Precious Friends

Thursday, February 13, 2014

Sotong goreng kunyit.. the recipe

Assalamualaikum all,


Atas permintaan kawan-kawan..

Bahan-bahan
Sotong (also applicable to daging, fillet ayam dan udang)
Cili merah- dipotong serong
Bawang besar - dimayang
Serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk memasak (standard la kan)

Cara-cara
Bersihkan sotong dan potong mengikut cara masing-masing.. no restriction.
Toskan dan gaulkan dengan serbuk kunyit.. hat kuning tu ikut la banyak mana sotong kita tu... adjustable.
Kemudian terus goreng kosong dalam kuali (untuk keringkan air sotong).
Selepas agak-agak air sotong tu dah kering, boleh la masukkan sedikit minyak.
Masukkan bawang besar yang telah dimayang bersama dengan cili merah.
Perasakan dengan garam.
Gaul sebati.
Setel dan sedia untuk dihidangkan.

Note :
Tapi ada orang tanya.. macam mana nak buat sotong tu lembut. Biasanya Ibu takkan tunggu sampai air sotong tu kering. Kalau tak nanti, sotong tu kecut sangat and liat. So, bila agak-agak sotong tu dah separa kering.. toskan air sotong tu and ketepikan.

Panaskan minyak.. goreng kacang, bawang merah or apa-apa jer la yang kita suka.. then masukkan semula sotong yang kita dah goreng tadi. Adjust garam jika perlu. Khalass..

P/s;
Dalam gambar tu.. Ibu tak guna kacang but instead.. asparagus.. kacang dah habis la pulak..

6 comments:

Irfa said...

mmg ada yg goreng sotong jd liat
sotong ni xleh goreng lama, ala2 masak je.. baru sedap kunyah
akak buat saya lapar lah

t.a.t.a said...

Alaa kak. Laa ni jam 3.05 petang tau. Saya belum makan lagi. Tengok sotong akak sedap nya rasa.


Lapar ni.

Shamsiah Abdul Rahman said...

Irfa,
Dulu masa first time masak.. sampai kecut Sham goreng. At last kena berguru jugak dgn Omak. Baru tau..

Sorry la Irfa.. pi la turun kat food court kejap.. cari apa yg patut.

Shamsiah Abdul Rahman said...

TATA..
Sorry ya.. ni menu mlm tadi sebenarnya. Baru nak post. Nak buat cmana dik.. sini ngan Msia jarak 5 jam. Ni pun baru nak masuk opis semula. Lunch time..

Aziela said...

Saya sukaaaaa sotong. Tapi sotong kering, kurenggg sikit. Tak ramai orang, hatta tukang masak kedai sekali pun yang pandai goreng sotong sebenarnya. Mostly, sama ada liat, atau sampai dah nak hancur sotong tu jadinya. Paling penting, sotong kena fresh kan kak...

Shamsiah Abdul Rahman said...

Sama la kita.. akak pun kureng sikit ngan sotong kering. Entahlah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...