class 5 semua dah penuh (Haazem next term dah Class 5). Sekolah Amsyar ni memang strict sikit. Nak masukkan adik-beradik pun bukan setakat kena interview saja.. report card pun dia orang nak tengok. Then kut ada recommendation dari other clubs pun dia orang nak tengok. Macam tu sekali susahnya nak daftar masuk.

Antara sebab sekolah ni jadi tumpuan;
1- Ada IGSE - memang almost every year result IGSE maintain top 5 across Kuwait.
2- Cikgu semua ambik berat pasal students. Setakat mak bapak nak cari gaduh ngan cikgu pasal ANAK MANJA.. wrong school la babe.
3- Principal - memang "terbaik". "Wasta" (kabel/bawah meja) tak main haaa.

Kita orang pun try jugak tadi (untuk Haazem).. and jawapan.. 
"Please come at 6.45am on 4th March for early registration. We shall sent you a letter for any appeal cases".

Aiyooooo!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...