Beautiful Friends

Tuesday, March 3, 2015

Blue Mosque - Istanbul

Assalamualaikum all,

Hari ketiga..
Masih lagi dengan ribut salji.
Belum jugak ada tanda-tanda cuaca nak berubah. Dah jadi macam ni.. susah jugak kami nak pi ziarah. Especially bila dengan askar-askar yang asyik ngadu.. tangan dah kejung.. muka perit.. not to mention.. bergerak pun jadi susah jugak.


So solution kita naik tram sajalah.
Perkhidmatan tram di Istanbul ni sudah ada sejak dari tahun 1872 lagi. Nak tahu lebih lanjut.. boleh jer skodeng and baca di Tok Wi. Macam-macam boleh tahu..

Back to our story..
Naik tram ni macam ni naik komuter kat Tanah Malaya saja. Sedikit berbeza.. kalau kita di sana ada annoucement di setiap station.. tram di Istanbul ni tak ada pulak macam tu. So setiap masa kita kena alert la mana nak turun.. mana nak berhenti.

Dah memang kami saja pilih nak dok kat area Sultanahmed ni.. sebab kemudahan tram ni la jugak. In case kalau kes-kes macam ni la. Tak dapat jalan kaki.. tram ada.

Hari ni.. plan nak pi ziarah Topkapi Palace. Sedikit nasihat.. bila dah pi berjalan ni.. sebaiknya kita kena 'alert' dengan timing. Kalau tak ikut jadual yang kita sendiri set kan.. so benda-benda lain akan effect jugak.

Kisahnya.. sampai-sampai di pintu masuk Topkapi Palace, dah masuk waktu zohor. Eloklah pi selesaikan hutang dulu. Takut nanti ralit dok dalam tu.. terlepas waktu solat pulak.


Tak sempat masuk.. cuma sempat ambik gambar kat pintu masuk saja.

And kesudahannya.. memang kami tak sempat nak pi ziarah pun. Ribut salji sepanjang hari.

Untuk solat zohor.. kami pilih solat di Masjid Biru saja. Rugi la kalau dah sampai ke Istanbul tapi tak dapat solat dalam masjid tu.

And sebenarnya untuk entri kali ni.. Ibu nak cerita pasal Masjid Biru saja.








And peluang ni kami ambik untuk berekperimentasi..



Selesai solat zohor.. kami teruskan dengan aktiviti menembak. A bit unfortunate untuk pelawat wanita.. kawasan melawat sedikit terhad jika dibandingkan dengan pelawat lelaki. And cuma setakat ini sahaja yang dapat Ibu kongsikan.




FYI..
Masjid Biru jugak dikenali sebagai Masjid Sultan Ahmad. Untuk rujukan.. boleh jer tanya Tok Wi.



Replika penuh Masjid Biru yang terdapat di luar masjid..

Antara papan kenyataan yang terdapat di luar masjid..

Alhamdulillah sempat jugak Ibu solat satu waktu di Masjid Biru ni. Rasa tak ralat la walaupun terpaksa melepas masa lawatan ke Topkapi Palace. 'Kakak Kembo' anytime nak datang ziarah babe.

And memandangkan waktu ziarah dah hampir tamat.. kami rush pulak ke Hagia Sophia Palace yang terletak hanya bersebelahan dengan Masjid Biru. Yang itu.. kita sambung in another entri la ya.

Tak pandai nak cerita panjang-panjang ni..

Okey then.. insya'Allah kita sambung lain kali.

Ilal liqa' friends..

4 comments:

  1. Masjid Biru menjadi antara tempat tarikan pelancong kalau pi ke Istanbul... Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. Betul tu Jun.
    Ingat Turki.. ingat Blue Mosque.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Insha Allah saya akan ke Istanbul minggu depan. Ada niat untuk solat di Masjid Biru juga. Nak tanya, tempat wudhu tu memang sekali dengan jemaah lelaki eh? Hihi thanks in advance.

    ReplyDelete
  4. Alaikumusalam Bibie,
    K.Sham mintak maaf sgt sbb x dpt nk jawab soalan tu. Kami sebetulnya mmg dah siap2 dgn wudhu masa solat di sana.

    Tapi di sekeliling Masjid Biru mmg byk kemudahan tandas awam. Semuanya bersih2 belaka.

    Insya'Allah semoga Allah permudahkan urusan Bibie di sana nnt.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...